Wednesday, February 13, 2013

RG2011... Fw: Baca Ini : 5 Tips Bagaimana Membuatkan Anda Disenangi Orang Lain

 


Adakah anda seorang yang sukar berkawan dan sukar memulakan komunikasi dengan orang lain dalam apa jua keadaan sehingga membuatkan anda sentiasa ingin menyendiri serta tidak memperdulikan orang lain?

Usah risau, kerana anda bukan anda seorang sahaja yang sedang menghadapi masalah ini. Ini kerana mengikut statistik, 3 daripada 10 orang mengalami masalah sukar untuk membuka mulut memulakan bicara atau berkomunikasi dengan orang lain terutamanya orang yang tidak dikenali.

Mereka lebih suka menjauhkan diri daripada masyarakat walaupun dalam hati mereka ingin bergaul bersama-sama.

Walau bagaimanapun, sebenarnya sikap ini merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh semua orang kerana bimbang sikap ini membuatkan diri anda menjadi anti-sosial, tidak ambil peduli hal yang berlaku disekeliling dan paling teruk akan digelar sebagai "orang yang bodoh sombong" oleh anggota masyarakat dan jiran-jiran anda yang lain.

Berikut merupakan antara 5 tips bagaimana anda mampu menjauhi sikap sukar berkomunikasi ini dan menjadi insan yang sentiasa disenangi masyarakat:

1. Sentiasa senyum
  • Senyum itu sedekah, senyum itu ibadah dan senyum itu juga mampu mencairkan hati setiap insan. Sentiasalah menguntum senyuman kerana dari senyuman tersebutlah anda menonjolkan kemesraan & bakal peroleh ramai sahabat.
2. Tunjukkan minat untuk mengenali mereka
  • Ambil tahu serba sedikit mengenai mereka agar anda mengetahui apakah kerja & minat mereka. Setelah mengetahui perkara tersebut, sentiasa berbual mengenai topik-topik yang ada kaitan dengan minat mereka.
3. Ingat dan tahu setiap nama mereka
  • Kemesraan hanya akan wujud jika anda benar-benar mengenali mereka. Jika anda belum mengenali mereka sedalam-dalamnya, anda perlu mengetahui dan mengingati nama mereka untuk memulakannya kerana ia menunjukkan betapa anda menghormati & menghargai mereka.
4. Jadi pendengar yang baik
  • Sahabat yang baik merupakan pendengar yang baik. Ini kerana secara psikologi manusia akan lebih tertarik untuk bercerita mengenai diri mereka, keinginan mereka serta masalah-masalah yang mereka hadapi. Mereka amat perlukan perhatian anda dan anda perlu tunjukkan minat untuk mendengarnya.
5. Elakkan daripada mengkritik mereka
  • Ingatlah bahawa bukan semua orang suka mendengar kritikan yang diberikan oleh orang lain walaupun mereka melakukan kesilapan. Cuba fahami sebab mengapa mereka lakukannya dan fikir positif dalam setiap kejadian tanpa saling menyalahkan antara satu sama lain.
Dengan mengamalkan 5 tips ini, anda pasti disukai dan mendapat ramai kenalan-kenalan baru serta dapat mengubah diri anda menjadi seorang yang peramah. Ingatlah bahawa dunia ini kecil sahaja & tanpa mereka, dunia ini tidak menyeronokkan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment