Huhuhu......Shahidan Kassim tidak dibenarkan mengemukakan rayuan. Sedangkan penjenayah yang telah dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah pun berhak mengemukakan rayuan atau ulang bicara ke atas hukuman yang dijatuhkan.
Malahan setelah gagal dalam rayuan atau ulang bicara sekali pun, penjenayah yang telah menerima hukuman gantung sampai mati itu masih berhak untuk merayu mendapatkan pengampunan dari DYMM Yang DiPertuan Agung. Sebagai contoh Dato' Mokhtar Hashim, bekas Timbalan Menteri Pertanian yang pernah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan kemudian setelah ulang bicara mengenakan hukuman penjara seumur hidup. Namun beliau akhirnya dibebaskan setelah mendapat pengampunan oleh DYMM Yang diPertuan Agung setelah menjalani hukuman penjara selama lebih 11 tahun. Jika mengikut regim FAM, bekas menteri itu dah lama kena gantung sampai mati kerana tidak boleh merayu. Demikian juga dalam kes Khir toyo yang dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana disabitkan dengan kes rasuah yang melibatkan RM 6 juta lebih kerana memiliki banglo mewah secara rasuah masih belum menjalani hukuman penjara itu kerana menunggu kesnya disebut semula untuk ulang bicara setelah rayuannya diterima oleh mahkamah.
Dalam kes Shahidan ini, mampukah dan logik atau tidak bagi beliau menjelaskan denda sebanyak RM 39,000/- itu kepada FAM, hanya kerana beliau menyuarakan pendapatnya yang bertentangan dengan Jawatankuasa FAM. Mana Shahidan Kassim nak korek duit sebanyak itu. Jika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Perlis, mungkin wang sebanyak itu, macam kacang sahaja bagi beliau untuk menjelaskan denda sebanyak itu. Ramai kontraktor atau lain-lain orang kenamaan cepat dan mudah akan bersedia untuk menghulurkan kewangan sejumlah itu.
Kepada Shahidan Kassim, tak perlulah layan hukuman FAM itu. Abaikan sahaja, FAM tidak akan berupaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesalahan seperti itu. Paling berat pun Shahidan tidaka akan dibenarkan masuk ke Stadium atau menonton TV untuk menyaksikan atau mendegar radio dalam mana-mana perlawanan bola sepak seumur hidup beliau.
para_jump101
para_jump101
From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 22, 2013 11:21 PM
Subject: RG2011... Fw: APAKAH NASIB TUNKU ISMAIL SAMA
APAKAH NASIB TUNKU ISMAIL AKAN SAMA MACAM DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM DAN ANUAR MUSA
malaysiaberih.blogspotutusankini.comTunku Ismail kesal mutu pengadilan Liga Malaysia
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berpuas hati dan kesal dengan mutu pengadilan bola sepak tanah air sejak bermulanya kancah Liga Malaysia musim ini.Selepas sekian lama bersabar melihat kualiti sistem pengadilan di atas padang, tidak kira pada perlawanan melibatkan dua pasukan dari Harimau Selatan mahupun negeri-negeri lain, beliau tampil bersuara seterusnya mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya bertindak segera.
Beliau yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, musim baru Liga Malaysia kini lebih kompetitif kerana semua pasukan saling bersaing untuk meraih kemenangan, namun mengakui standard sistem pengadilan di atas padang amat mengecewakan.
Katanya, PBNJ bersedia untuk mengemukakan bukti dalam bentuk rakaman dan surat rasmi kepada FAM bagi membincangkan seterusnya mencari keputusan dan penyelesaian melibatkan isu berkenaan.
"Saya ingin menyuarakan perihal kualiti sistem pengadilan bola sepak di negara ini tidak hanya pada malam ini (kelmarin), tetapi sejak mula musim ini.
"Bukan sahaja perlawanan melibatkan pasukan dari Johor, tetapi perlawanan-perlawanan lain seperti ATM menentang Selangor serta Kelantan dan Johor Darul Takzim," kata Tunku Ismail.
FAM gantung Shahidan 30 bulan, denda RM39,000
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim digantung 30 bulan dan dikenakan denda keseluruhan RM39,000.
Hukuman ke atas Shahidan berkuas kuasa selepas surat rasmi dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh 14 hari.
Hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hampir tiga jam hari ini.
Ia turut menetapkan Shahidan tidak boleh mengemukakan rayuan.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment