Sunday, February 17, 2013

RG2011... Mari kita bantu Nur Farahin Fateen ringankan bebanan pengajian di Universiti Tanta, Mesir

 

Mari kita bantu Nur Farahin Fateen ringankan bebanan pengajian di Universiti Tanta, Mesir

Seorang ibu, Rosiah Ismail dari Kulim, Kedah merayu sum-bangan pembaca  bagi menampung keperluan ke-wangan pengajian anaknya, Nur Farahin Fateen Ahmad, 20, yang kini menuntut di Fakulti Pergigian, Universiti Tanta, Mesir. Menurut Rosiah, beliau telah bersusah payah mendapatkan pembiayai pelajaran anaknya beliau daripada pelbagai pihak tetapi hasilnya mendukacitakan.

 

Katanya, anaknya sangat-sangat memerlukan sumbangan kewangan itu bagi menampung kos sara hidup termasuk sewa rumah, yuran, makan minum dan buku pengajian yang kese-muanya berjumlah hampir RM11,000 setahun. Rayuan beliau kepada Yayasan Pelajaran Mara, Yayasan Belia 1Malaysia dan Yayasan Islam Kedah serta Tan Sri Muhyidin Yassin, Dato' Seri Mohd Fuad Zarkarshi dan Dato' Aziz Sheikh Fadzir masing-masing gagal mendapat jawapan.

 

"Anak saya sudah lanjutkan pelajaran dua tahun di sana. Cemerlang dalam pelajaran, cuma tiga tahun saja lagi untuk menamatkan pengajian doktor. Kenapa kerajaan susah sangat nak bagi pinjaman?" keluhnya kepada Harakah baru-baru ini. Walaupun Nur Farahin memperoleh keputusan semua gred A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2010 tetapi tidak mendapat sebarang tajaan untuk melanjutkan pelajarannya.

 

Sehubungan itu, Rosiah merayu orang ramai yang sudi membayar zakat atau menderma dapat menghubungi beliau di talian 016-4080021 atau menyalurkan bantuan kepada nombor akaun CIMB Bank: 0208-0009497-52-2.

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment