Wednesday, August 29, 2012

RG2011... Fw: AAM Sokong, PR Sokong, BN tak

 

 

Turun Harga Kereta : Persatuan Automotif Sokong, Penyokong PR Sokong tapi BN tak Sokong..!!!

Sokongan harga kereta lebih rendah, kemenangan moral buat Anwar, kata PKR
 
KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Industri automotif Malaysia menyokong cadangan PKR untuk menurunkan harga kereta dengan merendahkan duti eksais, memberi kemenangan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu itu, kata pengarah komunikasi parti Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

Ahli dewan undangan negeri Seri Setia berkata hari ini cadangan menurunkan harga kereta oleh Anwar secara perlahan-lahan dalam lima tahun untuk mengelakkan harga kereta dan kereta terpakai jatuh mendadak.

"Beliau (Anwar) berkata kerajaan persekutuan yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) mula-mula akan berbincang dengan pihak konsultasi berkenaan dengan pemilik saham termasuk pihak kewangan, pihak industri dan penjualan berkenaan duti eksais yang diturunkan dalam bajet nasional," kata Nik Nazmi (foto fail).

Hari ini, The Malaysian Insider melaporkan bahawa industri automotif Malaysia telah memberikan sokongan agar harga kereta lebih rendah dengan menurunkan duti eksais, telah menyebabkan tekanan kepada Putrajaya untuk menurunkan harga  kenderaan di salah sebuah pasaran terbesar Asia Tenggara.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyokong  kenyataan pembangkang bahawa  rakyat Malaysia terseksa untuk membayar harga kereta antara yang termahal di dunia dan terdapat keperluan menurunkan duti eksais yang kini antara 65 ke 105 peratus.

Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata harga yang lebih rendah melalui penurunan cukai sangatlah diharapkan. 

"Jika harga diturunkan dalam keadaan berperingkat dan tidak menyebabkan gangguan pada pasaran, bagi saya itu baik," katanya lagi.

Nik Nazmi berkata kempen PKR "Turunkan Harga Kereta" yang dilancarkan oleh parti tersebut akan memberi impak yang lebih baik dalam meningkatkan pendapatan isi rumah.

Beliau menunjukkan statistik pendapatan isirumah pada tahun 2009 dari Jabatan Statistik telah menunjukkan 53 peratus dari isi rumah berpendapatan bawah dari RM3,000 sebulan.

Beliau berkata 71.9 peratus dari jumlah keseluruhan menggunakan atau memiliki kereta, dan peningkatan hutang dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia telah meningkat dari 33 peratus pada tahun 1997 kepada 78 peratus pada 2011, dan hutang isirumah kepada KDNK ialah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105 peratus), Thailand (53 peratus) dan Indonesia (38 peratus), dan hutang kereta adalah hutang kedua tertinggi selepas hutang perumahan iaitu RM134.2 billion pada akhir Mei 2012.
Dengan statistik begitu, Nik Nazmi berkata menurunkan harga kereta akan menyebabkan penurunan hutang kereta.

"Rakyat tidak perlu membelanjakan lebih banyak wang untuk membayar apa yang kebanyakannya ialah cukai kerajaan.

"Sebaliknya, mereka akan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dengan meningkatkan taraf kehidupan dan membantu ekonomi dengan menambahkan perbelanjaan," katanya lagi.

Ia juga akan menjadi sebahagian dari kempen PKR yang akan bermula bulan hadapan di seluruh negara.

"Kami juga mahu menjemput MAA untuk berkongsi idea tentang isu ini dan berharap mereka akan menerimanya," katanya lagi.

Malaysia kini meletakkan cukai di antara 65 ke 105 peratus dalam duti eksais bergantung dengan enjin dan kapasiti kereta, membentuk satu pendapatan yang lumayan untuk kerajaan.

Ini bermakna jika pembeli membeli kereta berharga RM100,000, RM55,000 akan disalurkan kepada kerajaan sebagai duti eksais.

Ini tidak termasuk cukai 10 peratus cukai jualan yang mereka perlu bayar. Mereka yang membeli kereta import juga perlu membayar permit kebenaran (AP) yang ironiknya diberi percuma kepada segolongan peniaga. Duti yang lebih tinggi juga perlu dibayar selepas Malaysia memasuki era 1980an di zaman perindustrian berbanding sebelumnya.

Kebanyakan rakyat Malaysia bagaimanapun berkata mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain membeli kereta kerana mereka tidak boleh bergantung kepada pengangkutan awam, dan harga kereta yang tinggi telah menyebabkan hutang mereka meningkat kepada 75 peratus dalam KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.
 
 

Persatuan Automotif Malaysia [MAA] sokong dasar 'Turunkan harga Kereta' PR

 
 Harga kereta harus diturunkan perlahan-lahan, kata industri

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Industri kereta Malaysia telah menyokong untuk harga kereta yang lebih murah dengan mengurangkan duti eksais secara beransur-ansur yang dilihat sebagai memberi tekanan kepada Putrajaya untuk meringankan beban memiliki kenderaan di salah satu pasaran terbesar Asia Tenggara.

Sokongan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) datang selepas pembangkang di peringkat persekutuan berkata mahu mengurangkan beban rakyat Malaysia yang membayar harga kereta tertinggi di dunia dan akan mengurangkan harga secara beransur-ansur dalam duti eksais yang kini dikenakan antara 65 dan 105 peratus.


Rafizi Ramli: Berjanji mengurangkan harga cukai. — Foto fail
Putrajaya juga telah menunjukkan tidak lama lagi, harga kenderaan akan diturunkan secara beransur-ansur, kira-kira sebulan selepas pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, berjanji untuk mengurangkan harga cukai kenderaan menjadi lebih rendah.
Akhbar harian The Star juga memetik sumber industri yang mengatakan bahawa Dasar Automotif Negara (NAP) akan menangani pengurangan harga kereta secara beransur-ansur di negara ini, di mana lebih daripada 600,000 kenderaan dijual setiap tahun kepada penduduk yang hanya 28 juta orang.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, berkata harga lebih rendah melalui cukai yang lebih rendah akan dialu-alukan.

"Jika harga dikurangkan secara beransur-ansur dan tidak menyebabkan gangguan, maka ia adalah baik," kata veteran industri yang mengetuai persatuan utama mewakili industri kenderaan di negara ini.

Aishah bagaimanapun menambah bahawa dia tidak berfikir harga patut dikurangkan pada "satu pukulan" kerana ia boleh menyebabkan pembelian kereta terhenti kerana orang ramai menunggu harga jatuh.
Rakyat Malaysia kini dikenakan cukai di antara 65 dan 105 peratus dalam duti eksais bergantung kepada kapasiti enjin kereta yang mereka beli, membentuk aliran hasil lumayan bagi kerajaan.

Ini bermakna bahawa jika pengguna membeli kereta berharga RM100,000, sebanyak RM55,000 pergi kepada kerajaan sebagai duti eksais.

Ini adalah di atas cukai jualan sebanyak 10 peratus yang mereka perlu bayar. Mereka yang membeli kereta import juga perlu membayar permit import (AP) diluluskan yang ironinya diberikan secara percuma kepada kumpulan ahli perniagaan terpilih.

Cukai yang lebih tinggi juga datang selepas Malaysia mula memasuki perindustrian pada 1980-an dengan pembuat kereta nasional, Proton, kini tidak lagi dimiliki oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai banyak pilihan tetapi terpaksa membeli kereta untuk bergerak kerana merasakan tidak boleh bergantung kepada sistem pengangkutan awam dan kereta harga yang tinggi telah menyebabkan hutang isi rumah lebih daripada 75 peratus daripada KDNK, yang kedua tertinggi di Asia.

Kira-kira 20 peratus daripada jumlah hutang RM581 bilion isi rumah dalam negara tahun lepas adalah daripada kereta, aset yang menurun nilainya secara ketara dari masa ke masa.

Ramai rakyat Malaysia juga mengambil sembilan tahun pinjaman dalam usaha untuk membeli sebuah kereta, tempoh panjang yang tidak pernah didengari di negara-negara lain di mana tempoh 2-5 tahun adalah normal.

Duti eksais yang tinggi dilihat oleh ramai ahli ekonomi sebagai salah satu gangguan utama dalam ekonomi dan mereka mengatakan penurunan harga boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah.
 
 

Hasil Cukai kereta setahun RM6 bilion – Biar Rakyat Derita, Kroni Senang Lenang

Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.

Kontroversi mengenai cadangan pemansuhan cukai tersebut oleh Pakatan Rakyat, menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan duti eksais kenderaan yang bernilai RM6 bilion setahun kepada Perbendaharaan boleh digunakan untuk membantu projek-projek pembangunan di seluruh negara.
"Kira-kira RM6 bilion kepada RM7 bilion dikumpul setiap tahun hanya dari duti eksais kenderaan. Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital kita dapat bina dengan jumlah wang itu, "kata Datuk Khazali Ahmad.
Tetapi mengikut Penganalisis Ekonomi, dengan pemotongan duti eksais kenderaan - yang kini mencecah setinggi 105 peratus - boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah yang berjumlah RM581 bilion.

Harga kereta yang tinggi akibat cukai yang amat berat telah dikenalpasti menghalang rakyat Malaysia mampu memiliki rumah mereka sendiri. - gambar fail
Pandangan Anak Muda
Mendengar kenyataan Datuk Khazali, Anak-anak muda tidak mempertikaikan jumlah yang dikumpul dan digunakan untuk membina sekolah & hospital. Namun berapa banyak wang yang disalurkan kepada kroni sebagai komisen?

Jadi jika RM6 bilion dikumpul, contoh sekiranya RM2 bilion komisyen masuk ke dalam poket kroni, apa yang ditinggalkan untuk Rakyat.  Ini adalah paksi utama perdebatan.

Kami mahu membawa masuk kerajaan baru kerana semua komisen yang dibayar dari wang cukai Rakyat.   Ingatkah pembelian kapal selam dan komisen yang dibayar?  Kita boleh huraikan dan menamakan banyak lagi penyelewengan oleh kroni Umno dan Bn.
Awal bulan ini Datuk Khazali juga telah membuat kenyataan bahawa duti dan cukai yang tidak dituntut dalam negara ini adalah berjumlah RM8 bilion setahun.
Beliau juga mahu tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas "kehilangan" RM8 bilion tanpa mengira mereka pesalah dari kalangan kakitangan Kastam atau pemimpin perniagaan..... tanpa menyebut 'pemimpin politik' ???

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment