Wednesday, February 27, 2013

RG2011... Kemboja setuju RISDA buka ladang getah

 

 

Rakyat lagi sedih kerana kerajaan persekutuan tak pernah menghargai rakyatnya sendiri

sebagaimana mereka menghargai kroni-kroni mereka dengan projek berbillion-billion ringgit.

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of shredder virtuoso
Sent: Wednesday, 27 February, 2013 11:29 AM
To: chainz_of_frenz@yahoogroups.com; jarum_emas@yahoogroups.com; MalaysiaNews@yahoogroups.com; pakbelang@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com; SahabatInteraktif@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Kemboja setuju RISDA buka ladang getah

 

 

Kemboja setuju RISDA buka ladang getah

Abd. Rahim Tamby Chik meletakkan bahan rangsangan di batang pokok getah sempena pelancaran Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks di Air Mawang, Johol dekat Kuala Pilah, semalam sambil disaksikan Hasan Malek (kanan). - BERNAMA

KUALA PILAH 26 Feb. - Kerajaan Kemboja, pada dasarnya, bersetuju dengan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) membuka ladang getah seluas 20,000 hektar di negara itu.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Dr. Abd. Rahim Tamby Chik berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan, telah menubuhkan dua syarikat di sana untuk tujuan itu.

"Kita juga telah mengkaji kesesuaian tanah di situ dan berharap boleh bangunkan projek ini berdasarkan tanahnya sama dengan Malaysia.

"Kita harap kita boleh capai, apa yang kita capai di negara kita," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkembangan rancangan RISDA untuk meneroka pelaburan baharu dengan kerajaan Kemboja.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran kempen penggunaan bahan rangsangan lateks 2013 peringkat daerah Kuala Pilah oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek, di Kampung Eyor, Air Mawang dekat sini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila projek ini akan bermula.

Rahim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, bagi membincangkan projek terbabit.

Katanya, kerajaan Kemboja menyambut baik kehadiran RISDA yang memiliki rekod kejayaan dalam membangunkan tanah di Malaysia, terutama membabitkan industri getah dan kelapa sawit.

Sementara itu, Rahim berkata, penggunaan bahan rangsangan lateks 'Etefon' mampu meningkatkan pengeluaran lateks antara 15 dan 47 peratus, sekali gus menambah pendapatan pekebun kecil getah di negara ini.

Beliau berkata, bagaimanapun bilangan pekebun kecil menggunakan bahan itu masih kecil kerana ramai yang berasa ragu-ragu dengan penggunaannya.

"Di sini saya ingin menjelaskan bahawa hasil kajian RISDA mendapati penggunaan cecair rangsangan ini adalah selamat dan efektif jika mengikut amalan pertanian yang baik," katanya. - Bernama

P/S Sedih tengok rakyat sendiri tak pernah hargai idea negara sendiri.

--

_._,___

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment