Tuesday, February 5, 2013

RG2011... Fw: Punca Syabas Gagal Bekal Air

 



 

Punca Gagal Bekal Air: Syabas Cuma Bayar 45 % Kepada Operator Loji

SHAH ALAM: Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang hanya membayar sekitar 40 hingga 45 peratus kepada syarikat operator loji rawatan air menyebabkan syarikat terlibat tidak mampu mengeluarkan air dalam kapasiti yang optimum.
Syarikat operator rawatan air, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) terpaksa bertindak demikian bagi mengurangkan kos pengeluaran dan mengelakkan menanggung kerugian.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad keadaan ini hanya dapat diselesaikan apabila Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi pengeluaran air di negeri itu.
"Bayaran Syabas kepada syarikat operator loji ini sangat menekan aliran tunai mereka," kata Dr Dzulkefly kepada TV Selangor.
Selain itu, Dr Dzulkefly turut mendedahkan bahawa Syabas juga tidak memberikan layanan yang adil dan saksama kepada syarikat-syarikat kontraktor mereka.
"Kontraktor Syabas ini ada banyak, tetapi saya dapat tahu cuma beberapa syarikat yang Tan Sri Rozali Ismail ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung dapat keistimewaan seperti anak emas oleh Syabas.
"Projek yang diberikan juga biasanya projek yang beri keuntungan lebih besar berbanding kerja yang diperolehi syarikat lain, ini tak adil kepada syarikat kontraktor lain walaupun mereka punyai keupayaan jalankan projek," ujarnya lagi.
Antara syarikat yang disebutkan sebagai anak emas Syabas oleh Dr Dzulkefly termasuklah Mewah Kota Sdn Bhd, Damini Sdn Bhd, Yakin Rantau Sdn Bhd, Kembara Sdn Bhd dan Semarak Niaga Sdn Bhd.
"Sekiranya Kerajaan Negeri ambil alih, kontrak dan bayaran akan dibuat dengan adil dan lebih baik sebab rekod yang ada saya percaya Kerajaan Negeri merupakan 'pay master' yang bagus," kata Dr Dzulkefly yang mengaku dibekalkan maklumat dari sumber dalaman salah sebuah syarikat anak emas terbabit.-tvs

 

SYABAS & KERAJAAN PUSAT main CIUM MULUT untuk bagi KERAJAAN SELANGOR cemburu...!!

oleh AnakKedah007

RM3.41b telah dibelanja Kerajaan Pusat untuk selamatkan SYABAS

 
"Dengan RM120 juta yang digunakan, ia menunjukkan krisis tersebut dapat diatasi jika SYABAS melabur dana sendiri untuk usaha ini sejak awal," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

SYABAS nak melabur awal apa kejadahnya.

Labur beli kereta, BONUS untuk BOSS2 lansung tak ingat PEKERJA bawah, melancong sana, melancong sini.

Tahu2 tuduh Kerajaan Negeri Selangor tak pandai urus air.

Nak tahu bodoh tak bodoh SYABAS nie, hari2 hujan pun mereka boleh kata EMPANGAN KEKURANGAN AIR. Menjelang 2014, Selangor & KL berpontensi KEMARAU.
SYABAS mana fikir nak mudahkan Rakyat. Nie semua belajar dari Mahathir la nie.

Kesudahannya anak Mahathir sendiri tak tolong PETRONAS, buka PETRON.

DASAR PENCACAI!!!!

KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!

[BONGKAR] Sudah RM3.41b Kerajaan Pusat belanja duit bagi kepada SYABAS...

DAP dakwa RM3.41b dibelanja untuk selamatkan SYABAS


Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang diumumkan perdana menteri menjadikan jumlah dana untuk "menyelamatkan" syarikat kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun.

Katanya, peruntukan tambahan itu juga membuktikan bahawa krisis air di Selangor dan Kuala Lumpur tiada kaitan dengan keperluan untuk penyaluran air dari projek Langat 2.

"Sebaliknya, ia membuktikan bahawa krisis itu adalah disengajakan oleh SYABAS untuk menaik taraf loji rawatan, membina kapasiti air tambahan yang dirawat serta membaiki dan menggantikan paip lama dan pecah.

"Dengan RM120 juta yang digunakan, ia menunjukkan krisis tersebut dapat diatasi jika SYABAS melabur dana sendiri untuk usaha ini sejak awal," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Pua, kerajaan negeri dan juga persekutuan tiada kewajipan untuk menyediakan geran atau pinjaman kepada SYABAS untuk menaiktaraf infrastruktur air.

Maka, peruntukan RM120 juta kepada SYABAS itu bukan geran oleh kerajaan persekutuan untuk membatu rakyat di negeri tersebut tetapi satu skim yang didakwa untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

MP Petaling Jaya Utara itu seterusnya menyenaraikan dana yang didakwa disalurkan kerajaan persekutuan BN untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

"Pada Disember 2009, kerajaan memberi pinjaman mudah RM320.8 juta selama 20 tahun kepada SYABAS.

"Pada Oktober 2011, kerajaan BN sekali lagi memberi pinjaman RM110 juta selama 20 tahun kepada SYABAS untuk tujuan sama," katanya.

Dakwanya lagi, kerajaan sekali lagi menyelamatkan SYABAS dengan mengambil alih keseluruhan bon SYABAS sebanyak RM2.9 bilion yang tertunggak.

"Sehingga kini, Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin masih belum mendedahkan sama ada SYABAS telah membayar barang satu sen daripada bon penyelamatan RM2.9 bilion oleh kerajaan persekutuan," katanya.

Oleh yang demikian, jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM3.41 bilion, kata Pua.

Seekor Kaldai Bernama SYABAS
 
libanglibu.blogspot.
Bekalan air dahulu kala aman sejahtera diselenggara oleh JBA. Murah dan kurang masalah. Malah negara maju seperti Jepun sekali pun, bekalan airnya masih diurus kerajaan.

Apabila muncul Mahafiraun dan mimpi berahi penswastaannya, bekalan air telah diswastakan.

Di Selangor ini air dikendalikan syarikat kaldai bernama SYABAS. Sebenarnya syarikat kaldai ini tidak mampu menyelenggara air Selangor.

Tiap-tiap tahun syarikat kaldai ini bengkrap dan tiap-tiap tahun jugaklah kerajaan salur dana. Setakat ini telah RM3.41bilion disalurkan kepada syarikat kaldai yg diuruskan kaldai ini untuk terus hidup dan mencekik lagi berbilion-bilion pada tahun depan untuk terus beroperasi.

Ada rupa kaldai?

Krisis air Selangor baru-baru ini bukan disebabkan Sg Gombak dan Sg Langat kontang. Tapi disebabkan kocek syarikat kaldai ini yg kontang. Tiada dana untuk baik pulih batang paip dan pam.

Tapi harus diketahui, kocek ketua syarikat kaldai ini tidak pernah kontang. Malah akan terus disuburi memandangkan dia seekor kaldai yg amat setia kepada tuannya.

Jangan kecik hati, tahun 2011 sahaja ketua kaldai ini masyuk RM17.25 juta.

Rumah kami sentiasa berair

Beruntunglah syarikat kaldai dapat kontrek selenggara air. Prasarana JBA telah siapkan. Bahan mentah turun dari langit. 

Bukan sikit punya lahanat.

Sumber: Tony Pua

  1. Anonymous

    Setuju, keldai lahanat ni menanti masa untuk dikorbankan. Hati tertutup kerana terlalu banyak makan wang dan keringat rakyat.

  2. Anonymous

    Ya Allah Ya tuhan ku kau lakhanatkan lah orang ini dan semua keturunannya ahli zuriatnya serta yang bersengtongkol dengan nya.Orang ini telah menginaya rakyat dimalaysia.Hancurkanlah,musnahkan lah penyamun,pencuri,penyanyak dan pengkhianat ini .Amin

  3. Anonymous

    Ya Allah Ya Tuhanku kau ampunkahlah dosa hambamu ini yang menyamakan ciptaan-MU ini sebagai keldai sedangkan Kau telah menciptakannya sebagai manusia.Kau tinggikanlah akal fikirannya supaya dapat membezakan antara manusia dan binatang.Amin

    1. sebenarnya aku nak samakan dengan babi.

    2. Anonymous

      kalau ada butang like , aku nak like sejuta kali ,

    3. lu nak like kaldai atau babi?

    4. Anonymous

      ko sama macam keldai bangang.

  4. Gua mau like 2 sekali oi!!!!!!

    1. cun, kah kah kah!

 

Isu Air selangor: MB S'ngor Bidas Peter Chin Yang Salahkan Harga Air Murah

Dalam krisis air Selangor, Khalid mengatakan Chin hanya mementingkan keuntungan

IJOK, 2 Feb — Perbalahan berkenaan bekalan air Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid menggambarkan Menteri Kabinet Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai seorang ahli perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan kerana menyalahkan polisi air murah Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca krisis.

Dua hari lepas Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air menyalahkan polisi tersebut dan mengatakan penstrukturan semula air perlu dilakukan kerana mengganggap harga air murah adalah punca kepada pembaziran dan mengakibatkan berlaku krisis air yang menjejaskan isi rumah dan perniagaan di negeri terkaya Malaysia itu dan ibu negara Kuala Lumpur.

"Saya ingat Peter Chin kena belajar usaha untuk membantu rakyat," kata Abdul Khalid (gambar) kepada The Malaysian Insider sebagai respon kenyataan menteri tersebut.

"Tapi beliau bercakap sebagai ahli perniagaan, sudah pastinya kalau saya jadi seperti beliau akan menaikkan harga air," tambah beliau lagi.

Beliau juga mempertahankan langkah pemberian air murah yang itu dan mengatakan keuntungan tidak boleh dilakukan terhadap keperluan asas manusia.

"Air ini adalah hak asasi, maknanya air ini sepatutnya diberikan tanpa perlu membebankan rakyat.

"Oleh sebab itu kerajaan negeri memberikan air murah," tegas beliau.

Apabila ditanya mengenai kenyataan media Chin yang mengatakan kerajaan pusat tidak akan menyekat pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tetapi negeri tersebut memerlukan persetujuan antara pembekal dan pembeli, Abdul Khalid mendakwa Chin tidak memahami permintaan kerajaan negeri.

"Saya rasa Peter Chin ini tidak faham dengan permintaan kerajaan negeri Selangor.

"Kerajaan negeri bukan meminta untuk membeli SYABAS, tetapi kami meminta untuk membeli saham pelabur atau pemilik ekuiti di dalamnya termasuk Peter Chin," tegas beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid lagi, persetujuan mengambilalih bukan terletak kepada pihak SYABAS tetapi sebaliknya adalah dibawah kerajaan pusat memandangkan mereka adalah pemegang saham utama yang terdiri daripada Puncak Niaga, Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) dan Kementerian Kewangan.

"Dalam pegangan tersebut, Kementerian Kewangan merupakan pemegang Saham Emas iaitu yang terbesar.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri memohon kepada kerajaan pusat untuk pengambilalihan tersebut," terang Abdul Khalid.

Rabu lalu, Abdul Khalid mengumumkan Selangor bercadang mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari dan menghantar surat bertulis kepada kementerian berhubung perkara tersebut.

Akan tetapi Chin dua hari lalu memberitahu kerajaan negeri boleh membeli syarikat konsesi air jika syarikat swasta yang memegang kontrak bekalan tersebut bersetuju sambil menambah kerajaan pusat tidak akan menghalang urusniaga tersebut.

"Bagi saya ini adalah tawaran komersil biasa yang memerlukan persetujuan daripada pembeli dan penjual," kata Chin dalam satu sidang media di Putrajaya.

"Jika ada persetujuan, biarkan SPAN dan saya yang tahu," tambah beliau merujuk kepada pengendali syarikat air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Kemelut isu air di negeri Selangor berterusan selepas pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) menentang projek Langat 2 diumumkan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan ia berkos tinggi dan menyebabkan negeri tersebut terpaksa meningkatkan tarif air dan terpaksa memungkiri janji mereka untuk memberi air murah, polisi PR yang diperkenalkan selepas memenangi pilihan raya 2008.

Untuk melancarkan proses, Selangor memulakan langkah untuk mengambil alih pada 2009 dengan menawarkan untuk membeli Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS pada harga RM5.7 bilion tetapi kemudiaannya telah ditolak.

Abdul Khalid berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air di Sabak Bernam menyatakan Putrajaya tidak menghalang kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan air menyebabkan kerajaan negeri membuat keputusan tersebut.

Tahun lepas, Abdul Khalid dilaporkan telah meningkatkan tawaran lebih daripada RM9 bilion untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat tersebut termasuk bon.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak PR mengambil alih negeri Selangor.

PR memerintah Selangor dan menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur
. -TMI


'Harga murah punca krisis air di Selangor'

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.

Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.

"Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.

"Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan," kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.

Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.

"Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.

"Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.

Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, Putrajaya menuduh keengganan kerajaan negeri Selangor membina loji rawatan Langat 2 sebagai punca krisis tersebut memandangkan sistem pengepaman sedia ada tidak mampu permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

Dalam surat yang ditulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR Selangor sebaik sahaja menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008.
-TMI

comments:

orangpencen said...

Tahniah YAB Tan Sri, harap istiqamah dalam soal kepentingan dan keutamaan rakyat. Semoga insyaallah dipermudahkan soal jawab tuan sebagai pemimpin di hadapan Allah kelak.

Anonymous said...

Baru saja i lihat berita TV3 yang meloyakan. Najib dengan bangganya berjaya menunai janji BRIM dan kini Najib akan lancarkan BRIM 2 plus nak beri peruntukan kepada SYABAS kononnya sebanyak 10 juta untuk mengatasi masalah air tetapi realiti ianya untuk SYABAS pau kalau projek Langat 2 dijalankan.
Najib oh Najib janji kau bukan sekadar BRIM sahaja ada banyak lagi janji kau belum tunaikan yang kau sengaja lupakan. Nanti kita akan ingatkan apa janji tersebut.

Jasad Golgi said...

keperluan bukan komoditi..

sumber bahan mentah takyah bayar da..
bayar pun utk perkhidmatan je..

Anonymous said...

Cuba kita fikir SYABAS mengambil alih JAS air dari kerajaan selangor secara penswataan secara 'percuma' ambil siap dengan infra yang sedia diguna dan bayaran kemudian bayar setelah hasil air dikutip istalah lain ambil dulu jual air baru bayar...ikut saya kalau projek ini diberikan kepada orang asil pun mereka boleh buat sebab dapat dulu bayar kemudian..benda dah siap cuma rawatan..bayar kepada kerajaan negeri selangor 30% je kot..lain lain masuk mana untung besar..fikir fikirkan..saya pun boleh buat kalau bagi kat saya projek ini

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment