Saturday, February 16, 2013

RG2011... Rahsia Untuk Mudah Mengandung

 

Saya ada 1 kisah menarik dan sangat bermakna (bagi saya) yang saya nak kongsi dengan anda di sini. Kisah ini mungkin bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah sukar mendapat anak @ susah mendapat cahaya mata.

Kepada pasangan yang mengalami masalah susah nak dapat anak (walaupun dah bertahun-tahun kahwin), sila beri perhatian atas apa yang saya kongsikan ini.

Begini kisahnya…
Saya dan isteri sebenarnya ada masalah susah dapat anak walaupun sudah 2 tahun berkahwin. Sudah puas kami berusaha, sudah banyak buku (ebook) kami baca, sudah bermacam-macam jenis ubat kami makan, sudah berurut dengan beberapa orang tukang urut kampung, malah kami juga pernah pergi ke LPPKN beberapa kali, bagi membuat pemeriksaan dan mendapatkan rawatan bagi mengatasi masalah sukar mendapat anak ini.

Namun, semua usaha kami gagal. Dalam masa 2 tahun menunggu berita gembira, tak juga kunjung tiba. Kami berasa betul-betul kecewa dan hampir berputus asa.

Sehinggalah pada pertengahan tahun 2009, Allah Subhanahu wata'ala telah mentaqdirkan mak dan abah saya untuk pergi menunaikan umrah (untuk kali ke-2).

Sebelum ini, saya pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan bahawa, salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa ialah di Baitullah (depan Kaabah). InsyaAllah, kalau doa dipanjatkan dengan tulus ikhlas mengharapkan belas ihsan dan rahmat daripada Allah di depan kaabah, doa itu PASTI akan dikabulkan.

Kemudian, saya juga pernah mendengar dalam 1 ceramah lain mengatakan bahawa DOA IBU UNTUK ANAKNYA ADALAH ANTARA DOA YANG PALING MUSTAJAB, dimana kalau seorang ibu itu berdoa untuk anaknya, tiada hijab langsung. Doa itu akan sampai terus kepada Allah dan Allah pasti akan kabulkan doa tersebut.

Teringat isi kandungan ceramah tersebut, hati saya seolah-olah meronta-ronta dan menjerit-jerit kepada saya ;

"Inilah peluangnya! Inilah peluangnya Syukri. Ko jangan lepaskan peluang ini."

Saya dengan rasa penuh yakin, merasakan inilah peluang terbaik saya untuk mendapatkan pertolongan daripada ALLAH subhanahu wata'ala bagi memperkenankan hajat saya dan isteri.

Lantas, tanpa berlengah lagi, saya telah berjumpa dan bercakap dengan mak saya tentang hajat kami.

Ini yang saya lakukan setelah berjumpa dengan mak (sebelum mak dan abah berlepas ke Tanah Suci) :
  1. Saya minta mak maafkan semua dosa-dosa saya dengannya. Segala kekasaran, tingkah laku saya yang tidak baik dengan mak, saya minta sungguh-sungguh supaya mak dapat maafkan saya.
  2. Saya minta sungguh-sungguh supaya mak dapat berdoa khusus untuk saya dan isteri (sebut nama kami dalam doanya) di depan Kaabah, agar Allah kurniakan zuriat kepada kami.
  3. Saya ada juga minta mak saya, kalau boleh, mak berdoa pada selepas pertengahan malam (iaitu selepas tahajjud). Sebab saya ada pernah dengar dalam 1 ceramah mengatakan, pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum subuh, Allah subhanahu wata'ala akan 'berada' di langit dunia bagi mendengar permintaan hamba-hambaNYA. Pada waktu itu dikatakan, segala permintaan @ doa pasti akan dimakbul oleh Allah subhanahu wata'ala.
Itulah permintaan-permintaan saya kepada mak saya sebelum arwah berangkat ke Tanah Suci.
Guess what? Cuba teka, apakah yang terjadi selepas itu?

Subhanallah, selepas kira-kira 2 bulan mak dan abah balik dari umrah, berita yang kami tunggu-tunggu selama 2 tahun ini akhirnya tiba juga.

Ya, isteri saya telah disahkan mengandung anak pertama kami.

Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah ta'ala atas nikmat anugerah yang dikurniakan kepada kami. Saya terus sujud syukur dan menelefon mak bagi memaklumkan berita gembira tersebut.

Masa bercakap dengan mak dalam telefon tu, macam seolah-olah arwah dah pun terlebih dahulu mengetahui @ dapat mengagak berita yang nak saya sampaikan itu. Mak saya memang betul-betul yakin yang doanya pasti dimakbulkan Allah ta'ala.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Janji Allah itu pasti benar. Kata-kata Rasulullah itu pasti benar. Tidak syak lagi.

Demi ALLAH, saya sudah pun merasai sendiri kebenaran itu.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA lah yang mengkabulkan @ memenuhi setiap permintaan hamba-hambaNYA.

Pesanan saya untuk anda :

  • Berdoalah tanpa jemu
  • Berdoalah dengan yakin Allah pasti akan makbulkan
  • Berdoalah terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa
  • Kalau berpeluang pergi ke Tanah Suci, berdoalah sungguh-sungguh di Baitullah
  • Kalau ibu anda masih hidup, mohonlah doa dari ibu anda. Jangan sekali-kali persiakan doa orang yang sangat mustajab doanya (doa ibu untuk anaknya)
  • Kalau anda seorang ibu, selalulah maafkan anak-anak anda. Doakanlah mereka setiap hari.
  • Kalau ibu anda sudah meninggal dunia, balaslah jasa budi arwah dengan sentiasa berdoa kepada Allah agar rohnya diampunkan dan dirahmati Allah

Pesanan khusus buat mereka yang ada masalah untuk dapat anak :

  • Minta ibu ayah maafkan segala dosa dan keterlanjuran anda terhadap mereka
  • Minta mereka berdoa khusus untuk anda (sebut nama anda dalam doa)
  • Minta mereka buat solat hajat (supaya anda dikurniakan anak) khusus untuk anda
  • Anda kena buat baik @ melayan ibu ayah anda sebaik-baik yang mungkin. Taati mereka, dengar cakap mereka, dan jangan sekali-kali kecilkan hati mereka.
  • Berdoa kepada Allah supaya Allah perkenankan hajat murni korang suami isteri. Aamiiinnn.
InsyaAllah, Allah pasti tak akan kecewakan korang. Aku yakin.

Sekian, semoga ada sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Hasil nukilan ~ Syukri.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment