Friday, November 23, 2012

RG2011... Fw: Bernikah Pada Usia 13 Tahun

 



Bernikah Pada Usia 13 Tahun


Kulim: "Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik," kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.

Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

"Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

"Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

"Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.

"Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya," katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

"Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

"Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial," katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

"Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

"Hanya Allah tahu perasaan saya… walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

"Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu," katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

"Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

"Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008," katanya. -hm

comments:

abah khalisha said...

Jarang-jarang kita jumpa ni. Tahniah..moga kekal hingga kahir hayat

Anonymous said...

syukur jauh dari maksiat

wak said...

Semoga menjadi seorang isteri bukan jadi seorang bini.

ayah said...

Tahniah kpd kedua2nya termasuk ayah emaknya..yg pentingnya lps ni laksanakan tjwb sebaik2nya kerana Allah SWT..

Anonymous said...

Tahniah kepada ibubapa pengantin & pengantin kerana telah membuat keputusan yang tepat. Moga kekal hingga akhir hayat.

shidine didine rahman said...

kecik2 cili padi,
di luar kecik dalam berisi;
tanggungjawab suami isteri wajib penuhi,
tahun hadapan timang baby.

"selamat pengantin baru"

Anonymous said...

Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad)

Anonymous said...

Selamat pengantin baru untuk adik2 berdua. Banyakkan bersabar dan mohon pertolongan dr Allah. Moga dipermudahkan segalanya

Anonymous said...

saya mendoakan mereka berbahagia selamanya.

Selamat pengantin baru

Cara Alami Mengobati Sinusitis said...

makasih infonya

Anonymous said...

Org dulu2 ramai kawin umur cam tu. Awal 70an ramai classmate tok wan tak sambung blajor sek men, depa kawin muda .

Org tua kena le bimbing depa ni, insyaAllah buat kerana Allah, akan dimudahkan. Amin.

Anonymous said...

Tahniah boleh elak maksiat, tapi wanita UMNO tentu tak setuju, boleh tanya Shahrizat?

Anonymous said...

I tak mahu lagi dah dengar mulut - mulut tak baik yang mengatakan pasangan ini. Kerana tiada lagi isu maksiat sebab mereka dahpun berkhawin. Ini harus dijadikan pengajaran kepada pasangan couple muda dan ibubapa kerana hanya cara Rasullah S.A.W. ini sahaja iaitu berkhawin dapat mencegah maksiat daripada berlaku bahkan ia ada dinyatakan dalam kitab Al - Quran. Walaupun jarang didengar tapi adakala perkara jarang ini haruslah kita amalkan apatah lagi ianya sunnah Rasullah S.A.W. dan perintah Allah S.W.T.

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

hairan said...

alahmdulillah masih ada juga anak muda kita yang takutkan dosa...

TAHNIAH, mudah2an mereka berdua kekal bahagian hingga keakhir hayat

Anonymous said...

Pstikan 'budak' tuh pandai mandi junub. Tahu tentang haid, nifas dan sebagainya. Fardu 'Ain-nya pastikan lepas. Jika masih kucar-kacir 'suami' dia kena take-over. Kahwin seronok. Tanggungjawab sebagai hamba Allah yang telah berkahwin itu yang berat. Sama ada si suami maupun si isteri. Apabila bergelar bapak dan ibu pulak, lagilah bertambah beban nak asuh si anak supaya selari dengan kehendak Allah.
Sekadar menasihat. Jangan marah.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment