Perhiasan barang kemas dan wanita tidak boleh dipisahkan. Walau miskin manapun wanita itu, sekurang-kurangnya ada juga gelang sebesar janggut udang dilengannya. Emas juga mewakili kekayaan yang dimiliki oleh seseorang.
Di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung khususnya negeri Kelantan, wanitanya dilihat seolah-olah seperti kedai emas bergerak, gelang sampai ke siku. Di Utara Semenanjung, wanita Pulau Pinang iaitu golongan India Muslim ( Mamak ) pula amat taksub dengan barang emas. Lip lap lip lap kata depa.
Namun begitu, jangan dilupa untuk membayar zakat emas. Saya ingin mengongsi sedikit maklumat berkenaan pengiraan zakat emas yang saya perolehi daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Emas yang dipakai adalah dikenakan zakat sekiranya ia melebihi had kebiasaan perhiasan. Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85 gram. Sekiranya kita memilki dan memakai 170 gram atau lebih emas perhiasan, kita wajib membayar zakat.
Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah.
Memiliki emas perhiasan = 170 gram
Had perhiasan perhiasan ( yang dikecualikan zakat) = 85 gram
Baki yang dikenakan zakat = 85 gram
Harga emas = 85 gram X RM 172.11
= RM 14, 630.00
Zakat yang wajib dibayar = RM 14,630.00 X 2.5%
= RM 365.75
Harga emas yang dinyatakan di atas adalah harga bagi Disember 2011. Untuk mendapatkan harga emas terkini, sila klik di sini.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment