Wednesday, February 27, 2013

Re: RG2011... Penjawat awam perlu bijak pilih

 

Ada lagi org yg bergelar 'pemimpin' satu badan yg masih berfikiran sempit. Kakitangan awam adalah pekerja2 tetap kepada kerajaan. Cuma siapa yg mentadbir kerajaan? Mungkin kerana BN dah TERLALU lama memerintah, disangkakan pemerintahan ini mereka sahaja yg pandai.....sebab itulah hutang negara bertambah2.
 
Mungkin juga Datuk Omar Osman ini yg terhutang budi dgn BN kut? Cuepac sepatutnya independent.
Pada saya, mereka yg bergelar kakitangan awam, walau siapa yg merintah, anda semua tetap di situ, masih bekerja di jabatan yg sama, dapat gaji yg sama.....soal bonus, perubahan kenaikan gaji dll itu semua perkara yg boleh dibincang dari semasa ke semasa. Don't worry....
 
Buat pilihan anda yg sebenar. Berani buat perubahan....Jikalau dahulu, Kementerian Pendidikan di antara penerima budget terbesar setiap tahun (zaman Mahadhir & Pak Lah), kini zaman PM Najib kita, kertas A4 & nak fotocopipun minta parent atau PIBG yg support... Jgn ingat berikan BR1M itu menunjukkan kerajaan banyak duit....no....tanya kakitangan awam bernama 'GURU', apa berlaku di sekolah mereka? Jika dahulu
 
Satu perkara history....di US & negara maju yg lain tak berlaku...tetapi ada beberapa negara yg SATU parti memerintah dan dikaji paling lamapun tak melebihi 55 tahun. Jika ini dijadikan sandaran, maka wajarpun pemerintah sekarang ditukarkan krn usianya pun pada tahap yg lebihkurang sama (terlalu comfirtable). Moga2 pemerintah baru sudah tentu ianya lebih baik kerana sudah lebih 50 tahun Lesson Learn erti kesukaran, penipuan, salahguna kuasa & wang rakyat (dibuatnya sbg wang BN pula), kesempatan ke atas sesuatu projek kerajaan diambil umpamanya dr harga "RM1" dahpun jadi berganda-ganda RM, tetapi semua itu sukar dibuktikan kerana salahguna kuasa ke atas badan yg berwajib, maka dgn ini pemerintah sekarang amat WAJAR di TUKAR. Perubahan besar wajar kpd badan berwajid termasuk Peguam Negara, SPRM, Polis dll lagi.
 
Berita di TV, mahupun di akhbar, sudah diibaratkan SAMPAH jika berkaitan dgn politik.
Tiada kesan apa-apa lagi, rakyat dah lali. Jika bacapun berita sukan, kemalangan, bursa saham, ekonomi dll sahaja.
 
Inilah kuasa rakyat, kuasa anda semua. Lupakan akuan2 sumpah yg sudah tidak valid lagi di masa kini.  
Selamat mengundi bila tarikhnya sampai nanti.
 
 
Salah seorang pemimpin menulis:
 
Saya seringkali ditanya oleh teman-teman: "Kerjaya apakah yang lebih mulia di mata rakyat; penjawat awam atau ahli politik?" Jawab saya: "Kedua-dua profesion adalah mulia dan terhormat asal saja kita tidak khianat dan berlaku zalim."
 
Kata mendiang John F. Kennedy atau JFK, mantan presiden Amerika Syarikat, kuasa seorang ahli politik barangkali besar, dan oleh sebab itu kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Kata beliau lagi – hakikatnya, kerjaya sebagai ahli politik tetap menjadi satu kerjaya yang sering disalahguna dan diremehkan.
 
Namun demikian, kerjaya sebagai ahli politik-lah yang akan menentukan keputusan-keputusan besar tentang peperangan, keamanan, kemakmuran dan kemelesetan; keputusan sama ada mahu terus mara ke depan atau mundur ke belakang. Simpul beliau, dalam ertikata yang lebih besar, segalanya kini tergantung kepada apa yang diputuskan oleh Kerajaan. 
 

From: shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com>
To: "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>; "jarum_emas@yahoogroups.com" <jarum_emas@yahoogroups.com>; "MalaysiaNews@yahoogroups.com" <MalaysiaNews@yahoogroups.com>; "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>; "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 27 February 2013 11:32 AM
Subject: RG2011... Penjawat awam perlu bijak pilih
 

Penjawat awam perlu bijak pilih


Ipoh: Sebanyak 18 perkara yang memberi manfaat kebajikan dan kesejahteraan kepada anggota perkhidmatan awam sudah diberi kerajaan sejak lima tahun lalu. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, berkata ia menjadikan perkhidmatan awam di negara ini antara paling istimewa di dunia kerana mendapat layanan penuh daripada kerajaan.
"Justeru, sebagai pemimpin pekerja, saya menasihatkan 1.4 juta penjawat awam dan keluarga mereka serta 500,000 pesara membuat keputusan bijaksana dalam memilih kerajaan, jangan buat keputusan kerana 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar', itu dikira keputusan tidak matang.
"Sebagai anggota perkhidmatan awam, kita tahu mana buruk dan baik, fikirlah apa manfaat yang kita dapat seperti kenaikan pangkat, bonus, semakan gaji, gaji maksimum dan pelbagai lagi, tidak tahulah esok, kalau orang lain, sama ada benda ini kekal atau tidak," katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada Ahli CUEPACS Perak, di sini, semalam. Omar berkata, pihaknya berharap akan mendengar lagi berita baik daripada kerajaan khususnya berhubung semakan gaji, kenaikan gred beberapa perjawatan dan elaun dalam tempoh terdekat, iaitu selepas Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, selesai mengemukakan saranannya kepada kerajaan awal tahun ini.                                           

--

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment