Friday, August 31, 2012

Re: RG2011... Utusan kalah lagi.

 

Adakah penyokong puak umno / bn akan terbuka hati selepas satu demi satu temberang pemimpin mereka terbongkar??? Ohhh.. mungkin tidak, kerana mereka ini telah "tepu" ..:))

2012/8/30 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

Inline image 1

FITNAH WWW 1 KEATAS YB NIZAR, UTUSEX MELOYA KALAH LAGI BEB... KAH KAH KAH !


Rasa-rasa gua lah satu-satunya akhbar didalam dunia ni bukan setakat di Malaysia yang paling banyak disaman ialah akhbar Utusan Malaysia atau panggilan Popularnya UTUSEX MELOYA... kah kah kah... dah lah tu bukan setakat paling banyak disaman tetapi juga paling banyak membayar saman... dan tektik terkini UTUSEX MELOYA untuk tidak membayar saman ialah dengan Memohon Maaf... sebagaimana mengikuti cara Presiden Umno dengan memohon maaf kepada Rakyat Negeri Selangor kerana Perompakan Harta Rakyat Negeri Selangor oleh Pemimpin Umno/Bn... yang mana ia mengakibatkan Umno/Bn kalah dan tak dapat Merompak lagi Harta Rakyat Negeri Selangor... kah kah kah !.


Yang terbaru ialah kekalahan berkaitan Saman yang dibuat oleh Yb Datuk Seri Nizar Jamalluddin terhadap akhbar tersebut dalam Isu nombor plet WWW 1 yang diulas oleh Yb Nizar dan jadikan bahan fitnah selepas berita kemenangan tender oleh Baginda Sultan Johor tersebar... dan hari ini tersiar didalam tweeter Yb Nizar bahawa Mahkamah telah mengarahkan UTUSEX MELOYA membayar segala yang berkaitan kepada YB Nizar... tapi yang hairan nya ialah dimana akabar ini mendapat kewangan untuk membayar segala saman-saman tersebut ya ?... nak dikatakan akhabar tersebut laku macam Goreng Pisang Panas pun tidak... kerana ada masa-masanya akhbar tersebut terpaksa diberi percuma kerana terlampau tak laku... kah kah kah !.


Dan yang menghairankan pulak ialah laporan kewangan Kumpulan akhbar tersebut bagi tahun berakhir 2011 ialah UNTUNG... kah kah kah...  tapi lu orang jangan bersangka buruk dulu beb... sebab memang mereka UNTUNG tapi bukan melalui Jualan akhbar tetapi dari Jualan Iklan... ini lagi lah gua pelik beb... siapalah yang hendak membeli Iklan dari akhbar yang tak laku tu... setelah gua siasat-siasat rupanya iklan yang laku hanya 4 nombor ekor dan iklan Along... keuntungan lain bukanya datang dari  akhbar tersebut tetapi ianya datang dari satu Majalah Lucah No 1 keluaran Kumpulan tersebut iaitu MANGGA... yang pernah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah... iaitu Negeri Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sekarang ni.


Sebab itu gua katakan beb yang Umno sebagai pemegang saham terbesar Kumpulan Utusan sebenarnya adalah United Munafik National Organisations... dan memang sudah menjadi Darah Daging Umno sukakan Fitnah, Sex dan Lucah... namun kepada penyokong parti tesebut apa saja yang diberitakan dari akhbar tersebut adalah betul walaupun akhbar tersebut mengatakan yang Kambing akan Bertelur... kah kah kah... atas sebab itulah Umno boleh memerintah selama 55 tahun walaupun terlalu banyak kerosakkan mengatasi kebaikan yang dibuat... tetapi itu semua tidak dipedulikan oleh penyokon Umno hanya kerana ianya atas nama umno sepeti gambar diatas... kah kah kah !. sumber gambar


hemmmmm..... apa perkataan yang boleh diucapkan kepada umno selain meminjam kata-kata pemimpin wassatiyah umno iaitu datuk seri haji najib yang berbunyi haranjadah... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Tips memilih bahan masakan yang baik

 

 
Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai "Tips Bagaimana Untuk Memilih Bahan Masakan Yang Baik". Saya dapat tips ini hasil pembacaan dan mendengar orang-orang tua bercerita.
Secara mudahnya, bahan masakan yang baik adalah bahan mentah yang masih baru dan segar. Berikut adalah tips memilih ;
1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
·         Pastikan ia tidak layu, tidak kecut, bertukar warna atau berbau busuk
·         Lebih elok pilih sayur yang berlubang dimakan serangga kerana ia menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak dan bahan kimia. Jadi ia lebih sesuai dan selamat untuk dimakan.
 
2. Ikan
·         Pilih ikan yang mempunyai kulit yang masih bersinar dan berwarna terang. Jangan pilih ikan yang kulitnya diselaputi lendiran yang tebal.
·         Pastikan ikan yang dibeli, matanya tidak tenggelam dan warnanya masih cerah.
·         Cuba lihat insang ikan berwarna merah cerah (ikan segar). Dan bukannya insang berwarna keperang-perangan atau kering.
·         Pastinya pilih lah ikan yang tidak berbau busuk
·         Cuba picit badan ikan yang ingin dibeli. Jika isinya masih pejal dan kenyal apabila dipicit, itu menunjukkan ikan tersebut masih segar.
 
3. Udang
·         Pilih udang yang mempunyai kulit yang cerah dan lut sinar, bukannya kulit yang dah ada tompok-tompok hitam.
·         Cuba picit kepala udang, kalau ianya masih keras dan tidak mengeluarkan lendiran yang banyak, itu bermakna udang itu masih segar.
·         Jangan pilih udang yang sudah berbau busuk.
·         Picit badan udang dan pastikan isi udang masih pejal dan kenyal.
 
4. Daging
·         Pastikan daging yang dibeli masih segar dan tidak berselaput.
·         Jangan beli daging yang sudah berbau busuk.
·         Pastikan warna daging masih merah
·         Jikalau daging itu sejuk dan ada ais, bermakna ia bukanlah segar sebaliknya ia sudah di 'frozen' (beku) kan.
 
5. Ayam
·         Pilih ayam yang tidak berbau busuk dan tidak bertukar warna.
·         Cuba lihat kepada kegemukan di bahagian dada dan kelicinan kulitnya. Jangan beli ayam yang terlalu gemuk.
·         Perhatikan juga lemak-lemak ayam terutamanya di bahagian bawah kulit. Jangan beli ayam yang mempunyai lemak yang berlebihan.
·         Adalah lebih baik untuk beli ayam yang baru disembelih di pasar. Ayam yang ada dijual di pasar raya mungkin telah di 'frozen' terlebih dahulu. Jadi ayam yang dijual di pasar raya besar, kebanyakan tidak lagi segar.
 
6. Telur
·         Pastikan telur yang dibeli tidak retak atau pecah kulitnya.
·         Pastikan juga telur yang dibeli tidak diselaputi najis yang berlebihan pada kulitnya.
·         Goncang dulu telur sebelum beli. Kalau isinya mampat tiada ruangan udara yang banyak, maka itu menunjukkan telur itu masih baru.
 
7. Bijiran, tepung, kacang atau beras
·         Cuba lihat betul-betul, ada atau tidak serangga atau bahan-bahan tercemar lain dalam beras, bijiran atau kekacang yang ingin kita beli.
·         Pastikan juga beras, bijirin atau kekacang yang dibeli tidak bercampur dengan gred bijiran/beras/kacang/tepung yang bermutu rendah.
 
Haaa begitulah serba sedikit apa yang saya tahu tips bagaimana untuk membeli bahan mentah atau bahan masakan yang baik dan segar. Harap ianya dapat membantu mereka yang masih baru nak belajar buat ini semua (macam saya ni).

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Tips Kesihatan dan Kecantikan Wanita 30an

 

 
Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan dirumah, kebanyakan wanita selalunya kesuntukan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat sahaja seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk " merawat, menjaga dan memanjakan" diri sendiri.
Semoga sedikit tips yang dikongsikan bersama anda disini diharap ia dapatlah membantu kita sebagai wanita terutamanya yang berusia 30an "me'maintain'kan" kesihatan dan keterampilan diri agar tetap yakin dalam setiap langkah sepanjang hari anda.
Kawallah pemakanan proses penuaan agar dapat dilambatkan, sekiranya anda mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jika boleh perbanyakkanlah makanan yang berserat tinggi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan hindarilah juga dari makanan yang berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. Tapi untuk sesekali tidak mengapalah yea..
http://www.sakeburo.com/images/women-01.jpg
Apabila umur anda telah menjangkau 30an ketahuilah bahawa anda digalakkan menggunakan pelembap yang sesuai dengan umur anda. Ini adalah untuk keanjalan dan kelembapan kulit anda yang semakin berkurangan. Disini Suri sarankan agar anda mencarilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan bahawa krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit anda. Hati anda berhati-hatilah dalam memilih produk kecantukan diluar sana. Jangan mudah tertipu..
Cuba elakkan raut muka anda dari terus terkena pancaran matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Ini kerana pendedahan kulit muka yang terdedah lama pada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit anda menjadi gelap, bahkan ia juga boleh mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam setiap hari kerana ia mampu meningkatkan tahap keupayaan dan kesihatan anda. Pastikan anda melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun dari tidur. Dan jika anda berkesempatan, lakukanlah senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahukah anda dengan bersenam mengikut jadual yang tetap ia akan membuatkan badan dan minda anda lebih cerdas. Bahkan tidur anda juga lebih lena.
Digalakkan minum banyak air kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan kekeringan kulit pada wajah dan tubuh badan anda. Tahukah anda bahawa jika tubuh badan kita kekurangan air ia boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain dari itu, air juga penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Makanan tambahan seperti pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30an. Kebanyakan wanita kesibukan tugas ditempat kerja, rumah menyebabkan sebilagan wanita dimalaysia ini jarang mengambil atau mengamalkan pemakanan yang seimbang. Jadi untuk menyelesaikan masalah anda Suri cadagankan pengambilan vitamin yang boleh membantu anda lebih cerdas dan sihat sentiasa.
Elakkan pemakaian mekap yang tebal kerana wanita yang berusia lingkungan 30an seelok-eloknya anda gunakanlah mekap yang tatariasnya tampak nipis dan sederhana sahaja. Di sini Suri sarankan agar anda cubalah mengelakkan diri dari memakai foundation yang agak terlalu tebal serta lipstik yang menyala kerana ia akan menampakkan wajah anda akan kelihatan lebih tua dan garang!
http://kaden.wn.shopserve.jp/pic-labo/Illust_concept.jpg
Janganlah lupa untuk menunaikan solat lima waktu juga kerana setiap gerak solat tersebut boleh membantu tahap kesihatan anda lebih optimum lagi. Bahkan dengan mendekatkan diri juga jiwa anda akan merasan tenang sekali gus akan menghilangkan stress pada diri…
Keterampilan yang positif dan ceria haruslah diamalkan selalu kerana ia akan mencerminkan aura dalam diri yang sentiasa tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Katahuilah bahawa dengan pemikaran yang sihat akan membantu anda membina keyakinan diri yang baik. Disamping penjagaan anda kepada yang tersayang juga akan terjamin. Ingatlah bawa sentuhan anda amat bernilai dalam sesebuah rumahtangga. Tanpa anda berkemungkinan perjalanan kehidupan akan terganggu..
SAYANGILAH DIRI DAN KELUARGA ;)
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Kejadian rompakan, kita wajib ambil iktibar

 

 
Ini ada satu kisah benar yang saya terima dari salah seorang rakan pejabat saya. Saya kira semua orang mesti baca kisah ini agar kita sama-sama dapat ambil iktibar.
Tolong ingatkan mak atau sesiapa jua orang tersayang yang tinggal di rumah sorang-sorang. Kejadian rompakan zaman sekarang ini sudah menjadi semakin kronik dan menakutkan. Macam-macam teknik dan strategi yang diambil oleh perompak-perompak tak guna zaman sekarang ini.
 
https://www.rakuten.co.jp/idea510/img1020785359.gif
 
Kita wajib berhati-hati dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya sebelum apa-apa yang buruk terjadi kepada kita atau keluarga kita.
Saya rasa risau betul membaca cerita dan kisah-kisah sebegini. Sebab kita pun bila-bila masa mungkin terkena pengalaman macam ini kalau tidak berhati-hati.
Baca dan ambil lah peringatan dan pengajaran. Saya doakan semoga kita semua dihindari dari segala musibah dan nasib malang. Semoga Allah lindungi dan rahmati hidup kita semua. Amin…
Kisah perompak yang tidak berhati perut…
Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari isnin malam selasa 20th Oct 2009), rumah saya telah dimasuk oleh 3 orang lelaki (berusia 20an).
 
gambar adalah sekadar hiasan
gambar adalah sekadar hiasan
  • Saya di ikat tangan kebelakang, di tanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.
  • Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan "salah". (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM). Saya di "hostage" oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM. Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam. Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi bau keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya di geledah.
  • Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u. Walaupun di pukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut di buat menggunakan computer pejabat dan password di lock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mula nya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg di ambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua kehadapan. Semasa kejadian saya diatas katil dan tidak dibenarkan bergerak.
  • Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata " kami hendak keluar sekarang. Minum dan baring". Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan "terhoyong hayang" seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua di potong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.
  • Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti "mabok", mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding "4 petang".
  • Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 "today's transaction".
  • Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.
  • Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kat ATM, pemeriksaan doktok etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan ( tel rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunya card credit utk membeli handphone dengan segara, insya allah selepas selesai saya akan beli.
  • Jumlah kerugian hampir 20 ribu:
  1. Cash di rumah rm1500 – rm1800
  2. Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & dan transfer account dan pembelian melalui cash card
  3. Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan)
  4. ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limitted 3000 per day)
  5. Accessaries, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000
Tetapi saya bersyukur kerana tidak di "apa apa kan" hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apa kan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit.
Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung di dinding. (tersorok)
Beberapa pengajaran yg saya dapat:
  1. Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet
  2. Jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card
  3. Jangan melawan ketika kejadian. (saya seperti sudah jangka akan berlaku, kerana minggu lepas saya berbual dengan Puan Rus & Maaris pasal kejadian pecah rumah)
Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan pengajaran.
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Panduan cara beli buah durian yang baik

 

 
http://apanyangku.files.wordpress.com/2009/07/durian.jpg
Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips cara bagaimana untuk memilih atau membeli buah durian yang baik.
Berikut ini beberapa tips yang saya dapat hasil pembacaan dan bertanya kepada abah dan pakcik-pakcik saya.
·         Tengok luaran atau kulit durian
Pastikan anda belek-belek dan perhati betul-betul kulit durian sebelum beli. Jangan pilih kulit yang ada kesan gigitan tupai atau binatang lain. Jangan pilih buah yang kulitnya ada tompokan hitam (sebab itu tanda ia dah busuk). Jangan pilih durian yang dah merekah atau terbelah sebab itu durian yang dah lama gugur. Dan jangan pilih buah durian yang kulitnya ada kecacatan atau mempunyai bentuk yang kemek tak sempurna.
Berhati-hati, kadang-kadang ada penjual yang cover tompokan hitam yang busuk dengan daun-daun. Walaupun orang kata, 'Don't judge a book by its cover'. Tapi dalam hal memilih buah durian, pilihlah buah yang cantik luaran atau kulitnya. InsyaAllah kalau cantik kulit, maka isi nya berkemungkinan besar akan cantik juga.
·         Tengok duri buah durian
Menurut abah saya, kalau nak beli durian yang sedap, cari buah yang berduri tumpul dan jarang. Duri sebenarnya melambangkan bagaimana isi buahnya. Kalau orang berpengalaman, dia siap boleh tahu berapa kandungan isi buah durian, dengan hanya melihat durinya sahaja.
·         Cuba rasa berat buah durian
Cuba angkat buah yang ingin dibeli, kalau ianya dirasakan terlalu ringan dibandingkan dengan saiznya, mungkin itu durian yang dah lama dan nak kecut. Cari durian yang mampat dan dirasakan beratnya sepadan dengan saiznya.
·         Cuba cium bau buah durian
Cuba anda cium buah durian tu. Cium bau dia. Adakah baunya harum, menyengat atau kurang baunya? Selalunya kalau durian yang cukup matang dan sedap, baunya pasti harum semerbak dan rasa begitu menyelerakan. Sedangkan yang kurang baunya tu, mungkin durian tu tak cukup masak atau baru nak masak. Dan kalau yang bau menyengat atau yang bau ala-ala tempoyak tu, maknanya durian tu durian yang dah busuk laa. So jangan la dibeli durian yang ada bau yang tidak menyelerakan. Dan lagi satu, berhati-hati lah semasa mencium durian. Nanti tak pasal-pasal coreng hidung anda sebab terluka kena duri durian. huhu
·         Tengok tangkai buah durian
Cuba perhatikan tangkai buah durian yang anda ingin beli. Kalau tangkai tu kecut semacam jer tu, mungkin buah tu buah yang lama. Kalau boleh, cebis sikit tangkai tu dengan kuku, cuba lihat kalau ianya berlendir dan berwarna hijau, maka durian tu adalah durian yang fresh dan baru gugur beberapa jam yang lalu. Kalau tangkai tu berwarna coklat, kecut dan kering semacam jer, maka itu berkemungkinan besar adalah buah yang dah lama gugur, mungkin dah gugur 3 empat hari.
Dan lagi satu, pakcik saya kata, ada juga buah durian yang tangkainya jenis liat dan teguh. Biasanya buah durian yang bertangkai tahan lasak dan liat ini, isi buahnya memang lebih sedap dan manis daripada biasa.
·         Kupas dan rasa isi buah sebelum beli
Cara ini paling senang, paling selamat dan paling pasti. Ini adalah jalan penyelesaian paling baik daripada terbeli durian yang dah busuk atau durian muda. Suruh saja tokey belahkan durian yang ingin dibeli, ambil seulas dan cuba makan di situ sebelum beli. Kalau puas hati, beli lah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey kata durian tu tak bagus, busuk atau apa saja. Yang penting, pastikan anda puas hati dulu baru beli.
Tak pun, anda suruh tokey belah sikit buah durian yang ingin dibeli. Bila dah belah, cebis sikit isi durian dan rasai lah sendiri sedap ker tak sedap. Kalau sedap, beli lah. Kalau tak, cari buah lain.
Tapi awas. Ada juga tokey yang kedekut dan berkira. Dia hanya akan belah setelah kita bayar dulu duit. Pastu dia belah. Tapi tak apalah, kalau dia suruh bayar dulu, bayar sajalah. Pastu suruh dia belah depan mata kita, kemudian rasa la seulas dua buah yang dibelah tu. Kalau OK, bolehlah bungkus bawak balik rumah. Kalau tak OK, komplen la pada tokey, kata kita dah bayar mahal-mahal, tapi isi macam 'cibai'. Oppss termencarut skit. Huhu
 
Jangan tertipu dengan tokey
Jangan tertipu dengan tokey
Apa2pun, yang penting, pastikan diri kita puas hati dulu, baru beli. Kalau tak, sia-sia saja kita bayar mahal-mahal. Tapi bila bawa balik rumah, rupanya durian yang dibeli tu dah busuk, berulat dan tak boleh dimakan. Haaa kalau dah terkena macam tu, baru nak menyesal dan menyumpah seranah tokey buah tu pun apa guna.
Jadi, beringatlah sebelum terkena. Pilihlah buah yang benar-benar sebelum membeli. Ingat, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian apa gunanya. Kan kan?
Sekian, selamat makan durian. ;)
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

RG2011... Rahsia & Hikmah 5 Jari

 

 
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
 
jari jemari
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir kalam, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang??
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___