Thursday, February 28, 2013

Re: RG2011... Runtuh lagii Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated)


Haaa...pandai...pandai,jambatan diruntuhkan
utk block pr dr terus mara. :D
Tapi...jalan lain banyak lg, mcmana???


--- On Thu, 2/28/13, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Runtuh lagii Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated)
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, February 28, 2013, 4:25 PM

 

Jambatan ke putrajaya runtuh. Petanda kegagalan pr menuju ke putrajaya. PKNS milik siapa?

2013/2/28 NewsforwarderRT <3@pendekarblogger.com>
 

Runtuh lagi!! Kali ini Jejambat di Cyberjaya pula.. (updated)

 

by Anak Sungai Derhaka


CYBERJAYA, 28 Feb — Sebuah jejambat berhampiran Taman Sains Selangor di Cyberjaya runtuh hari ini, yang mana merupakan salah satu lagi insiden melibatkan projek awam di dalam negara.

Dalam laman mikro Twitter, orang ramai telah mengedarkan gambar-gambar jejambat tersebut yang kelihatan terpotong dua bahagian.

 


Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.

Jejambat tersebut telah ditutup daripada pengguna sejak November tahun lalu merupakan jalan keluar daripada Lebuhraya Elite (KM P2.4) menghala kearah SSP2.

Ianya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), manakala jalan di bawahnya adalah laluan Lingkaran Putrajaya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad.

Saluran paip sepanjang jejambat tersebut juga terputus dua semasa runtuhan. Pada 9 Disember 2012, PLUS mengeluarkan kenyataan dilamannya mengumumkan lencongan lalu lintas telah diaktifkan bagi laluan Lingkaran Putrajaya dibawah jejambat untuk memudahkan kerja pemeriksaan dijalankan.

Kesesakan sering berlaku sekitar kawasan tersebut apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat jejambat yang runtuh tersebut.

Seramai 10 pegawai PLUS dan beberapa pengawal keselamatan daripada bilik pameran PKR berhampiran jejambat tersebut berkumpul sekitar kawasan tersebut.

SSP2 merupakan projek hartanah PKNS yang dikatakan bakal menjadi bandar solar pertama di Malaysia ~ The Malaysian Insider

 


 

 

 

 


No comments:

Post a Comment