Adakah pemimpin Umno/BN boleh menyangkal akan perkara ini berlaku kerana semua perancangan adalah dari Allah SWT. Segala fitnah yang dilemparkan oleh para pemimpin Umno, MCA, MIC yang menakut-nakutkan agama yang mereka sendiri anuti telah dibalas secara tunai oleh Allah SWT.
Mereka memahami tentang Islam bukan dari Melayu Umno yang memerintah selama 56 tahun tetapi mereka diajar pendokong PAS betapa Islam itu bukan agama keganasan. Ada bekas pemimpin komponen BN dengan rela hati menyatakan baru beberapa tahun mereka tahu tentang Islam selepas mereka mendampingi pemimpin PAS.
PAS sendiri bukan agama perkauman seperti Umno yang mengaku kepada dunia bahawa Umno adalah parti Islam terbesar di dunia. Dimanakah Islamnya Umno seperti yang mereka laung-laungkan itu sedang umat Islam tahu bahawa Umno adalah pengkhianat sebenar Islam. Islam dirupakan oleh Umno seperti raksasa yang suka memotong tangan, kaki, merotan, merejam dan segala kejahatan terletak kepada Islam yang mereka anuti.
Tiada bangsa di dunia ini yang menghina agama yang mereka anuti melainkan Umno. Adakah dengan memakai songkok dan berbaju melayu sudah dikira Islam mengikut acuan Umno. Daripada Allah sampai kepada rasulNya, Umno menghina tanpa merasa bersalah. Perlembagaan Lord Reid mereka samakan dengan Piagam Madinah dan hukum Allah sudah tidak sesuai mengikut zaman. Sesungguhnya Allah SWT memelihara Islam dan kesuciannya.
Jika Melayu Umno menghina Islam agama mereka, Cina Buddha, India Hindu dan penganut-penganut agama lain pula bangun menyanjung Islam walau pun itu bukan agama anutan mereka. Tidakkah itu semua adalah perancangan Allah SWT yang akan menjaga agama sampai hari kiamat.
Tidakkah bukti-bukti yang nyata ini masih lagi tidak membuka hati pendokong parti Umno?. Sesungguhnya kita tidak memerlukan Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan tetapi dengan kuasa Allah, kita akan menumbangkan Umno/BN dengan tangan-tangan mereka dibawah ini....... Insyaallah.
Mereka bekerja tanpa upah
Mereka membuat benner dengan wang mereka sendiri
Tanpa rasa malu pemuda India ini menunjukkan bendera PAS
Pemuda India berbaris memikul bendera PAS
Jika sami Buddha berani mengibar bendera PAS, dimana ulama Umno menyorokkan diri mereka
Syabas saudara atas keberanian anda
Wanita Cina memalukan wanita Umno
Mereka bersatu hati demi melihat sebuah rejim tumbang
Apa yang boleh saya katakan... Bravo.... Bravo.... Bravo
No comments:
Post a Comment