Thursday, February 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hati hati dgn 6 Bismillah Dan 40 Kaf Itu Hanya Rekaan Soalan: Assalamualaikum, Yang Berbahagia Dr, semoga dipanjangkan umur dalam rahmat Allah selalu bersama keluarga. Saya ingin bertanya tentang amalan Bismillah 5, 6,7, 9, 20; daripada mana sumbernya dan sejauhmana kita boleh beramal? Saya ada baca beberapa coretan komen blog2 yang menyatakan ia dianjurkan oleh Tuan Guru Dr. xx dan juga Dr.xx. -Bagaimana pula dengan amalan Kaf 40. Wassalam, Puan Aida (Zunaidah Mohd Marzuki) Jawapan: Terima kasih Puan Aida kerana sudi bertanya. Begitulah sepatutnya apabila berhadapan dengan perkara yang kita tidak mengetahui. Al-Qur`an menyarankankita bertanya orang yang berkeahilian padanya. Maksudnya setiap bidang ada ahli dan ada pakarnya. Isu agama tanyalah ahli agama, isu penyakit tanyalah pakar-pakar perubatan, isu ekonomi tanyalah pakar ekonomi. Sayangnya isu agama, ramai orang sedia menjawab, sekalipun tanpa ilmu dan keahlian padanya. Soalan puan, sebenarnya sukar dijawab dalam laman web seumpama ini, saya hanya beri secara ringkas sahaja seperti berikut: Pertama: Puan tidak menyebutkan dalam soalan puan apakah bismillah 5, 6, 7, 9, 20 yang dimaksudkan. Saya terpaksa bertanya beberapa orang bomoh yang saya kenal, lalu mereka menceritakan saya dengan panjang lebar, jenis-jenis Bismillah, khasiat dan kaifiat mengamalkannya. Isu ini sebahagiannya bomoh dan sebahagian lagi agama. Bomoh yang membuat rekaan, ahli agama yang membuat keputusan hukum sama ada betul atau salah. Saya peturunkan di bawa ini satu jenis daripada puluhan Bimillah yang menjadi amalan masyarakat Islam hari ini, dengan terjemahan, cara membacanya, khasiat dan faedahnya sebagaimana dinyatakan bomoh yang saya bertanya padanya (Nama bomoh itu dirahsiakan atas permintaannya). Bomoh itu memberitahu saya, bismillah 6 itu agaknya seperti berikut: بِسْمِ اللهِ السَّمِيعِ البَصِيرِالَّذِي ليس كمثله شئ وَهُوَ بِكُلِّ شّئٍ عَلِيم بسم الله الخلاَّقِ العليم الذي ليس كمثله شئ وهو الفتًّاح العليم بسم الله الذي ليس كمثله شئ وهوالعَلِيمُ الخبير بسم الله الذي ليس كمثله وهوالعَلِيمُ القدير بسم الله العزيز الكريم الذي ليس كمثله شئ وهو العزيز الكريم بسم الله الغفور الرحيم الذي ليس كمثله شئ وهو الغفور الرحيم فالله خير حافظًا وَهُوَ أرحم الراحمين. وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Khasiat ayat ini menurut guru bomoh ini ialah: 1: Penawar bisa seperti ular & kala jengking. 2: Penawar racun. 3: Menjadi selusuh kepada perempuan beranak. 4: Menghalang jin & syaitan. 5: Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang. 6: Terpelihara daripada bahaya seteru dan musuh. Kaifiat membaca 1: Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk. 2: Ditiup di tangan atau ditempat yang sakit. 3: Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan. 4: Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit. Ulasan saya kepada khasiat dan kaifiat baca ini ialah: 1: Ayat-ayat itu tidak salah dibaca dengan betul kerana tiada unsur yang menyalahi akidah, sekalipun membaca ayat al-kursi jauh lebih baik, bahkan berlipat ganda pahala dan khasiatnya dari membaca bismillah 6,7,8,9, 10 hingga berapa lagi tak kiralah, tetapi saya tak faham mengapa ken abaca dengan satu nafas, sedangkan membaca ayat-ayat suci syaratnya kena dengan kaedah tajwid, tanpa syarat nasa 1,2,3 atau lebih. Kedua: Saya kerap menyatakan amalan kerohanian samalah dengan makanan yang kita ambil untuk tubuh badan kita, ada yang halal dimakan dan ada yang haram. Demikian juga dengan amalan kerohanian, ada yang membawa kesesatan dan ada yang membawa kepada hidayat. Baca Bismillah 6 ini ada unsur yang boleh dipertikaikan kesahihannya kerana ada unsur-unsur akidah yang tidak ada hubungannya dengan agama. Amalan bismillah yang begitu banyak jenisnya sampai lebih 20 jenis itu tidak bersumberkan al-Qur`an, Hadis mahupun ulama. Jika puan menyebutkan beberapa nama ulama, lebih baik bartanyalah mereka sendiri kerna mereka itu masih hidup. Saya yakin mereka tidak terlibat bismillah ini dan dengan khasiat dan kaifiat bacaannya. Nama-nama yang puan sebutkan itu semuanya rakan-rakan dan kenalan baik saya belaka. Saya tegaskan sakali lagi, bacaan itu mungkin tidak salah jika dibaca dengan betul menuerut hukum tajwid dan makhrajnya, tetapi cara, kaifiyat dan khasiatnya adalah rekaan. Kesalahan membuat rekaan ini besar, samalah kesalahannya dengan mencipta wang palsu jika dibandingkan dengan bidang perbangkan dan kewangan. Membuat rekaan dalam perkara agama merosakkan agama, manakala mambuat wang palsu memusnahkan Negara. Puan di nasihatkan tidak beramal dengan bismillah ini. Sebagai alternatifnya puan hendaklah membaca al-Qur`an, ayat-ayat al-kursi dan doa-doa mustajab yang disahkan sahih. Puan perlu bertanya ulama yang lebih tahu tentang agama sebelum puan terjebak ke dalam amalan yang salah. Ketiga: Berkenaan bacaan 40 kaf , inipun sama juga dengan 6 Bismillah, ia adalah rekaan orang Arab. Saya tidak menafikan anehnya ungkapan 40 kaf dalam bentuk puisi ini, tetapi khasiat yang begitu rupa hanya rekaan semata-mata. Puisi 40 kaf itu ialah: كفاك ربك كم يكفيك واكفةً .. كفكافها ككمين كان منك لكا تكرّ كرًّا ككرّ الكرّ في كبــــدٍ .. تبكي مشكشكة كلكلكٍ لككا كفاك ما بي كفاف الكاف كربته .. يا كوكبًا كان يحكي كوكب الفلكا Lebih aneh lagi ialah 40 kaf itu direka dengan spontan bagi menyelamatkannya dari hukuman penjara, tetapi bila masuk ke alam melayu dijadikan jampi serapah, sedangkan perekanya membuat puisi untuk menyahut cabaran pihak berkuasa pada zamannya. Kisahnya begini: Diriwayatkan, seorang penya`ir telah dihukum penjara oleh pemerinyah dan setelah sekian lama dalam penjara, beliau memohon untuk dibebaskan, dengan syarat banduan ini mencipta puisi syair dalam tiga bait menggunakan 40 kaf. Jika gagal, banduan ini akan dikekalkan dalam penjara seumur hidup, lalu penyar ini menyahut cabaran itu dan Berjaya lalu beliau dibebaskan. كفاك ربك كم يكفيك واكفةً كفكافها ككمين كان منك لكا! تكرّ كرًّا ككرّ الكرّ في كبــــدٍ.. تبكي مشكشكة كلكلكٍ لككا! كفاك ما بي كفاف الكاف كربته .. يا كوكبًا كان يحكي كوكب الفلكا ! Dikatakan dalam puisi ini mengandungi 40 kaf, tetapi saya bilang tidak sampai 40, mungkin ada bait yang tertinggal. Setakat ini tugas saya masih belum selesai ialah menterjemahan puisi, menyatakan siapakah pencipta puisi dan bagaimana kisah selanjutnya banduan berkenaan. Kita akan ceritakan dalam kesempatan yang lain jika ada peminat dan dengan izin Allah.. Sekian, diucapakan selamat berhari raya serta maaf lahir batin. Inginkan tips percuma kaedah membina website ? Sila klick link di bawah http://www.moneyengineering.ws/LP.html Masukkan nama dan email anda dan tekan submit. --- On Mon, 2/25/13, Garfield jassmine <jassmine9996@gmail.com> wrote:
|
No comments:
Post a Comment