Thursday, February 7, 2013

Re: RG2011... Penguatkuasa Islam kenakan sekatan ke atas bukan Islam dalam krisis ‘Allah’, kata MCCBCHST

 

itulah yg dikatakan memertabatkan bahasa melayu.....tak kena tempat. dlm byk bidang pinggirkan bahasa melayu..skrg kristian nk guna Bahasa melayu dlm bible..telah direstui oleh  BN...mana hassan ali?? apasal tak cegah semua ni??? diam ye..malu2 la tu....  


From: ismail khamis <ibk9955@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, February 5, 2013 4:01 PM
Subject: Re: RG2011... Penguatkuasa Islam kenakan sekatan ke atas bukan Islam dalam krisis 'Allah', kata MCCBCHST

 
Kat sini sibok nk guna bm dlm injil. Yg kira dok skrang guna bi dlm urusan bank, laporan BNM, siminar2 dan malah dlm perundangn bilablah nk d kuat kuasaln guna bahasa kebangasaan. Tadika kini byk dah titik beratkn pelaharan agama sambil bahasa penghantar bahasa ingeris ada pula bahasa cina. Dimana kah kedudukan bahasa kebangsaan tkn kn pd kitab injil je. Kadang trfikir malay d lahirkn melayu
On Feb 5, 2013 11:09 PM, "roslan mohd" <mohroslan@gmail.com> wrote:
 

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
February 05, 2013
Isu kalimah Allah terus menjadi sumber kontroversi, kali ini menerima kritikan daripada kumpulan antara agama bukan Islam. — Gambar fail
KUALA LUMPUR 5 Feb — Kumpulan antara agama bukan Islam menyelar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bekas ketua hakim kerana cuba untuk mengawal hak kumpulan minoriti agama di Malaysia dalam perbalahan isu "Allah", di mana mereka mengatakan ia bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara.
Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) memberi maklumbalas berkenaan kenyataan MAIS dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheik Abdul Halim yang melarang kumpulan minoriti agama di Malaysia daripada memanggil tuhan mereka "Allah".
"Ini adalah sama seperti pengenaan sekatan oleh Majlis lslam terhadap orang bukan Islam. Ia juga boleh dilihat sebagai usaha untuk mengawal amalan agama-agama selain Islam oleh sebuah badan atau organisasi lslam," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis tersebut memberi amaran terhadap "amalan tidak sihat" memaksa orang bukan Islam terikat dengan fatwa atau keputusan daripada badan-badan Islam seperti MAIS, sambil berkata ia boleh mencetuskan ketegangan agama.
"Sebarang cubaan untuk mengawal orang bukan Islam atau mengganggu amalan agama bukan Islam oleh mana-mana badan Islam mesti dihentikan serta merta. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini amalan yang tidak sihat dan boleh membawa kepada kesan sosial yang tidak diingini dan meningkatkan ketegangan antara masyarakat," katanya.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Tan Hoe Chieow yang juga presiden MCCBCHST dan ketua Taoisme di sini; timbalan presiden Majlis Gurdwara Malaysia Jagir Singh; dan Sing Kan dan Prematilaka KD Serisena untuk agama Buddha dan Rev Thomas Philips untuk agama Kristian; Datuk RS Mohan Shan bagi Hindu.
Kumpulan antara agama bukan Islam itu berkata tiada undang-undang, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, untuk mengenakan hukum atau fatwa ke atas bukan Islam.
Ia menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam telah diletakkan di dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, yang menghadkan mereka daripada menyebarkandoktrin atau kepercayaan agama mereka kepada orang Islam.
MCCBCHST berkata tiada bukan Islam mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Ia menggesa umat Islam yang tidak bersetuju dengan orang bukan Islam yang mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka "Allah" untuk membaca perlembagaan dengan berhati-hati dan holistik, menunjukkan kepada Artikel 3(4) dan 11(4).
Merujuk kepada Ahmad Fairuz, kumpulan itu berkata ia gagal untuk memahami "bagaimana bekas Ketua Hakim Negara boleh terlepas pandang hakikat bahawa semua enakmen 10 negeri-negeri yang dibuat di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, dan bahawa Perkara 11 (4) hanya menyediakan kawalan 'atau penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama kepada orang yang menganut agama lslam "
"Artikel ini tidak melarang agama lain dari menyebarkan kepada penganut masing - masing.
"Dalam erti kata lain, jika anda tidak menganut atau mengamalkan lslam maka tiada sekatan boleh diletakkan kepada anda tentang bagaimana anda mengamalkan agama anda," kata MCCBCHST, dengan menambah setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama sendiri.
Kumpulan antara agama itu juga berkata Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 telah memutuskan peruntukan dalam enakmen negeri melarang penggunaan perkataan tertentu oleh orang bukan Islam adalah tidak berperlembagaan.
Ia menambah bahawa ia menyokong keputusan bukan Islam untuk terus menggunakan "Allah" merujuk kepada tuhan-tuhan mereka seperti yang terdapat dalam kitab suci mereka.
Perbalahan mengenai "Allah", yang pertama kali meletus sejurus selepas pilihan raya umum 2008, sekali lagi perhatian dalam menjelang Pilihan Raya 2013 dan mengancam keharmonian antara bukan Islam dan masyarakat Melayu-Islam yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment