Monday, February 18, 2013

Re: RG2011... Biarlah Saya Mula Dulu

 

Assalamualaikom.

Haaaa den setuju benor.... Tak kiralah anda semua dari penyokong PARTI mana pon. Berhujahlah dengan bahasa2 yang manis dan fakta yang tepat. Baru ler orang seronok nak baca. Ni kalau semuanya asyik maki hamun dengan kata2 nista, pening kepala nak membacanya. Seperkara lagi jangan terlalu EMOSI dan selalulah berlapang dada dengan setiap hujah yang berfakta.

Allahu'alam.


*****************************************************
<<Radio dalam Talian>>

"Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr)
####################################


Pada 18 Februari 2013 8:49 PG, Mato Bosa <matobosa@yahoo.com> menulis:
 

lahripen, teman setuju dengan pandangan mike.  Sememangnya benar kita ada berlainan pandangan dan pendapat dalam sesuatu isu tetapi bukanlah oleh kerana isu itu membolehkan kita menggunakan kata2 yang kurang manis dalam berhujah.  Walau apapun, ukhwah islamiah mesti dan wajib dipertahankan.  Kita boleh berkawan dengan orang bukan Islam tetapi kita tak boleh bersamanya di dalam kuil mereka tetapi sebagai orang Islam, permusuhan dan perselisihan pendapat membolehkan kita bersama dalam satu masjid.  Kafir harbi akan kuat bila kita umat Islam lemah.

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>Sent: Friday, February 15, 2013 8:21 PM

Subject: RG2011... Biarlah Saya Mula Dulu
 
Assalammualaikum dan salam sejahtera..
 
Rasa berdosa pula kepada rakan-rakan group khususnya dari kumpulan penyokong UMNO/BN. Oleh itu saya dengan rendah diri, memohon ribuan maaf kepada semua rakan-rakan dalam group yahoo terutamanya geng penyokong tegar UMNO. Saya sedar bahawa hak untuk menyokong dan mengundi mana-mana parti adalah hak individu.
 
Mulai hari ini saya berjanji untuk mengeluarkan bahasa-bahasa yang kesat daripada kamus tulisan saya bila mana membidas atau berhujah kepada pihak lawan. Kepada rakan-rakan group yahoo, Mato Baso, Ustazah kartina, Nizam Penang, Shred, A. Bakar Attan, Amri, Prof Rio dan rakan-rakan lama seperti Zie Lipan, Naza serta mereka-mereka yang telah hilang namanya dalam ingatan saya, saya memohon berbanyak kemaafan. Harap dapat maafkan saya.
 
Saya juga memohon maaf kepada rakan-rakan sekumpulan dengan saya andai ada tulisan atau komen saya yang menyakitkan hari rakan-rakan semua. Rasanya sudah tiba masanya untuk mengubah cara berdebat dengan hujah dan fakta bukan dengan nista.
 
Buat kumpulan penyokong UMNO/BN.. saya ingin maklumkan bahawa saya kekal dengan pendirian saya, saya hanya mengubah cara berhujah atau menulis komen terhadap isu yang rakan-rakan utarakan..hehehee.. jadi jom teruskan debat kita...dengan hujah dan fakta bukan kata nista.. tapi  kalau korang nak teruskan dengan cara korang persilakan.. hak menyokong sesuatu parti adalah hak masing-masing. Begitu juga hak untuk menulis cuma bagi saya..menghina dan mencemuh bukan hak saya lagi...
 
Sekian, salam... 


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (4)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment