Wednesday, February 20, 2013

RG2011... Fw: Tada Keberkatan - Stadium Runtuh Semula

 



 

Nasib Stadium Dan Umpcono

wohulu.blogspot.
malaysiaberih.blogspot.

Apa laaa nasib kau Stadium Sultan Mizan. Akibat tangan2 kurap umpcono maka usia mu tidak panjang. Kualiti dan spesifikasi mu bukan keutamaan kerana lanun-lanun nawaitunya baham wang. Hanya sedetik kehebatan dikau kemudian tumbang. Walau dibaiki, diselenggara membazirkan lagi wang, namun mustahil untukmu tegak mencacang. Jika dulu tender mendirikanmu tidak diberi sewenang-wenang, nescaya tiadalah nasibmu sebegini malang.

Awas umpcono tibalah nanti nasibmu jua bakal tumbang. PRU-13 semestinya gelanggang. Umpcono bilang pihak pembangkang usah ganas dan menyerang orang, sebaliknya rakyat lihat arahan orang atasan umpcono membenarkan samsengnya bergelagat kebinatangan. Tapi umpcono usah lupa, walau juak dan puak mu akan tumbang tetapi tidak sesekali kejahatanmu dalam sanubari rakyat akan lupa dan hilang.

Tumbang Stadium....Tumbang umpcono tidak akan menang.

 

Tada Keberkatan: Stadium Terengganu Runtuh Semula


Stadium di T'ganu runtuh kali kedua jadi bahan ketawa

Bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini.

Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan itu juga menyebut, pihak bomba dan pois sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

Gambar yang merakamkan kejadian itu beredar pantas di ruang Internet hari ini dan menjadi bahan jenaka di kalangan pengguna media sosial.
-mk


Stadium RM300 juta runtuh lagi, MB T'ganu patut letak jawatan

Stadium Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh buat kali kedua hari ini membuktikan pengurusan kerajaan negeri teruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, berikutan insiden itu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said patut malu dengan meletak jawatan secepat mungkin.

"Kalau di negara luar, hari ini berlaku kejadian seperti itu, hari ini juga menterinya letak jawatan sebab malu. Tapi menteri kita tak tahu malu, walaupun dah dua kali kejadian berulang," tempelak Azan.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dan mencederakan tiga pekerja tempatan.

Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.

"Pembinaan stadium itu diisytiharkan menggunakan teknologi termahal dan tercanggih. Ia melibatkan kos begitu tinggi tetapi dengan pengurusan yang paling teruk, penyelewengan paling banyak dan tidak mengikut spesifikasi," tegas Azan ketika dihubungi.

Menurut Azan, kejadian itu menyebabkan keyakinan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Terengganu hilang serta-merta kerana tidak percaya dengan pengurusan ekonomi negeri.

"Kejadian itu merosakkan pelan jangka panjang negeri untuk menjadikan Terengganu bandaraya pesisir pantai. Secara langsung ia menyebabkan ketakutan kepada pelabur luar untuk melabur. Mana mungkin pelabur yakin apabila stadium runtuh sampai dua kali?" katanya.

"Salah satu faktor berlaku penyelewengan kerajaan negeri seperti ini berpunca dari sikap rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah mempersoal atau mencabar kredibiliti pemimpin negeri, apa Menteri Besar buat rakyat ikut saja," kata Azan.

Beliau turut memberi jaminan apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), sebuah badan bebas akan ditubuhkan khas untuk menyiasat dan memantau sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri.

"Insiden ini mungkin petanda akhir kepada rakyat Terengganu. Runtuhan stadium itu bermakna keruntuhan Umno juga," kata Azan.
-KD
    

Gambar Mangsa Yang Cedera Semasa Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh Tengahari Tadi Di Bawa Keluar Rakan-Rakannya Dan Dikejarkan Ke Hospital. Bumbung Runtuh Sekali Lagi Ketika Kerja-Kerja Naiktaraf Sedang Dilakukan.

foto ehsan: fb kamiboikotbuletinutamatv3

Ulasan GB

GB sudah ulas beberapa kali mengenai kejadian bangunan runtuh di Terengganu. Petikan:

Bayaran tunai diberikan kepada MB Terengganu yang sebelum ini dengan celuparnya menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.

Stadium runtuh diikuti dengan stadium bergelap menyebabkan perbelanjaan berjuta ringgit seperti mencurah garam ke lautan hasil dari tiada keberkatan.

Hukum Kebenaran & Keadilan: Sesuatu yang tidak berkat itu tidak mampu bertahan lama. Ia pasti hancur binasa kesudahannya
 
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment