Jom Turun Bantah BN (Barang Naik)....Kita Majoriti Rakyat !!!
Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013
Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.
Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;
1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai 'himpunan guling kerajaan' sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.
2. Menuntut pihak kerajaan;
Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat.
3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.
4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.
5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan 'check point' adalah seperti berikut;
Sogo
Masjid Jamek
Pasar Seni (CM)
6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga 'check point' bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan 'check point' bertemu di Dataran DBKL.
7. Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.
Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.
Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.
Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.
Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat.
Sekian,
Gabungan Gerakan3112-TURUN
*Kenyataan bersama Gerakkan3112-TURUN
Himpunan TURUN 31 Disember tidak guling kerajaan, ini himpunan rakyat sambut tahun baru
Posted by Kedah LanieHimpunan 31 Disember tidak guling kerajaanROBIATULADAWIYAH ABD RASHADSHAH ALAM - Perhimpunan yang akan diadakan pada malam 31 Disember ini, bukan bertujuan mengguling kerajaan kata, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Muhamad Azan Safar.Beliau berkata, agenda utama mereka adalah memprotes kenaikan mendadak kos sara hidup yang akan dirasai rakyat menjelang tahun 2014.Menurutnya, selain itu perhimpunan ini juga bertujuan bagi mengingatkan kerajaan pada janji mereka dalam manifesto PRU13 yang lalu, serta menentang ketirisan dan penyelewengan dalam urus takbir kerajaan."Himpunan ini untuk rakyat suarakan protes mereka bukan gulingkan kerajaan. Kami menjunjung demokrasi berparlimen dan kedaulatan undang-undang."Tiada yang mengetuai himpunan ini, mereka yang rasa terkesan boleh sama-sama turun nyatakan bantahan mereka," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Azan, pihaknya juga difahamkan ada ahli politik yang akan turut menyertai perhimpunan itu bagaimanapun, beliau berharap perhimpunan itu tidak dicemari dengan ceramah politik."Kami tidak kisah ada penyertaan daripada ahli politik, tetapi kami harap mereka tidak mengambil kesempatan daripada agenda utama kami ini."Kami sudah tekankan bahawa tiada bendera parti politik dibenarkan dalam perhimpunan itu," katanya.Ditanya sama ada pihaknya telah memaklumkan mengenai perhimpunan itu kepada pihak berkuasa, beliau berkata, tiada sebarang permohonan dibuat kerana tiada yang mengetuai perhimpunan ini."Siapa yang akan buat surat? Kami tiada ketua, perhimpunan ini perhimpunan rakyat, rakyat turun nyatakan rasa tidak puas hati."Kami harapkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kerjasama kepada kami," kata Muhamad Azan.Pihaknya turut mengingatkan, peserta perhimpunan untuk tidak melakukan sebarang provokasi bagi mengelak perkara yang tidak diingini.
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment