Friday, February 15, 2013

Re: RG2011... Fw: Rakyat Malaysia Islam 16.5juta ... dimanakah ISLAM..??

Jadi apa kata..UMNO berpisah sahaja dengan MCA dan MIC.. bergabunglah dengan PAS dan PKR...setidak-tidaknya PAKATAN ada 40% pengundi Islam..PAS dan PKR..tidak gitu Ustazah Kartina?

--- On Fri, 15/2/13, Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com> wrote:

From: Kartina Idris <kartina.idris@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Fw: Rakyat Malaysia Islam 16.5juta ... dimanakah ISLAM..??
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Friday, 15 February, 2013, 10:41 AM

 
Betullah 60.4% tu Islam. Tetapi mereka dah berpecah kepada 3 kumpulan besar iaitu islam Umno, Islam Pas dan Islam PKR. Sebenarnya ada satu lagi pecahan iaitu mereka yang tidak berminat dengan politik dan tidak mengambil tahu pun tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jadi yang puak-puak islam ini hanya mempunyai kekuatan kurang dari 20%. Sebab itu masing-masing puak sanggup berbuat apa sahaja, hatta menggadaikan prinsip perjuangan mereka sebelum ini demi mendapatkan sokongan bukan islam. Islam umno memang sebelum ini pin bekerjasama dengan bukan islam. Tetapi yang membuat fatwa berbagai itu pun dah lupakan fatwa mereka sendiri.

2013/2/14 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
 

Rakyat Malaysia ada 28.3juta.. Islam pula ada 16.5juta bersamaan 60.4% penduduk negara... dimanakah ISLAM..??

Posted by Kedah Lanie

Bismillah ArRahmaan ArRahiim...

 

Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya mohon maaf kalau apa yang akan saya tuliskan ini akan melukakan hati sesiapa.. bukan niat nak tunjuk pandai, cuma nak kongsi pendapat.. Juga 'for the record' saya setuju dengan saudara Fizal Jamel tentang ketiadaan pemimpin Islam sejati pada hari ini.. tapi itu pandangan saya.

Melalui research yang saya buat, mengikut laporan jabatan perangkaan Malaysia, negara kini mempunyai 28.3 juta rakyat sah. link:  


Daripada jumlah ini, dilaporkan sejumlah 16,581,000 adalah org Islam yang mewakili 60.4 peratus penduduk Malaysia. Kalau berdasarkan 'figures' tentang jumlah umat Islam di Malaysia, tiada lagi alasan untuk Malaysia supaya tidak mengamalkan syariat Islam sepenuhnya (termasuk Hudud) di negara ini.

Memandangkan Bersih 3.0 baru- baru ini menuntut perubahan sistem pengundian yang lebih cekap dan adil, ingin saya bertanya kepada Dr. Maza dan saudara - saudari saya yang lebih arif tentang implikasi firman Allah Ta'ala to the Malaysian political scenario yang bermaksud:
"Dan orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari mengerjakan mungkar. Mereka mendirikan solah dan mengeluarkan zakat serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka ini akan dirahmati Allah Ta'ala, sesungguhnya Allah itu Maha Kuat lagi Maha Bijaksana.".

Sekiranya dalam diri kita masih ada rasa was-was tentang ketelusan EC dalam mengendalikan PRU kali ini bukankah lebih baik kita menjauhi secara total PRU ke 13 ini? Sejujurnya saya merasakan Malaysia kini amat memerlukan kepada sistem pemerintahan Islam (termasuk hudud) kerana telah terlalu banyak keburukan yang berlaku akhir2 ini.

Mmglah sebagai seorang Islam, saya yakin semua ini sudah berada dalam ketentuan Ilahi.. semua ini sememangnya sudah diizinkan Allah untuk berlaku. Tetapi sebagai Muslim juga, kita perlu yakin dan percaya ia adalah peringatan dari Allah untuk kita kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya yakin, sekiranya semua umat Islam bersatu, syiar Islam yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah akan bangkit di Malaysia.

Demi Islam, saya mengajak saudara - saudari seIslamku untuk bersatu dan percaya janji Allah yang akan memberikan kejayaan total kepada sesiapa sahaja yang berjuang menghidupkan Syiar Islam.Saya yakin, sekiranya kita (Umat Islam) dapat bersatu hati, kejayaan akan menjadi milik kita. Ini kerana bedasarkan 'figures' yang ada, baki rakyat non Muslim di Malaysia tidak mungkin dapat memberikan 2/3 majoriti atau total majoriti kepada mana2 parti politik yang akan bertanding pada PRU 13.

Sekali lagi, mohon maaf sekiranya komen ini nampak jauh dari topic, cuma ingin mendapatkan pandangan pakar tentang idea saya ini..All I am saying/ asking is for all Muslims to come together as one dan menghidupkan ajaran Islam sebenar menurut Al Quran dan Sunnah (supaya kita tak terpesong, seperti pesan baginda Rasullullah) Yang buruk dari saya dan yang baik hanya milik Allah SWT.

No comments:

Post a Comment