Saturday, February 16, 2013

RG2011... 5 Ciri Solat Sempurna

 


Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari pengadilan di akhirat kelak ialah ; "Solat"! Sekiranya solat diterima,  amalan kebaikan yang lain juga akan diterima. Sekiranya solat tak diterima, amalan-amalan juga akan tertolak. Jadi sangat penting untuk kita berusaha sebaik mungkin memperbaiki mutu @ kualiti solat kita.

Pertamanya, kita perlu memahami tentang ciri-ciri solat yang sempurna.

Apakah  yang dimaksudkan dengan solat yang SEMPURNA?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.

Ciri-ciri solat yang sempurna ialah ;
  1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sollallahu 'alaihi wasallam.
  2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma'ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
  3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
  4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya, sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
  5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Mari kita renung-renungkan. Adakah solat kita mempunyai ciri-ciri ini? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau masih leka dan lalai, perlu kita berusaha lebih lagi bagi memastikan solat kita sempurna dan seterusnya diterima Allah.

Sumber : Facebook Saudara Azwan Momoi

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment