by mso.im
LAPORAN LEWAT
Insya-Allah Putrajaya akan jatuh secara mutlak kepada Pakatan Rakyat 5 Mei nanti? Itulah doa semua orang yang ingin melihat perubahan dan pembaharuan. Melihat bondongan manusia yang memasuki Putrajaya sejak kelmarin dan terbaru malam tadi, menjadikan saya optimis sesuatu kejutan akan berlaku 5 Mei kelak. Kalaupun kerusi Putrajaya liat untuk tumbang kerana kawasan itu eksklusif... tetapi apa yang sedang bergelombang di sana kini mencemaskan Teuku Adnan Teuku Mansor.
Dua anak muda (sebelah kanan) datang jauh dari Gerik. |
Sewajarnya kalau UBN merasa bimbang dan perlu memikirkan sesuatu diluar normal politik untuk membendung kemaraan rakyat. Rakyat seakan sudah memecat baju dan menyingsing seluar untuk berpesta menyambut kemenangan di sana.
Pun begitu mungkin terlalu awal untuk mengatakan Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan tetapi gambaran fizikal menunjukkan kemungkinan itu bukan sesuatu yang omongan. Jika rahsia dari risikan mengatakan Pakatan kini sudah memiliki 124 kerusi, sah kerajaan UBN akan tumbang dan berakhirlah hegomoni UBN lebih 55 tahun.
Malam tadi lebih 20,000 orang hadir untuk mendengar ceramah "Tawan Putrajaya" oleh Azhar Idrus pendakwah celeberti. Kehadiran yang begitu ramai serta luapan perasaan yang menakjubkan memberi gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat kian meningkat dari hari ke sehari. Garaf Pakatan Rakyat terus menegak seolah tidak akan mendata lagi.
Si kembar ini juga datang untuk sokong Pakatan. |
Kalau pada hari Jumaat lalu, ribuan menyerbu Nik Aziz Nik Mat dan sebelah malamnya lebih 15,000 yang sebahagian besar anak-anak Kelantan hadir untuk mendengar ucapan dan amanahnya. Tetapi malam tadi angka itu terus bertambah. Penambahan ini tidak syak lagi kerana keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan perubahan semangat mendadak. Semangat rakyat sudah menggila. Mereka yang hadir semalam adalah campuran dari semua anak negeri yang bermukim di Lembah Kelang.
Yang hadir semalam juga bukan saja mereka yang berada di Lembah Kelang, tetapi mereka termasuk juga dari Seremban, Selangor, bahkan yang datang dari Gerik Perak pun ada. Apa yang mengejutkan lebioh separuh yang hadir ada golongan muda.
Kesanggupan mereka datang dari jauh ini menjelaskan apa yang akan berlaku selepas ini. Bahawa rakyat khasnya orang Melayu tidak dapat ditahankan lagi kemarahan mereka kepada UBN. Tahap sokongan mereka kepada Pakatan sudah bertambah dan membuak-buak. Di kala ini bagilah apa saja kebendaan kepada mereka, mereka tidak akan peduli lagi. Mereka marah.
Kalau sebelum ini sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat dibawah 40 peratus, tetapi apa yang berlaku semalam saya berani mengatakan sokongan Melayu kepada Pakatan kini sudah melebih 40 peratus. Setidak-tidaknya ia sudah menjangkau ke angka 41 peratus.
Setiap hari ada-ada saja tokoh dan juga individu atas pagar mengumumkan diri menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Misalnya malam tadi aktor Mustapa Kamal bersama 100 orang mengistyharkan diri menyertai PAS secara rasmi. Penyertaan mereka akan memberi semangat dan mengetuk hati para peminat mereka untuk mengikut jejak mereka. Mereka tidak akan menjadi jalan mati kalau tidak yakin Pakatan Rakyat akan membuka lebuhraya kebenaran dan keadilan buat mereka dan rakyat jelata.
Pertambahan sokongan Melayu sehari dua ini juga sedikit sebanyak ada sangkut paut dengan kesedaran bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang mengambil keputusan untuk bersama PAS. Pengaruh beliau semasa menjadi MB Selangor masih tersisa. Orang-orang yang setia dengan perjuangannya yang obses kepada Melayu masih utuh. Dan mereka sudah tentu sedia untuk dielakkan menyokong Pakatan Rakyat.
Taburan kereta di sebatang jalan di Presint 19. |
Dalam pengamatan saya, yang datang malam tadi bukan lagi sekadar iseng-isengan untuk bersantai sambil mendengar jenaka dakwah Azhar Idrus. Tetapi mereka datang untuk berkongsi kemenangan, berkongsi harapan dan berkongsi kekuatan bagi menumbangkan UBN. Mereka datang menzahirkan sokongan.
Anak muda mendominasi kehadiran. |
"Saya datang bukan nak hendak dengar ceramah, tetapi datang hendak menyatakan kesediaan untuk tumbangkan UBN," begitulah kata seorang anak muda siswa kepada saya. Menurutnya beliau dari datang dari Seremban sanggup bermotosikal kerana sudah merasakan Pakatan akan menang.
"Orang cerita Pakatan akan menang jadi saya datang, saya tidak mahu berada di pihak yang akan kalah.... Saya mahu tengok perubahan," katanya menjelaskan perubahan dirinya.
"Saya baca blog Tuan yang menceritakan ledakan berlaku di Putrajaya, jadi saya mahu tengok sendiri. Ah... benar apa yang tuan kata. Saya percaya tuan, hidup tuan," katanya yang seorang lagi mengakui pembaca tegar blog saya dan tidak dapat menembunyikan keseronokan berjumpa dengan saya.
Menurutnya beliau sanggup datang dari Pekan Pahang semata-mata untuk menyaksi sendiri gelombang yang sedang merempuh Putrajaya. "Saya tahu Ustaz Azhar popular tetapi malam ini jumlah pendengarnya bertambah saya yakin kerana orang ingin menjatuhkan Barisan Nasional," ujarnya sambil membuat kesimpulan.
Semasa berjalan untuk memasuki ke kawasan ceramah di padang bola Presint 19, saya menyapa dua orang anak muda yang berjalan penuh bersemangat. Saya fikir mereka tinggal di Selangor atau Bangi, tetapi ia sungguh mengjutkan bila mana katanya dia datang dari Gerik. "Gerik...?" tanya saya tidak percaya. "Iya Gerik..Perak," balasnya.
"Jauh...," kata saya.
"Demi perjuangan nuntuk menjatuhkan Najib, bang...kita perlu melupai apa saja, jauh ke ataupun susah ke," balasnya sambil ketawa tetapi dalam nada serius.
"Macam mana di sana?" Saya mengambil kesempatan bertanya dua anak muda ini mengenai perkembangan di Perak. Di sana juga Alhamdulilah abang, hebat juga. "IysaAllah Perak akan dapat dirampas balik. Kali ini menang lebih besar," tegasnya.
Lokasi ceramah malam tadi agak tersorot. Pihak berkuasa sengaja meletakkan Pakatan Rakyat di tempat yang tidak begitu kondusif. Kereta tidak dapat diparking rapat dan terpaksa diletak jauh dari tempat ceramah dan kena menapak berkilo meter. Ada yang terpaksa berjalan lebih lima kilo meter pergi balik. Kerana tempat sempit, ada yang tidak dapat masuk dan memerhati dari jauh.
Hampir semua jalan menghala ke lokasi ceramah di Presint 19 itu poenuh sesak dengan kenderan serdaha dan mewah yang di parking di kiri kanan jalan sampai tiga line. Sesuatu yang bernasib baik dan ini pelik, polis trafik bermurah hati tidak bertindak menyita atau menyaman kereta yang diparking berselerakkan itu.
Mustapa Kamal bersama 100 membernya bersama Husam. |
Malam tadi juga UBN mengadakan ceramah bertemakah Pertahankan Putrajaya dengan Mahathir Mohamad sebagai hosnya. Lokasinya ialah di Presint 9, di tempat yang selesa dan mudah parking. Namun khbarnya jumlah kehadiran tidak sampai separuh kehadiran di ceramah Pakatan Rakyat. Tidak kisah kalaupun kehadiran lebih ramai di tempatnya tetapi hakikat di pihak Pakatan Rakyat sungguh menakjubkan.
Ada mengatakan yang hadir dekat ceramah Pakatan terdiri dari orang luar dan bukan pengundi di Putrajaya. Itu tidak menjadi masalah. Tujuan ceramah itu diadakan ialah untuk meledak Putrajaya dan memberi isyarat bahawa Putrajaya sudah berjaya dimasuki. Kehadiran malam tadi yang merupakan rekod benar-benar menggegarkan Putrajaya. Sudah pasti cerita Putrajaya sudah ditawan Pakatan Rakyat ini akan terhimbau ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, dan akan menjadi semangat untuk untuk menumbangkan UBN. Inikalilah.... aik. [wm.kl.11:44 am 28/04/13]
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment