Thursday, February 28, 2013

RG2011... AWAS ! Penyakit Kelamin Yang Sangat Susah Untuk Diubati

 

Satu pencerahan yang baik utk dikongsi bersama.

Sama-samalah kita kembali ke cara hidup islam yang lebih syumul.

Ikuti syariatnya, jalankan undang-undangnya islam, insyaALLAH kita akan terhindar dari bala ini.

 

 

Thanks and Regards

 

###########(                    )###########

Khomaron Azhar Abdul Manaf

08000 Sungai Petani

Kedah.

###########(                    )##########

 

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of Mann Trex
Sent: Thursday, 28 February, 2013 9:09 PM
To: Forum SIM; Re Spe Ks2008; Forum Dunia Muslim; Forum Kelakar; Forum My Masjid; Forum Hidayah Net; ForumMelayuCyber; Forum Mangkuk Hayun; Forum SAUJANA; insaniyy@yahoo.com.my; Mat Rock; SHAM BAIDURI; ForumMalaysiarama Moderator; ForumHarakahdaily Moderator; ForumRelexjap Moderator; ForumPakbelang Moderator; ForumMalaysianchat Moderator; ForumMalaysiancommunity Moderator; Forumlifestyle-malaysia Moderator; ForumJommlepakk Moderator; ForumMalaysia-bisnisonline Moderator; ForumDakwah Moderator; ForumIdealis_mahasiswa Moderator; ForumMyniaga Moderator; Forum Mahligai
Subject: RG2011... AWAS ! Penyakit Kelamin Yang Sangat Susah Untuk Diubati

 

 

Salam alaik,

 

 

Peningkatan kuman SUPERBUG GONORRHEA YANG TIADA UBAT telah meningkat 25% di England. Pada tahun 2011 aje ada 21,000 kes-kes baru. 30% terkena pada lelaki homoseks dan selebihnya pada pasangan lelaki perempuan di situ.

 

Antara kaum lelaki yang paling banyak berzina ke mana sahaja mereka pergi ke serata dunia dan paling rajin mencari-cari pelacur adalah dari UK. Pertuturan dan wajah nampak elok aje ...... TAPI .....tabiat cukup mengerikan, iaitu menjadi agen penyebar penyakit kelamin.

 

Kalau tak percaya, lihat siri Video Epidod 1 ini yang fokas kepada umat British yang suka ke Thailand. Seramai 1 Juta rakyat British ke sana setiap tahun, samada untuk bersuka-ria lalu mendapat jangkitan atau menyebarkannya kepada rakyat tempatan.

 

 

Tak perlu lihat episod lain, yang di atas pun dah cukup menjelaskan banyak perkara. Ada adegan agak lucah. Jadinya perlu berpada-pada.

 

Di America pula,  setiap  1 orang wanita dari 5 orang mempunyai penyakit kelamin bernama Herpes Simplex ( jenis HSV 1 dan HSV2 ). Dan setiap 1 orang dari 9 lelaki mempunyai Herpes. Umur mereka dari lingkungan 14 sehingga 49 tahun. Sila ke http://www.cdc.gov/std/herpes/stdfact-herpes.htm . Kes-kes baru setiap tahun di Amerika ialah hampir 800,000 orang. Inilah "manfaat" dari Sexual Revolution, Feminism dan Human Rights yang begitu dibangga-banggakan dan dicanang ke seluruh dunia melalui TV.

 

PENGEKSPORT UTAMA PENYAKIT KELAMIN DI DUNIA

 

Kaum British dan America ini sangat suka bertukar-tukar pasangan zina. Malahan mereka mempunyai forum-forum online yang giat berkongsi pengalaman seks dan maklumat-maklumat sarang pelacur lelaki dan perempuan di seluruh dunia termasuklah Malaysia. 

 

Kini semakin ramai rakyat British dan America yang datang ke Malaysia. Minggu lepas, saya berjalan-jalan di Bukit Bintang untuk mengambil video suasana. Saya lihat semakin banyak bar-bar di sana, yang sangat penuh pula dengan pengunjung dari Britain dan America. Tak kurang juga kelihatan mereka bersama-sama pasangan rakyat tempatan - India, China dan Melayu.

 

Mereka pasti akan menyebarkan penyakit kelamin kepada para pelacur dan wanita rakyat Malaysia yang gatal-gatal. Manakala pemuda dan pengTUA Malaysia pula mungkin akan terjangkit penyakit mereka daripada pelacur-pelacur tersebut yang datang dari China, Thailand, Cambodia, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Afrika, Iran dan Uzbek. Ada juga rakyat Malaysia yang ke Thailand, Vietnam dan Cambodia khusus untuk tujuan seks dengan pelacur, dengan kebarangkalian tinggi telah dilanggan rakyat Amerika dan British sebelum ini.

 

Selain dari super Gonorrhea dan Herpes, sesiapa jua yang suka berzina boleh terjangkit dengan HIV, Hepatitis B, Hepatitis C, Syphilis, TB dan HPV ( human papilloma virus ) serta kutu ( craps ). Walaupun ada yang berkondom, adegan kotor secara oral dan sentuhan kulit boleh menjangkitkan penyakit-penyakit yang paling mudah untuk dijangkiti iaitu Hepatitis B, Herpes dan super TB. Hepatitis B dan TB boleh dijangkiti dengan peluh, air ludah dan nafas. Kedua-dua ini juga yang paling bahaya kepada manusia dan membawa kematian atau kesengsaraan berpanjangan.

 

Kitapun sudah sedia maklum bahawa semakin ramai daripada penuntut Kolej dan Universiti serta  pelajar sekolah, telah melacurkan diri untuk hidup yang lebih bergaya dan SmartPhone yang mahal-mahal. Tak kurang video-video 3GP online yang memperagakan kegiatan seks mereka bersama Pak Arab, Pak Hitam, Korea, China dan Omputih. Tak dapatlah saya letak link di sini kerana amat mengaibkan dan amat memalukan semua kaum di Malaysia.

 

KESIMPULAN

 

Kita perlu perihatin dan mengetahui di mana anak-anak remaja kita di malam hari. Mereka perlu berada di rumah sebelum maghrib. Jangan sehingga mereka terjebak dengan perkara-perkara yang membawa kesan buruk serta yang membawa penyelesalan seumur hidup. 



Berbual dan berbincanglah dengan anak-anak. Jika malu, cuba dapatkan bantuan Kementerian Kesihatan atau LPPKN untuk buat program berkelompok di kawasan kejiranan masing-masing. Para petugas tidak sombong, malahan amat mengalu-alukan keperihatinan penduduk. Mereka juga sangat mahir untuk menyampaikan mesej kepada anak-anak dengan cara berkesan.

 

Larangan Allah dan RasulNya sudah pasti untuk kebaikan manusia sendiri. 

 

Sesiapa yang berdegil, pasti akan menerima akibat. Siapa yang meremehkan aktiviti Amar Makruf Nahi Mungkar pula juga akan terpalit, kerana tempias kaum yang degil sedang bergerak laju menuju ahli keluarga mereka. Kaum yang selamat, ialah yang ambil nasihat Allah dan Rasulnya iaitu - suka dan giat ingat-mengingat antara satu sama lain.

 

Semoga artikel ini memberi manfaat.

 

---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com


---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment