Saturday, December 31, 2011

RG2011... Fw: Jualan dinar, dirham cecah RM40,9 juta

 

----- Original Message -----
 

Jualan dinar, dirham cecah RM40,9 juta: Bukti kejayaan pemerintahan PAS-PR

warkahdaily
Diterbitkan oleh: Editor@WD
 

Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Rekabentuk baru Dinar Kelantan. | foto Harakahdaily

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.

Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

"Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada," ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah 'Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.

Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai 'hologram'.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.

Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

"Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012," ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan 'dirham kenangan' bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.
 
 
 
Dinar Kelantan terus unggul
 
selatanonline

(gambar : Rekaentuk Dinar Kelantan versi 2012
dan logo Kalimah Syahadah hologram)

Dinar Kelantan sebagai pengeluar dinar pertama Malaysia mencatatkan peningkatan demi peningkatan setiap tahun. Alhamdulillah, tahun 2011 boleh dikatakan juga sebagai tahun cemerlang buat Dinar Kelantan dgn mencatatkan penjualan sebanyak RM40,947,972 dengan keuntungan kasar sebanyak RM5,211,484.

Kali ini, Dinar Kelantan sekali lagi membuat perubahan dgn mengeluarkan siri baru Dinar Kelantan yang berwajah baru, lebih ceria dan akan jadi dinar emas pertama di dunia menggunakan 'hologram' yg mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu ciri keselamatan kerana Dinar Kelantan amat berbeza dengan dinar lain terutama pada kualiti emasnya yg menggunakan emas berkualiti 917 berbanding dinar emas lain yg berkualiti 916. Manakala Dinar Kelantan ditempa menggunakan teknologi terbaik dan berkualiti tinggi, mempunyai warna emas yang sejati serta mendapat pengiktirafan dan pujian pengeluar2 dinar dan koin emas yang lain.

Aku berdoa semoga Dinar Kelantan terus menjadi peneraju dan pelopor dalam pengeluaran Dinar dan Dirham di Malaysia dan di dunia serta terus mengembangkan sistem muamalat Islam yg semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

bancuh.blogspot.com

Posted by kelanajiwa

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment