Sunday, April 28, 2013

Re: RG2011... Fw: Bakar kereta, polis mesti ambil tindakan

Semua parti2 yang terlibat, berkempenlah kita secara matang dan sihat.  Perkara begini apa yang terjadi pada parti pemerintah atau pembangkang tidak patut berlaku.

From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, April 26, 2013 11:16 PM
Subject: RG2011... Fw: Bakar kereta, polis mesti ambil tindakan
 

 
 
malaysiaberih.blogspot.
razali01.blogspot
KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya. Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.
Sokongan India

(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)
Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India. Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.
 
 
 
malaysiaberih.blogspot
asalkanbukanumno.blogspot.
(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 26 APRIL: Polis perlu memastikan semua calon bertanding selamat dan terkawal daripada serangan berunsur jenayah tanpa mengira parti, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, S Manickavasagam.
Beliau berkata, pemantauan terhadap calon penting bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, dan jika ini berlaku, tindakan terhadap pelaku jenayah hendaklah segera diambil.
"Menjelang pilihan raya, banyak provokasi akan berlaku, terutama tindakan yang mahu menakut-nakutkan calon Pakatan Rakyat.
"Ini menjadi tanggungjawab polis, dan mereka perlu bersikap tegas dan mengambil tindakan segera apabila berlaku serangan sebegini," kata Manickavasagam kepada Keadilan Daily.
Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati itu mengulas insiden kereta anak kepada calon KEADILAN DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar yang dibakar sekumpulan samseng, malam tadi.
Beliau turut menceritakan pengalamannya ketika menjadi Ahli Parlimen Kapar yang sering menghadapi provokasi seperti kereta dipecahkan, rumah dibaling cat dan banyak lagi.
"Sejak saya menjadi calon pada 2008, banyak kes terjadi, termasuk kereta dipecahkan. Pada 2010, rumah saya pula diganggu dengan balingan cat. Saya buat laporan (polis), bukti ada, suspek sudah kenal pasti tetapi tiada tangkapan dibuat," jelasnya.
Menurut Manickavasagam, sikap polis yang sering berat sebelah dalam mengambil tindakan menunjukkan seolah-olah perlakuan ganas dan samseng terhadap pimpinan Pakatan direstui.
"Polis seolah-olah membenarkan calon dan pimpinan Pakatan Rakyat berasa takut. Oleh itu, saya harap dalam kes Xavier, perkara ini disiasat dan diambil tindakan," tegasnya.
 

KERETA KEPUNYAAN ANAK PEREMPUAN CALON PKR/PR DUN N49 SERI ANDALAS, DR XAVIER JAYAKUMAR KENA BAKAR ATAS PERBUATAN KHIANAT!!!!

telokbakong.blogspot
maemahi.blogspot
Copy & Posted By mahi


























Dua kereta milik anak perempuan calon PKR Dr Xavier Jayakumar terbakar apabila sekumpulan lelaki membaling bekas berisi minyak tanah di pintu masuk kediamannya di Klang Jaya, Klang, semalam.

Kejadian itu dipercayai sebagai satu lagi insiden bermotifkan politik.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, ejen pilihan raya Sangetha Jeyakumar, 30, berada bersama bapanya di pusat khidmat Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat selepas satu sesi ceramah.

Seorang jiran yang tidak mahu dikenali berkata, dua orang lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan parang, dalam sebuah kereta Kia Sephia berwarna perak, turun dari kereta itu dan memanjat pintu pagar rumah tersebut untuk masuk ke halamannya.

"Anjing saya mula menyalak semasa kedua-dua lelaki itu menjerit dengan kuat sebelum memanjat pintu pagar.

"Saya menjerit kembali untuk memberi amaran kepada jiran saya tetapi diancam oleh mereka supaya jangan masuk campur atau jika tidak, mereka akan membuang bekas berisi minyak tanah ktu ke dalam rumah saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suami, anak kecil dan amah ada di rumah

suami Sangetha, Dr Arnil Srimanne, 36, anak kecilnya berusia setahun dan pembantu rumah mereka berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Saya terdengar satu kekecohan dan menjenguk keluar melalui tingkap rumah saya apabila mereka menjerit lucah dan mengugut saya," kata Arnil.

Katanya, suspek kemudian memecahkan tingkap belakang kereta isterinya yang diletakkan di anjung depan sebelum mencurahnya dengan minyak tanah dan membakarnya.

Menurutnya, dalam keadaan tergesa-gesa kerana orang ramai telah berkumpul di situ, suspek melemparkan salah satu bekas berisi minyak tanah ke sebuah lagi kereta sebelum meninggalkan tempat kejadian," katanya.

Dalam masa beberapa minit, kereta bomba tiba untuk memadamkan api.

Ketika ditemui, Xavier (kanan) yang juga penyandang kerusi DUN Seri Andalas, berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik.

Katanya, kejadian berlaku terhadap anaknya kerana dia terlibat dalam politik dengan beliau.

Sementara itu polis yang tiba di tempat kejadian sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan membakar

Xavier akan mempertahankan kerusi itu pada 5 Mei ini dalam pertarungan lima penjuru dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan, P Uthayakumar daripada Parti Hak Asasi Manusia dan dua calon Bebas, KS Kottappan Suppiah dan Hanafiah Husin.

- The Malay Mail
Photobucket 
Posted by copy and posted by maemahi

No comments:

Post a Comment