Sunday, December 29, 2013

RG2011... Fw: Pengakuan Maut PERKASA

 



Pengakuan Maut - PERKASA Akui Dibiayai Agensi Kerajaan.

malaysiaberih.blogspot
amenoworld.blogspot.
 
Pengakuan berani mati dari PERKASA sendiri. 

What the hell. Pongpang2 kutuk rakyat. Pongpang2 beria2 bekap kerajaan. Ingatkan atas nama perjuangan. Rupa2nya dapat upah di sebaliknya. Maka siapa yang cakap perjuangan PERKASA itu adalah IKHLAS ialah PEMBOHONG SEMATA2.

GAMPANG!!!!

Bukan pasal PERKASA tue pembohong. Bab tue kami dah lama tahu dah. Tadi saja je buat tambah modal nak mengutuk beb. Aku cakap PERKASA GAMPANG pasal rupa2nya, agensi kerajaan membiayai pergerakkan PERKASA. 

Sudah tentula ia bermaksud mereka menggunakan dana awam. Ini betul2 melampau neh. Di satu saat kerajaan laung satu Malaysia. Di satu saat yang lain pula kerajaan biaya pergerakkan PERKASA untuk pecahbelahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Dah sewel ke apa otak2 pemimpin di negara neh?

Rujuk ;


Nampak tue, nampak?

Gila ahhhh..

Aku tak heran sangat PERKASA nak buat apa2 pun. Perjuangan dorang bukan dapat sambutan pun. Lebih kepada syok sendiri. Tapi aku sentap la juga bila ada agensi kerajaan salur dana kepada PERKASA. Dari buat kerja takde faedah macam tue, membazirkan wang aje baik ko bantu rakyat yang rata2  tengah tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi neh. Kerajaan jadikan duit dana awam macam duit dorang sendiri pula. Chelake betul. 
 
 

[TERBONGKAR] Wang Rakyat Disalahguna Biaya Perkasa Bantu BN Hadapi PRU14

greenboc.blogspot


Isu dana: Isa tak perlu kecoh

SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

"Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan 'musuh' menyerang kerajaan.

"Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya Perkasa Selangor tidak menerima saluran kewangan daripada agensi kerajaan tetapi tidak menolak kemungkinan ia hanya di peringkat pusat.

"Di peringkat Selangor, Perkasa mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai dan usahawan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program yang dirancang bermatlamat Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa," katanya.
-SH


Bantuan kerajaan kepada Perkasa dedah wajah sebenar Umno, kata Nik Nazmi

Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata
wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman.

"Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN.

"Kita telah pun menegaskan sebelum ini bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini membuktikan wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada NGO perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN," kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India.

Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN.

Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman.

Katanya, kerajaan pada 2009 telah memberikan komitmen untuk melakukan perubahan kepada BTN, tetapi jika biro itu terlibat membantu Perkasa, maka tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

"Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. Jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

"Slogan 1Malaysia dan transformasi yang diwar-warkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna," katanya.

Isnin lalu, Isa, dalam mempertikaikan dakwaan Perkasa bahawa ia boleh mengganti Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mendedahkan pertubuhan itu sendiri bergantung kepada Umno.

"Kami lindungi Perkasa dan mereka banyak menerima faedah daripada kita (Umno). Bagaimana mereka nak gantikan kami (Umno)," katanya.
-TMI

ULASAN GB

Pakatan Rakyat perlu membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu ini untuk tujuan rekod.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segalanyanya terbongkar kini. UMNO BN menggunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada PERKASA dan NGO yang lain bagi membantunya menghadapi PRU14 nanti.

Namun, yakinlah, setiap penyalahgunaan wang rakyat akan lebih cepat menamatkan riwayat UMNO BN kerana tindakan sedemikian tidak akan sekali-kali direstui rakyat.

Namun perbuatan salahlaku berkenaan wajar didedahkan dan mereka yang terlibat wajar menerima hukuman.

comments:

Anonymous said...

umonooo atau perkasa sama aja broww tiada bezanya.

WarFitnah said...

SEBELUM NIE PERKASA DAERAH GOMBAK ADA BUAT SATU PERJUMPAAN KAT AREA RAWANG, PASTU SI IBRAHIM ALI NIE ADA LAA DATANG SEKALI SIAP BAGI UCAPAN....DIA ADA CAKAP YG PERKASA NIE ADALAH SATU-SATUNYA NGO YANG TIDAK MENDAPAT APA2 DANA DARI SESIAPA MAHUPUN KERAJAAN (BN), TAPI BILA PERKARA DIATAS TERBONGKAR ALAMATNYA MENYOROK DALAM KELAMBU LAA SI PAK IBRAHIM NIE, CAKAP TAK SERUPA BIKIN, BUNYI AJE LANTANG KUAT TAPI ISINYA MCM SYAITAN, YG SUKA MENIPU DAN PERDAYA ORANG MELAYU....AKU RASA2 LAH KAN, SI IBRAHIM ALI NIE BUKAN ORANG MELAYU KOT SBB MUKA DIA ADA IRAS2 MCM ORG MYANMAR LAA KAN....ADA HATI NAK MENGAKU MELAYU PULAK TUU....PUIIII

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment