Salam Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari." ~ Riwayat al-Baihaqi ~ http://pendita.com/2009/hutang/ Sabda Rasul S.A.W yang Maksudnya : Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) ~ Riwayat Ibnu Majah ~ http://opzaney.wordpress.com/2007/06/21/hukum-orang-yang-sengaja-tidak-mahu-membayar-hutang/ Sabda Rasul S.A.W. bermaksud : Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas. ~ Riwayat al-Baihaqi ~ http://opzaney.wordpress.com/2007/06/21/hukum-orang-yang-sengaja-tidak-mahu-membayar-hutang/ Hutang membahayakan akhlaq, Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri." (HR. Bukhari). http://abufawaz.wordpress.com/2012/03/02/adab-islami-dalam-hutang-piutang/ Rasulullah SAW pernah menolak menshalatkan jenazah seseorang yang diketahui masih meninggalkan hutang dan tidak meninggalkan harta untuk membayarnya. Rasulullah SAW bersabda: Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, KECUALI hutangnya. (HR. Muslim). http://abufawaz.wordpress.com/2012/03/02/adab-islami-dalam-hutang-piutang/ WAllahua3lam Wassalam Hizamri From: Mus Subject: FW: hutang negara sebelum bubar parlimen RM547.79 bilion Jangan risau, hutang negara sebelum bubar parlimen RM547.79 bilion?
Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen (Lebih RM547.79 Bilion). Jangan Risau Semua! Sebab..
Hutang negara Malaysia 2013 : Cakap-cakap yang mengatakan hari Jumaat ini Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen (KLIK SINI) semakin kuat kedengaran bagi mengelak ketidaktentuan pasaran saham BSKL.
Dan baru-baru ini Tun Mahathir sekali lagi tampil di media mengingatkan rakyat Malaysia tidak perlulah risau dengan hutang negara Malaysia ketika ini. Kerajaan boleh membayarnya. Benarkah?
Hutang Negara Malaysia 2013 : Mahathir Kata Jangan Risau Sebab…
Kami tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang mangatakan simpanan yang kita ada ketika ini ada sekitar US$140 bilion. Kira-kira bersamaan sekitar RM431 bilion.
Jikalau sudah dinamakan hutang pasti akan ada "faedahnya" di mana hutang negara Malaysia ketika ini berada pada paras RM547 bilion dengan faedah sekitar 4%. Malaysia sebenarnya terpaksa membayar sejumlah faedah sekitar RM21.88 bilion. Untuk 2 tahun terahir ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib telah meminjam sejumlah lebih RM100 bilion. Satu angka yang agak besar sebenarnya.
Hutang Malaysia Sebelum Najib Bubar Parlimen 2013?
Jikalau beginilah hutang negara pada masa itu? Apa akan jadi kepada negara dan rakyat Malaysia pada masa itu?
Jikalau negara seperti Jepun, Singapura…negara apa lagi, banyak hutang kita tidak hairanlah. Hasil bumi tiada. Singapura dengan tanah yang sekangkang kera itu, apa yang boleh diusahakan? Malah mereka terpaksa keluar modal untuk import pula. Tetapi mereka tetap merupakan antara negara terkaya di dunia bersama-sama dengan Brunei (KLIK SINI). Malaysia?
Nilai hutang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sejak beliau memerintah sehinggalah ke hari ini Februari 2013. Sudah lebih RM200 bilion hutang dilakukan. Apa hasilnya?
Tercari-cari juga kami bagaimana hutang negara boleh melambung sebanyak ini dalam tempoh hanya beberapa tahun sahaja :
Sedangkan hutang yang mula dilakukan oleh Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah hanya berada pada kadar RM286 bilion sahaja berdasarkan data hutang negara pada tahun 2008.
Sumber Bank Negara Malaysia (BNM) Hutang Negara Malaysia Di Bawah Datuk Najib Razak?
Yang rakyat risaukan adalah apa yang akan berlaku selepas ini. Adakah cukai akan dinaikkan di masa hutang negara Malaysia terus melonjak tinggi? Syarikat yang terpaksa membayar cukai yang tinggi, akhirnya akan mengalihkan bayaran cukai yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Akhirnya, apa jadi selepas itu? |
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment