Thursday, December 29, 2011

Re: RG2011... Antara Dua Darjat

 

Sr. Rizz.r;
 
 
Memang betul, pertuduhan itu tidak sama. Tuduhan kerana mencuri susu bernilai RM 20.00 atas alasan untuk diberikan kepada anak kena penjara 3 tahun. Manakala tuduhan rasuah bernilai RM 6.5 juta atas alasan untuk memiliki banglo mewah, dihukum penjara 1 tahun (12 bulan) sahaja.
 
Adakah rasuah melibatkan jutaan RM lebih mulia berbanding mencuri barangan bernilai RM 20.00 kerana tiada wang untuk menyusukan anak. Adakah mencuri susu bernilai RM 20.00 lebih besar kesalahannya dari terlibat dengan gejala rasuah yang bernilai jutaan RM. Atau adakah kerana yang dituduh itu seorang Menteri Besar maka hukumannya, maka hukuman sewajaarnya lebih ringan dari seorang orang awam yang dhaif mencuri barangan untuk memastikan anak kecilnya mendapat makanan yang sewajarnya.
 
Kita menjangkakan hukuman kepada orang melakukan rasuah dengan melibatkan jutaan RM itu, swajranya menerima hukuman yang lebih berat dari hukuman yang dikenakan ke atas orang yang mencuri barangan yang tidak seberapa nilainya. Kita tidak meminta bekas Menteri Besar Penyumbang Piala Penyapuitu dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 50 tahun atau seumpamanya. Tetapi biarlah hukuman itu lebih dari 3 tahun, misalannya dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun ke, memadailah, tidak perlu lebih dari itu, cukuplah.. Jika dikenakan hukuman sedemikian, maka kita akan rasa puas hati.
 
Rizz, jangan anggap kita tidak mengetahui mengenai perundangan sekular yang diamalkan oleh negara ini. Kita pun ada juga belajar mengenai undang-undang, meskipun pada tahap fundemental laws mengenai kes-kes sivil. Rrizz Jangan ingat kita bodoh atau bangang seperti kamu yang rasanya tidak mengetahui langsung mengenai undang-undang dan perundangan. sivil. . 
 
Mungkin Rizz ini pencacai atau ahli UMNO, maka cuba untuk membela pimpinan UMNO seperti Penyumbang Piala Penyapu itu yang terlibat melakukan rasuah dan terbukti ada kes prima facie untuk dbicarakan.
 
Untuk pengetahuan Rizz, sememangnya ramai dikalngan menteri-menteri dan pimpinan UMNO yang telah sekian lama melakukan dan terlibat dengan rasuah. Namun mereka begitu licik menyembunyikan kegiatan mereka sehingga begitu sukar untuk dibuktikan. Sekirannya kerajaan UMNO/BNatang masih kekal berkuasa di Selangor dan Khir Toyo masih menjadi Menteri Besar, tidak mungkin beliau akan dituduh melakukan rasuah, walaupun banglo mewah yang menjadi barang kes itu tersergam indah ditengah-tengah Bandar Shah Alam itu. Tiada siapa yang akan memperdulikannya, bagaimana Khir Toyo Penyumbang Piala Penyapu itu mampu memiliki banglo mewah itu. Contohnya, Allahyarham Datuk Z, bekas Exco Selangor yang membina istana di Klang semasa hayatnya, tiada siapa yang mengungkit atau mendakwa beliau terlibat dengan rasuah, bagaimana Allahyarham mampu membina dan memiliki bangunan kediaman yang umpama istana itu. Tetapi pada ketika itu, Selangor masih lagi dikuasai oleh UMNO/BNatang. Namun nasibnya begitu baik, beliau mati mengejut hanya beberaoa hari selepas PRU ke-12, maka tidak sempat kerajaan PR untuk melakukan sisatan untuk pendakwaan.
 
Satu contoh lagi ialah mengenai skandal lembu yang ditempatkan di kondo-kondo mewah oleh syarikat NFC. Adalah tidak masuk akal, mengapa dan apa perlunya pembelian kondo untuk penempatan atau kediaman binatang ternakan seperti lembu-lembu itu. Apakah daging lembu ternakan NFC itu akan menghasilkan kualiti yang superb atau extreme quality. Kerajaan memberikan geran atau pinjaman kepada syarikat NFC untuk tujuan ternakan bagi menghasilkan daging lembu agar dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga yang lebih rendah dari pasaran sekartang ini, atau sekurang-kurangnya harga daging lembu dapat dikawal harganya. Namun Pengerusi Lembaga Pengarah yang juga suami kepada salah seorang Menteri telah bertindak menggunakan geran atau pinjaman mudah itu dengan membeli kondo, kereta mewah dan bercuti ke luar negara pula. 
  
Ini bermakna selagi UMNO/BNatang berkuasa di negara ini, maka pemimpin-pemimpin dan menteri-menteri UMNO/BNatang akan tetap mendapat perlindungan kerana mereka diberi  imuniti dan kebal dari siasatan dan pendakwaan mengenai pengelibatan dengan kegiatan rasuah.
 
Malangnya Rizz juga turut terlibat membela pimpinan dan menteri UMNO/BNatang, hanya kerana orang dituduh rasuah dan telah disabitkan kesalahannya itu adalah pimpinan UMNO/BNatang ibarat birds of the same feather, flocks together. Menteri-menteri UMNO/BNatang yang lain juga turut membela Sharizat lembu kondo, kononnya tiada unsuru-unsur rasuah atau penyelwengan.  Disebabkan adanya back-up and full support dari pimpinan dan ahli-ahli UMNO/BNatang seperti Rizz inilah, maka semakin menjadi-jadi menteri-menteri UMNO/BNatang melakukan kegiatan rasuah dan penyelewengan, merampok khazanah negara secara berleluasa.  Mereka tiada langsung memikirkan akan kesannya ke atas negara. Apatah lagi ajaran dan tuntutan agama turut diketepikan hanya kerana menurut tuntutan nafsu serakah mereka mengumpul kekayaan secara keji sementara masih memegang kuasa.
 
 
 
para_jump101   
 


--- On Wed, 12/28/11, Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com> wrote:

From: Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
Subject: Re: RG2011... Antara Dua Darjat
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Wednesday, December 28, 2011, 1:13 AM

 
pertuduhan dia tak sama mcmna nak samakan hukuman. akta dia pun berbeza. cuba bca undg2 sikit!!!!

Pada 28 Disember 2011 11:55 PG, cindacomel <cinda_comel@yahoo.com> menulis:
 
Begitula bila dh ada kuasa..apa2 pun boleh jadi. Kesian kan...susah jugak ye nk jmp pemerintah/ahli politik yg x involved ngn corruption & menyalahgunakn kuasa nih. Xde ker yg betul2 ikhlas utk berbakti kpd msy & ngr?..mst aman ngr kita, rakyat pun x sakit ati..


From: Anak Melayu <pemudatj@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; Sahabat Masjid <SMASalihin@yahoogroups.com>; "SahabatInteraktif@yahoogroups.com" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>; DPP Serdang <dppkserdang@yahoogroups.com.au>; penawarku <penawarku@yahoogroups.com>; Pak Belang <pakbelang@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, December 25, 2011 8:33 PM
Subject: RG2011... Antara Dua Darjat

 
Lagi Undang-Undang Kepala Bapok Mung!
Posted on Sunday, December 25 @ 00:49:35 PST
Dilulus untuk paparan oleh danialrazali

Open Artikel Oleh: umnopenyangak

"Assalamualaikum,,



Mencuri RM20.00 kerana nak beli susu anak kena penjara 3 tahun(36 bulan),curi juta juta penjara setahun.Undang undang kepala bapok mung!!!!!!!!"





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment