Thursday, February 14, 2013

RG2011... Talian Rakyat: Adik Mimie masih perlukan bantuan

 

 
Anis Nazri, 14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: Nur Soffiea Shamimie Mohammad Nasseri, 6 tahun telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi persediaan menjalani pembedahan membuang limpa, pagi ini.

Shamimie atau Mimie yang mengidap penyakit Idiophatic Thrombocytopenic Purpura's Chronic (ITP Chronic) dijadualkan akan menjalani pembedahan tersebut, 19 Februari ini.

Ketika dihubungi Harakahdaily, bapa Mimie, Mohammad Nasseri Nasron, berkata Mimie berada dalam keadaan stabil, yang membolehkn pembedahan dilakukan ke atasnya.

"Dia masih ceria macam biasa. Aktif bermain dengan adik-adiknya sementara menunggu ditempatkan di wad, biarpun tangannya sudah dicucuk untuk memasukkan ubat nanti," kata beliau ketika ditanya perkembangan kesihatan Mimie.

Tambah Nasseri, ketika ini sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang prihatin terhadap Mimie sudah menjangkau RM18,000.

Namun, kos anggaran pembedahan tersebut, katanya sekitar RM50,000 hingga RM100,000.

"Alhamdulillah, sehingga hari ini kami mendapat bantuan sebanyak itu. Terima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada anak saya, sama ada bantuan kewangan mahupun doa," kata beliau lagi.

Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita berkenaan penyakit adik Mimie, selain merayu bantuan kewangan bagi membolehkan pembedahan membuang limpa dijalankan ke atasnya.

Adik Mimie disahkan mengidap ITP Chronic atau kurang darah kuning itu sejak dua tahun lalu.

Keluarganya mula mengesan kesakitannya apabila dia mengalami demam, yang kemudiannya berlarutan beberapa hari.

Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ibu bapanya mendapati dua kesan lebam di kakinya.

Pelbagai prosedur dijalankan bagi mengesan punca lebam tersebut, dan akhirnya dia disahkan ITP Chronic dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut Nasseri, penyakit Mimie itu membimbangkan keluarga kerana risikonya jika jatuh ketika bermain, ia memberikan kesan yang sangat buruk.

Nasseri berkata pihak pakar memberikan tiga pelan rawatan untuk diikuti.

"Rawatan pertama, perlu memasukkan ubat untuk Mimie, iaitu Methylprednisolone. Jika platlet darahnya naik, ok. Namun, tiada sebarang perubahan positif, lalu pelan kedua pula memasukkan ubat lain, Rituximab," cerita Nasseri.

Namun, setelah kedua-dua rawatan itu dilakukan, keadaan Mimie tidak berubah, malah keputusan platletnya mencapai bacaan '1' yang jauh dari kadar normal.

Justeru, pihak pakar PPUM mengesyorkan agar Mimie menjalani pelan rawatan terakhir bagi menyelamatkan nyawanya, iaitu pembedahan bagi membuang keseluruhan limpanya.

Sementara itu, Nasseri turut memaklumkan keluarga turut menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, selain Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kepada para pembaca yang prihatin dengan nasib adik Mimie, bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun ibu bapa Mimie 06190003801207 (CIMB) atas nama Nor Zalinda Ramli atau 06190003800204 (CIMB) atas nama Mohamad Nasseri Nasron.
-------------------------------------------------
Cerita Talian Rakyat Harakahdaily ini bertujuan untuk berkongsi penderitaan masyarakat dengan pembaca Harakahdaily. Jika anda mempunyai cerita sebegini, jangan segan hubungilah kami. Mungkin kami dapat membantu meringankan bebanan anda. Cerita berkaitan masalah rakyat di tempat anda juga boleh dikongsikan. Hubungi kami di 012-9060475 atau email ke talianharakahdaily@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment