Friday, August 31, 2012

RG2011... Rahsia & Hikmah 5 Jari

 

 
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Rahsia 5 jari - renung2kanlah...
Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya
sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?
Nah..sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telahpun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!
Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.
 
jari jemari
Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir kalam, cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang??
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment