Fakta Tentang Pokok Kurma Dan Buah Kurma (Tamar)
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah' (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur'an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa 'Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
"Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
Khasiat Buah Kurma (Tamar)
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.
________________________________________
From: respeks_group@yahoogroups.com [respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mann Trex [manntrexe@yahoo.com]
Sent: 27 August 2012 18:28
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur
Salam alaik Kak Kartina,
Logik Kak Kartina agak sempit. Saya cerita pasal kebaikan, Kak Kartina nak cerita hal keburukan.
Dalam bab bergaduh ni, semua bangsa sama saja.
=> Tengoklah sendiri Melayu yang suka makan belacan, tempoyak dan budu, dok gaduh sejak zaman Sri Wijaya sehingga kini.
=> Kaum China yang suka makan kailan dan mee dok bergaduh dan berperang sejak 5,000 tahun lagi. Baru aje aman secara paksa dalam 40 tahun yang lalu. Itupun sibuk kini nak bergaduh dengan semua negara Pasifik Timur pasal tamak nak pulau itu dan ini.
=> Orang Afrika tengah, barat sehingga ke selatan yang kawasan dok makan jagung dan gigit tebu sejak dulu sehingga hari ni masih bergaduh berbunuh-bunuh.
=> Kaum Asia Selatan seperti Nepal dan Sri Lanka yang suka makan kari dan minum susu lembu, baru saja aman 5 tahun lalu.
=> Kaum keturunan Eropah yang dok makan cheese dan kentang, barulah saja 40 tahun aman. Sebelum tu berpuluh juta orang di sana mati kerana berperang sama sendiri selama ribuan tahun. Ini tak termasuk pembunuhan yang Kaum Eropah lakukan di seluruh dunia termasuklah 1 juta orang di Iraq, 200 ribu di Afghanistan dan 3 juta orang di Vietnam, Laos dan Kampuchea.
=> Kaum Etnik Amerika Selatan yang dok makan acai beri dan ikan darat dok beperang sama sendiri sehinggalah dicemari dengan darah Sepanyol pun dok berperang jugak.
Jadinya, harap Kak Kartina buka sikit minda tu. Manusia memang kuat bergaduh walau dia makan apa pun.
Artikel saya sebelum ni adalah untuk sampaikan berita pasal kebaikan korma untuk kesihatan sahabat-sahabat.
Ustadz Insani yang dimuliakan,
Harap bentangkan buah apa yang lagi baik dari korma, sekaligus dengan breakdown nutrient di dalamnya.
Sila kongsi.
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org<http://pengasih.org/>
{ Doa-doa Pendek } http://www.MalaysiaKu.com<http://malaysiaku.com/>
---------------------------------------------------------------------------------
________________________________
From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, August 16, 2012 1:05 PM
Subject: Re: RG2011... KORMA AMAT POWER - untuk sihat, bijak, cantik, kuat dan panjang umur
Tu sebab orang arab pandai-pandai, dari kecik makan kurma. Bila dah semua pandai masing-masing nak tegakkan kepandaian masing-masing lalu bergaduh semacam.
2012/8/16 insan manusia <insanmanusiakini@gmail.com<mailto:insanmanusiakini@gmail.com>>
Byk juga buah power malah lebih power dari kurma....tiada bukti menunjukkan kurma terpower sekali dlm buah buahan...
2012/8/15 Mann Trex <manntrexe@yahoo.com<mailto:manntrexe@yahoo.com>>
Salam alaik,
Saudara-saudari yang disayangi dan dihormati.
Buah Korma adalah adalah pemberian Allah kepada kita yang cukup cantik untuk kesihatan manusia. Kaum yang suka makan korma kebanyakkannya daripada kaum yang bijak, sihat, penglihatan baik, kulit cantik, gagah dan berani.
Dikatakan apabila ibu mengandung, digalakkan makan korma sekurang-kurangnya 3 biji hingga 7 biji setiap hari kerana akan dapat anak yang sihat, tenang, penyabar dan bijak. Itu kepercayaan kaum Arab dan nyata terbukti. Biar saya jelaskan daripada hasil bacaan saya.
Korma mengandungi MINERAL dan VITAMIN yang secukupnya untuk semua keperluan kesihatan kita. Kandungan Mineral dan Vitamin di dalam korma sudah cukup untuk anak-anak yang membesar, ibu yang mengandung, anak-anak muda, orang dewasa sehinggalah WARGA EMAS. MAKA KITA SAMASEKALI TAK MEMERLUKAN MULTIVITAMIN DARI FARMASI.
Biar saya senaraikan kandungan Mineral Natural sebiji korma sahaja:
- POTASSIUM ( tiada buah-buahan dalam dunia yang boleh mengatasi kandungan potassium dalam korma => 984mg )
- Phosphorus
- Magnesium
- Calcium
- Sodium
- Iron
- Selenium
- Manganese
- Copper
- Zinc
Senarai Vitamin NATURAL dalam sebiji Korma:
- Vitamin A
- Vitamin B Complex - B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12
- Vitamin B9 ( 28 mcg - korma di kalangan buah yang mempunyai kandungan FOLATE yang tinggi dalam dunia )
- Vitamin C
- Vitamin E
- Vitamin K
Manusia yang ingin sihat perlu memakan sekurang-kurangnya 2,000mg POTASSIUM setiap hari. Dengan memakan 3 biji korma setiap hari, keperluan POTASSIUM sudah cukup untuk kita semua
APA GUNA POTASSIUM yang secukupnya UNTUK MANUSIA:
=> MEMPERKUATKAN JANTUNG dan mengelakkan lemah jantung
=> MENGAWAL TEKANAN DARAH dan mengelakkan tekanan darah tinggi
=> MENGAWAL KESEMPURNAAN PUMP JANTUNG
=> Menguatkan dan membantu otot bertindak dengan baik serta mengelakkan cramp
=> Mengelakkan STROKE
=> Membantu saraf berkomunikasi antara satu sama lain.
APA GUNA FOLATE / FOLIC ACID / Vitamin B9 yang secukupnya untuk manusia :
=> mengelakkan KECACATAN bayi dalam kandungan dari Spina Bifida
=> mengelakkan KEMATIAN BAYI dalam kandungan dan kematian sejurus melahirkan
=> mengelakkan daripada cell-cell badan berubah menjadi cancer
=> mengelakkan daripada terkena epilepsy (gila babi)
=> mengelakkan kencing manis Type 2
=> mengelakkan daripada sakit kulit
=> mengelakkan daripada rheumatism/arthritis
=> mengelakkan daripada asthma
=> mengelakkan kurang darah
=> PENUMBUHAN, PERKEMBANGAN dan PENYEMBUHAN cell-cell badan
AWAS : Semua Mineral dan Vitamin hanya akan menjadi baik untuk manusia SEKIRANYA diperolehi secara natural daripada memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan haiwan. Melainkan mendapat nasihat doktor, pengambilan MINERAL dan VITAMIN daripada supplement FARMASI hanya membawa padah dan merosakkan kesihatan. Namun ada beberapa bahan yang perlu kita ambil sebagai supplement kerana badan kita tak dapat proses secukupnya - minyak ikan & 4 lagi.
Jadinya, KORMA adalah makanan yang amat penting untuk semua peringkat umur manusia - lelaki dan perempuan. Bagi wanita yang inginkan anak, memakan korma sangat penting sebelum mengandung lagi, ketika mengandung dan semasa menyusukan.
Korma-korma yang baik adalah daripada Semenanjung Arab sehingga ke Syria. Saya beranggapan korma bawah sedikit kualiti ialah daripada Iraq dan Utara Afrika ( Mesir, Tunisia, Libya dan Morocco ).
Selain daripada korma, buah-buahan yang cukup baik untuk kesihatan dan seharusnya dimakan setiap hari selang-seli ialah : BETIK MERAH ( papaya ), PISANG ( banana ), DELIMA ( pomegranate ), ANGGUR ( grapes ), KISMIS ( raisins ), MANGGA ( mango ), TEMBIKAI ( watermelon ), NENAS ( pineapple ), STRAWBERRY, TOMATO, APPLE, PEAR, GUAVA, GRAPEFRUIT ( limau gedang ) dan BUAH LAI .
Tapi untuk menyamai 3 biji korma sahaja, anda perlu makan 4 biji pisang saiz sederhana atau 300gram potongan betik atau 4 biji apple. Betik takpa jugak ... tapi ... jenoh lerr... bila perot penoh pisang atau apple. Jadinya, boleh selang-seli tapi jangan miss makan korma setiap 3 atau 4 hari.
Semoga sihat badan, panjang umur dan dilimpahi rezeki yang banyak serta barakah.
---------------------------------------------------------------------------------
{ Pencegahan Penagihan } http://www.pengasih.org<http://pengasih.org/>
{ Doa-doa Pendek } http://malaysiaku.com/
---------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: The information and attachments contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or action taken in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and delete it from your system. Hicom Teck-See Manufacturing (M) Sdn Bhd neither warrants the integrity of the information transmitted nor accepts liability for the proper and complete transmission of this communication.
------------------------------------
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/respeks_group/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
respeks_group-digest@yahoogroups.com
respeks_group-fullfeatured@yahoogroups.com
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
respeks_group-unsubscribe@yahoogroups.com
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment