Segalanya mula diketahui oleh orang ramai apabila satu artikel disiarkan di laman website PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang mendakwa Cina Boikot Melayu baru-baru ini.
Ini adalah jawapan dari Gardenia yang nampak lemah dan terlalu UMUM. Siapa yang dimaksudkan pun tidak diketahui ? Apa isunya ? Orang yang baru mengikuti isu ini pasti akan menjadi lebih keliru. Mungkin juga ini satu publicity stunt. Publicity stunt adalah sesuatu tindakan yang dibuat dengan sengaja untuk menarik perhatian orang ramai. Ia boleh jadi dengan cara negatif atau positif. Yang peting, orang memberi perhatian dan jualan akan meningkat.
Dalam artikel Cina Boikot Melayu itu tadi, PPIM seperti biasa mendakwa tanpa sebarang bukti yang kuat bahawa orang Cina mula untuk memboikot roti Melayu iaitu roti Gardenia . Bukti yang ada hanyalah screenshot Facebook seseorang individu. Jika nak digunakan itu sebagai bukti, pelbagai lagi dakwaan yang dibuat di facebook.
Saya tahu sedikit sebanyak mengenai kisah antara Gardenia dan PPIM ini. Tujuan saya menulis ini adalah kerana saya merasakan adalah tidak adil untuk sebarang syarikat yang dijatuhkan dengan bukti yang tidak cukup oleh sesiapa yang tidak berautoriti.
PPIM dan Gardenia telah lama berkerjasama untuk kebaikan dan untuk menyerang musuh Gardenia. Ini semua bermula pada tahun 2002 apabila dalam kempen boikot barangan Amerika, PPIM pada waktu itu telah meletakkan Gardenia sebagai salah satu barangan yang perlu diboikot. Alasan mereka adalah Gardenia dibungkus dengan jalur bendera Amerika Syarikat. (cuba tengok bungkusan plastik roti Gardenia, anda akan memahaminya).
Selepas itu Gardenia menghubungi PPIM dan menerangkan bahawa Gardenia ini mempunyai pegangan saham syarikat Muslim Bumiputera seperti Bernas. Dan Gardenia bukan syarikat milik Amerika Syarikat. Perhubungan mereka terjalin dan pihak PPIM pula menerima penajaan daripada pihak Gardenia. Banyak program-program yang baik PPIM yang ditaja oleh Gardenia. Saya tidak tahu niat Gardenia pada waktu itu. Mungkin ada udang di sebalik batu, mungkin tidak.
Setelah Gardenia dan PPIM mula menjadi semakin rapat. Pakatan ini digunakan oleh PPIM untuk mendapatkan penajaan daripada Gardenia, manakala Gardenia pula menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan PPIM menyerang saingannya.
Maka bermulalah episod penyebaran berita bahawa roti High5 mengandungi lemak babi dari Jerman (ada yang mengatakan dari Israel). Setelah tersebar ke internet, berita ini merebak bagaikan api yang ditiup oleh angin ribut di internet. Sudah tentu jualan syarikat High5 akan jatuh merudum. Masyarakat kita tidak perlu bukti. Hanya satu sebaran sms seperti "Ada seorang Ustaz kawan aku dari Terengganu kata, roti High5 ada lemak babi dari Jerman". Ini sudah cukup.
Pada episod kedua pula, PPIM membuat penyerbuan ke atas kilang High5. (Sedangkan PPIM tidak mempunyai sebagai autoriti untuk menyerbu sebarang premis. Mereka ini hanyalah satu persatuan biasa. Mereka bukan mana-mana Jabatan Kerajaan). Penyerbuan ini divideokan dan disebarkan sekali lagi.
Kali ini adalah pukulan yang sangat kuat. Walaupun selepas itu High5 membalas dengan membawa Ustaz Hassan Din ke kilang mereka. Berikut kenyataan akhbar Ustaz Hassan Din.
''Saya telah melawat kilang roti ini di Nilai, Negeri Sembilan apabila mendapati maklumat yang tersebar sebelum ini mengatakan kononnya roti keluaran syarikat ini menggunakan minyak babi dalam ramuannya adalah tidak benar.
''Kekeliruan ini juga dipercayai sengaja diada-adakan pihak pesaing. Jadi, sekarang sudah terbukti tiada lagi keraguan mengenai status halal roti keluaran Silver Bird Group ini,'' katanya. (sumber : Utusan Malaysia)
Namun apabila kredibiliti sesuatu syarikat seperti high5 dijatuhkan, adalah hampir mustahil untuk mengembalikannya semula ke tahap asal walaupun diambil ustaz setinggi mana pun untuk membuat kenyataan.
Episod Baru Gardenia dan PPIM ?
Episod terbaru ini pula adalah mungkin pakatan baru pihak PPIM dengan Gardenia untuk menghancurkan pesaing baru mereka roti Massimo pula.
Isu dikeluarkan mengenai orang Cina yang memboikot barangan Melayu. Kemudiannya pengguna Melayu pun bertindak. Isu persaingan 2 syarikat Gardenia dan Massimo dijadikan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Mereka ini tidak sedar bahawa bermain dengan sensitiviti isu perkauman ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.
Bagi saya secara peribadi tujuan saya tulis artikel ini bukan untuk memihak kepada mana-mana pihak samada PPIM, Gardenia, High5 atau Massimo. Saya menulis atas 2 sebab.
- Cuma saya merasakan perlu untuk kita mempunyai satu sikap meminta bukti apabila seseorang membuat sebarang pendakwaan. Nabi Muhamad S.A.W. sendiri melarang keras orang yang menyebarkan sesuatu yang dia tidak tahu kesahihannya. Lagi pula jika kita menyebar fitnah, maka keadaan akan menjadi lebih teruk.
- Pihak yang tidak mempunyai authoriti seharusnya tidak boleh diberi kuasa untuk bertindak untuk menjatuhkan nama mana-mana syarikat.
Contoh isu lain yang dimainkan oleh PPIM secara tidak bertanggungjawab
1. Isu Ubat Gigi Halal keluaran Muslim . Isu ini dimainkan untuk menjatuhkan Colgate dan menaikkan nama Ubat Gigi Mukmin, kononnya ini adalah produk keluaran orang Islam. Namun ini tidak tepat kerana kilang membuat ubat gigi Mukmin adalah American Lion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd, sebuah syarikat bukan Islam. Baca lanjut di Dewa Kebaikan.
2. Isu Sosej Babi – Pada mulanya PPIM mendakwa sarung sosej yang digunakan ada mempunyai unsur babi (rujuk berita ini pada 15 mac 2005). Asas dakwaan mereka mudah, sarung itu tak ada sijil halal, jadi mesti diperbuat dari babi. He he he.
Selepas 2 minggu, Kementrian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunakan mengeluarkan kenyataan bahawa sarung sosej ini BEBAS dari unsur babi. (Rujuk sini)
Apa jadi pada perniagaan yang difitnah sebegini ? Mereka akan jatuh merudum. Masyarakat umum tidak perlukan bukti dan fakta untuk mempercayai sesuatu. Cukup sekadar sebaran sms atau email seperti yang "didengar daripada PPIM".
Jadi apa yang penting dalam perniagaan adalah sama seperti politik, yang penting hanyalah PERSEPSI.
Kita tunggu apa episod seterusnya…
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.