Friday, February 15, 2013

Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan

 

BR1M tuu gula-gula yang sangat manis.......ditabur sebelum pilihanraya.....kita sama-sama tengok nanti ada tak ditabur selepas pilihanraya.....


From: "anis1222@yahoo.com" <anis1222@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, February 15, 2013 3:06 PM
Subject: Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan

 
Sy sokong shahran sbb sy pun tak layak brim
Sy nak minyak turun. Harga mknn turun, minyak turun. Harga kete turun
BR1M dpt setahun sekali mereka yg terpilih jer tp kalau harga minyak turun semua org dpt hari2
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

From: <Shahran.Ahmad@emerson.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thu, 14 Feb 2013 07:24:31 +0000
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RE: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan

 
Aku tak layak jadi aku tolak kerajaan sekarang..
Aku sokong yg boleh bagi harga minyak turun, belajar percuma, harga kete turun dan bla, bla, bla…
 
From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of lah68 ripen
Sent: Thursday, February 14, 2013 9:05 AM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... PM jamin BR1M diteruskan
 
 
BR1M diteruskan.. dan semakin banyak laman web yang pro PAKATAN tidak dapat dilayari...heheheee....nasib baik ada google ip boleh juga dirobohkan bentang yang dibuat oleh tmnet...

--- On Wed, 13/2/13, shredder virtuoso <rattlesnakesssss@gmail.com> wrote:
 

PM jamin BR1M diteruskan

 
Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor disambut oleh ribuan pengunjung setibanya pada majlis sambutan Tahun Baharu CIna Peringkat Negeri Johor di pasar raya Econsave, Senai, Kulaijaya, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 12 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan dihentikan, malah akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4 dan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.
Menurut Perdana Menteri, pemberian bantuan itu diteruskan kerana seperti 139 produk 1Malaysia yang lain, BR1M adalah pulangan semula kepada rakyat hasil kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
"Kita pulangkan kepada rakyat kerana rakyat berhak untuk menerima kesan pertumbuhan yang kian meningkat. Saya sudah katakan sebagai kerajaan kita mesti dahulukan rakyat dengan mewujudkan dasar bersifat inklusif dan adil dan saya mulakan kepimpinan saya dengan menyatakan kita mesti merasai denyut nadi rakyat.
"Sebab itu kita buat BR1M dan kini BR1M 2. Saya yakin, berdasarkan apa yang telah kita lakukan dalam tempoh empat tahun, 'the best is yet to come' (yang terbaik bakal menyusul).
"Tidak kira tahun ular atau tahun naga atau tahun apa sekali pun, berkat kerjasama, perpaduan dan sokongan rakyat yang semakin jitu dan padu kepada Barisan Nasional (BN), kita akan menempa lima tahun yang lebih berjaya," katanya ketika berucap dalam sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Johor yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang di pekarangan pasar raya Econsave Senai dekat sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Kulai, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Terdahulu pada sebelah pagi, Najib mempengerusikan mesyuarat tertutup UMNO dan BN Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.
Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membuktikan keupayaannya dengan mencatatkan kadar pertumbuhan negara adalah paling tinggi dalam masa 10 tahun manakala pendapatan perkapita rakyat meningkat daripada RM18,590 pada 2009 kepada RM27,890 pada akhir 2011.
"Ini bukan janji tetapi program transformasi yang sedang berjalan dengan rancak yang akan memberi faedah kepada rakyat jelata. Kalau kita hendak agenda transformasi ini dilaksanakan sepenuhnya, bergantung juga kepada mandat politik yang diterima daripada rakyat dalam masa tidak beberapa lama lagi.
"Kalau kita dapat tubuh kerajaan yang kuat maka kita akan menjurus kepada masa depan yang cukup hebat lagi cemerlang.
"Saya yakin pasaran akan melonjak lebih tinggi dan keyakinan akan terus memuncak dan kita semua mendapat faedah jika membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya nanti," katanya.
Tambah Najib, tuntutan perubahan yang disuarakan rakyat telah disahut oleh kerajaan melalui proses transformasi yang terancang dan sistematik serta terbukti membawa kepada keberhasilan yang lebih terjamin.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment