Sunday, December 29, 2013

RG2011... Saman RM100 Juta Untuk Timbalan Ketua Polis Kerana Fitnah Himpunan Rakyat 31 Dec

 

Saman RM100 Juta Untuk Timbalan Ketua Polis Kerana Fitnah Himpunan Rakyat 31 Dec.

Dah mengamok dah NGO2 yang dituduh akan membawa pelbagai senjata dan bom. Episode pertama disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/hot-menteri-larang-sertai-perhimpunan.html

Kata2 Chegu Bard tue benar. Memang NGOs yang disebut2 oleh polis bukan pencetus idea kepada perhimpunan yang akan dilaksanakan pada malam 31 Dec 2013. Ia adalah idea rakyat yang mahu berhimpun untuk raikan sambutan tahun barang naik 2014 angkara kos sara hidup yang semakin tinggi susulan daripada beberapa kenaikan demi kenaikan yang di umumkan oleh kerajaan pada tahun 2013 dan kenaikan2 itu juga akan berlaku pada tahun 2014. Dengan semua gabungan kenaikan2 itu, rakyat marah + dan mahu luahkan protes aman maka idea perhimpunan ini tercetus.

Itu saja.

Rakyat tiada niat yang jahat seperti membawa pelbagai senjata, membawa bom tangan, merancang letupan dan sebagainya.

Jika polis nak mendakwa sesuatu sekalipun sertakan la bukti. Takan la email yang disebarkan oleh bloggers BN tue polis anggap sebagai bukti pula? Kemon la. Aku neh tak belajar undang2 tapi aku tahu apa itu undang2. Sebelum sesuatu bahan bukti di anggap bukti ia harus dibuktikan terlebih dahulu bahawa bahan bukti itu sendiri merupakan bukti. 

Pasal email rujuk sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/rancangan-letupan-bom-di-himpunan-aman.html

Berikut di bawah ini ialah kenyataan SAMM terhadap pihak polis yang menfitnah mereka ;

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengambil tindakan saman terhadap Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang mengaitkan mereka antara dalang himpunan guling kerajaan 31 Disember ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, tuduhan Amar Singh yang turut mengaitkan namanya itu adalah bersifat fitnah jahat serta cuba mengalih isu sebenar terhadap kemarahan rakyat akibat kenaikan kos hidup.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. 
"Saya dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Amar Singh pada satu sidang media mendedahkan kononnya empat NGO sebagai dalang utama himpunan 'menggulingkan kerajaan' malam sambutan tahun baru Selasa ini.

Beliau menamakan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta beberapa individu yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan bom dan senjata.

"Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi 'lawak' apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir. 

"Saya kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup menjadi alat aparat dakyah regim," katanya lagi.

Menurut Badrul, himpunan Turun pada selasa ini adalah meluahkan rasa terhimpit rakyat dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu, dan bukan mahu mengguling kerajaan seperti dituduh.

Ianya adalah anjuran rakyat yang pada awalnya mencadangkan di Facebook dan SAMM serta beberapa lagi NGO hanya menyambut persetujuan itu.

"Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan'. 

"Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan," katanya.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/saman-rm100-juta-untuk-timbalan-ketua.html#ixzz2ovC8djjh

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment