Saturday, December 31, 2011

RG2011... Fw: Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'

 



----- Original Message -----

Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'
 
selatanonline

artikel penuh tajuk ni boleh baca di bawah:

sesiapa nk baca artikel penuh tajuk di atas, baca kat bawah....aku cuma nk bancuh beberapa perkara saja dalam bab SALAM ni....

pertamanya berkaitan dgn ucapan salam itu sendiri....dalam keadaan hari ini, ada sesetengah salam yg diberi oleh orang kepada aku pun sebenarnya aku tak lalu nk jawab. Apa sbb aku kata tak lalu nk jawab? sbbnya kebanyakannya langsung tak bertepatan dgn ucapan salam yg dianjurkan oleh Rasulullah...


dalam banyak Hadis juga Rasulullah sebutkan bab salam ni dan ini menunjukkan betapa peri pentingnya ucapan salam. tapi, hairannya juga iaitu orang Islam sendiri masih dok keliru dengan ucapan salam nih...ada yg kata cukup dengan hanya ucap 'SALAM' sbb dalam banyak ayat al-Quran pun, Allah sebutkan perkataan 'Salam'....contohnya dalam ayat spt di bawah ni
دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
maksud : Doa mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma", dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" Dan penutup doa mereka ialah: "Alhamdulilaahi Rabbil 'aalamin. (surah Yunus, ayat 10)

para ulama' terdahulu dah pun bicara panjang lebar dan menejelaskan dgn sebaik-baiknya bab ini...tetapi dek kerana org zaman sekarang ni lebih suka cedok ilmu dari barat, hinggakan ilmu asas agama sendiri pun dah tak ketahuan....so, aku ringkaskan cerita beginilah....ulama' majoriti berpendapat bahawa ucapan 'Salam' yg sebenar adalah dengan menyebutkan atau mengucapkan "assalamualaikum" dan perkataan 'salam' yg banyak disebutkan dalam al Quran dan Hadis itu adalah nama kepada ucapan tersebut....sama juga spt anjuran disuruh kita bersalawat atas Rasulullah....bukannya disuruh kita ucapkan 'salawat, salawat, salawat'...tetapi dia ada ucapan atau perkataan khasnya....begitu jugalah dgn ucapan salam ini iaitu ada perkataan atau ucapan khasnya yakni ucapan "assalamualaikum"

perkataan 'assalamualaikum' ini boleh dilihat dengan jelas dari satu Hadis Rasulullah yg bermaksud iaitu :
"Hadis riwayat Ibnu Umar, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Sesungguhnya orang Yahudi itu bila mengucapkan salam kepada kalian mereka mengucapkan: "Assaamu 'alaikum" (kematian atas kalian), maka jawablah dengan: "Wa'alaka" (semoga menimpa kamu)" riwayat Imam Muslim

Hadis ini menunjukkan kita akan satu bentuk ucapan salam yg disampaikan oleh org yahudi kerana dalam satu hadis lain, Rasulullah mengingatkan 'Aisyah supaya tidak menjawab ucapan salam yg tidak jelas huruf 'LAM' sebagaimana dalam Hadis di atas yg tidak ada huruf 'lam' melainkan hanya 'assamu.....' dan bukannya 'assalamu......'

dan dalam Hadis yg lain diriwayatkan seperti berikut :
Hadis riwayat Aisyah رضي الله عنها: ia berkata: Bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم pernah berkata kepadanya: Sesungguhnya Malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu. Aisyah berkata: Lalu aku menjawab: Wa alaihissalam wa rahmatullahi (Semoga keselamatan serta rahmat Allah selalu terlimpahkan atasnya)" riwayat Imam Muslim dalam kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat

dan dalam satu Hadis yg panjang dalam Kitab Sahih Muslim - Bab Keutamaan Sahabat yg menceritakan mengenai keutamaan Sahabat bernama Abu Zar....antara intipati Hadis yg panjang tersebut, tercatat :
"..........Abu Zar berkata: Akulah orang yang pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda. Dia melanjutkan: Lalu aku mengucapkan: Assalamu'alaika ya Rasulullah! Kemudian Baginda membalas: Wa 'alaika wa rahmatullahi. Kemudian beliau bertanya: Siapakah kamu? Aku menjawab: Aku adalah seorang dari suku Ghifar. Lalu Rasulullah menarik tangannya lalu meletakkan jari-jarinya ke atas dahi........"

Hadis tersebut di atas amatlah panjang dan banyak bicaranya.....aku cuma petik yg berkaitan dgn salam saja...so, di sini...kita boleh lihat bahawa Abu Zar berkata "akulah org pertama mengucapkan salam Islam kepada Baginda (Rasulullah)"....maka ini menunjukkan bahawa ucapan salam dalam Islam tidak lain tidak bukan adalah ucapan "Assalamua'laika" (seorang) atau "Assalamua'laikum" (ramai)

tapi bila mai bab Salam 1 Malaysia nih...aku tak jumpa lagi dalil nk mengharuskannya....depa bagi alasan sbb utk bukan Islam mcm ucapan selamat pagi dsb.....sedangkan kalau ikutkan Hadis Rasulullah, Rasulullah melarang ummat Islam mendahulukan ucapan salam kpd ahli kitab yg termasuk lah org kafir. Maksud Hadis Rasulullah adalah melarang kita MENDAHULUKAN ucapan salam...

Hadis tersebut adalah bermaksud :
"Janganlah kalian memulai kaum Yahudi dan jangan pula kaum Nasrani dengan ucapan salam" riwayat Muslim"

dalam konteks ini, aku paham ada 2 iaitu ucap salam dan ucapan salam....kalau ucap salam, maksudnya apa2 jenis juga salam....kalau ucapan salam, maka tak boleh kita mengucapkan 'assalamua'laikum' kpd org yahudi/nasrani dan kafir.....

tetapi, telah tercatat pula dalam sejarah iaitu Rasulullah pernah mengucapkan satu bentuk salam kpd seorang bukan Islam dgn ucapan "Assalamu'ala man ittaba'a al-huda" (semoga sejahtera ke atas sesiapa yang mengikuti petunjuk)....bentuk salam ini tercatat dalam satu surat yg diutus Baginda kepada Kaisar Rom.

dan mengikut pendapat Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin iaitu memulakan ucapan salam kpd org kafir adalah HARAM walau apa bentuk pun salamnya kerana dalam Hadis Baginda merujuk kepada 'memulakan salam'.....akan tetapi, jika kita ummat Islam terlebih dahulu diucapkan salam oleh org kafir samada depa ucapkan "assalamua'laikum" atau "assamua'laikum"...maka harus bagi kita utk menjawab "wa'alaika". dengan kata lain, walaupun org kafir ucapkan kita "assalamua'laika"...kita dibolehkan menjawab "wa'alaikassalam" ataupun yg lebih selamat adalah "wa'alaika"....

asas kepada jawapan ini adalah bersandarkan ayat Allah dalam surah an Nisa, ayat 86 yg bermaksud "Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa)"

dan juga berdasarkan Hadis Rasulullah yg bermaksud
"Jika ada ahli kitab yang mengucapkan salam kepada kalian maka jawablah 'wa alaikum". (Muttafaq 'Alaihi : Al-Bukhari dalam Al-Istidzan 6258, Muslim dalam As-Salam 2163)

maka bagi kefahaman aku, memulakan ucapan salam kepada bukan Islam dalam bentuk apa pun adalah HARAM....kecuali kata sapaan seperti hello, hai dsb.....tapi, kalau ucapan selamat pagi, selamat petang dan selamat malam adalah ucapan dari kaum depa sendiri yg kita hanya translate kan ke dalam bahasa kita....maka bagi faham aku...masih ada keharusannya di situ sbb ucapan selamat pagi dsb bukannya satu bentuk ucapan yg terkandung makna spt mendoakan kesejahteraan atau keselamatan kpd si kafir....

kesimpulannya....Salam 1 Malaysia langsung tidak ada sanad atau dalil atau keharusan....malah bagi faham aku, ianya jelas satu yg sengaja diada-adakan bagi menjauhkan ummat Islam dari ucapan Salam yg sebenar. Oleh kerana sekiranya dalam 1 majlis, terdapat walau hanya seorang Muslim dan ramai yg lain bukan Islam, itu tidak menghalang kita mengucapkan salam "assalamua'laikum" dan diniatkan hanya kpd yang Islam sahaja

cukuplah kot aku nk bancuh bab salam ni....kalau ada yg terkurang dan terlebih....semoga Allah mengampunkan aku....

sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....hehehehehe
 
 
Posted by kelanajiwa
 
 
 
 
Bagaimana hendak sahut 'salam 1Malaysia'
 
malaysiakini
Pada majlis-majlis rasmi sejak kebelakangan ini, ucapan "salam 1Malaysia" sudah menjadi satu kebiasaan. Ungkapan yang tercetus hasil laungan slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hasil ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, turut dilafazkan pembaca berita di awal dan akhir siaran setiap kali ke udara sama ada di radio mahupun televisyen.
    
Namun, ungkapan yang asalnya bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat itu cuba pula dipolemikkan apabila sesetengah pihak mendakwa ucapan salam itu merupakan perbuatan bidaah, tidak menjadi amalan Rasulullah dan lari daripada ajaran Islam.
    
Mereka mempersoalkan matlamat Salam 1Malaysia, kenapa dan bila perlu diucap serta apakah sahutannya kerana jika 'assalamualaikum' dan 'salam sejahtera', ada jawapan balasnya iaitu lafaz 'waalaikumussalam' dan 'salam sejahtera'.

Beberapa ahli akademik dan cendekiawan agama ketika diajukan persoalan itu menjelaskan "salam 1Malaysia" merupakan ucapan umum bertujuan mengukuhkan lagi  perasaan 1Malaysia dijiwa rakyat bagi menunjukkan rakyat negara itu adalah satu walau apa jenis bangsa dan anutan agama sekalipun.    
    
Dr Amini Amir Abdullah, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata daripada konteks agama, Salam 1Malaysia bukan perbuatan bidaah selagi ungkapan itu tidak disekalikan dengan ucapan salam yang diajar Islam seperti 'assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu 1Malaysia'.
    
Beliau berkata jika dilafazkan sedemikian, barulah ucapan "salam 1Malaysia" boleh dipertikaikan seolah-olah sengaja mempersendakan agama kerana ucapan "assalamualaikum" hanya merujuk kepada penggunaan sesama Islam sahaja.
    
"Kalau sesama Islam kita lafaz assalamualaikum diikuti Salam 1Malaysia tidak menjadi masalah kerana pada saya itu hanyalah ungkapan atau sapaan daripada orang Islam kepada yang bukan Islam," katanya kepada Bernama.
    
Mengenai cara menyahut "salam 1Malaysia" itu, Amini Amir, berkata adalah lebih sesuai sekiranya salam itu disambut dengan sahutan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
    
Katanya walaupun agak panjang, sahutan itu adalah paling sesuai bagi membawa maksud konsep 1Malaysia yang diperkenalkan perdana menteri kerana gagasan itu datang bersekali dengan motto "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
    
Beliau berkata Jabatan Penerangan yang menjadi teras dalam menyebar luaskan sesuatu dasar kerajaan perlu lebih efektif menyelidik bagi menyediakan garis panduan seperti di mana dan bagaimana "salam 1Malaysia" diungkapkan serta apakah jawapan sesuai bagi menjawab ucapan salam yang diungkapkan.
    
"Setiap pemimpin yang mendokong gagasan itu juga perlu memainkan peranan seperti sentiasa mengungkapkan Salam 1Malaysia dengan cuba memberikan gambaran bagaimana salam itu perlu disahut," katanya.
    
Ketua Pusat Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Norizah Ardi, pula berkata ucapan itu tidak perlu dipolemikkan kerana seperti mana ungkapan "salam sejahtera", "salam 1Malaysia" perlu dilihat dalam konteks sejagat yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja tanpa terbatas kepada sesuatu kaum dan agama.
    
Beliau berkata perkataan "salam" yang digunakan tidak boleh disamakan dengan lafaz assalamualaikum kerana istilah itu digunakan bagi disesuaikan dengan persekitaran masyarakat yang pelbagai, sama ada dari segi agama, kaum dan bangsa yang ada di Malaysia.
    
Norizah berkata, walaupun kerajaan tidak memberi pilihan atau cadangan bagaimana ucapan "salam 1Malaysia" perlu disahut, sahutan paling sesuai ialah dengan mengulangi ucapan "salam 1Malaysia" itu  kepada orang yang melafazkannya.

"Dari segi logik, ia macam ucapan 'salam sejahtera' atau 'selamat pagi' yang mana kita akan menyambutnya dengan mengembalikan ucapan itu kepada mereka yang melafazkan," katanya.
    
Budayawan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata "salam 1Malaysia" telah menjadi satu trend baru seperti "salam perpaduan" yang pernah diperkenalkan sebelum ini.
    
Beliau berkata ucapan itu tidak mempunyai sahutan yang spesifik kerana "salam 1Malaysia" lebih kepada sapaan yang tidak memerlukan jawapan berbanding ucapan "apa khabar" dan "assalamualaikum" yang memerlukan kepada jawapan balas.
    
Bagaimanapun, tokoh Bahasa Melayu itu sependapat dengan Norizah yang menyarankan "salam 1Malaysia" dibalas sahutan "salam 1Malaysia" kembali.
    
"Tidak salah sekiranya ungkapan itu dibudayakan kerana ucapan itu tidak merujuk kepada mana-mana kaum atau agama secara spesifik, malah secara tidak langsung boleh merapatkan lagi hubungan antara kaum," katanya.
    
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan berpendapat ungkapan "salam 1Malaysia" dilafaz bagi mewujud dan mengeratkan lagi perpaduan masyarakat.
    
Beliau berkata soal bagaimana hendak membalas atau menyahut salam yang diungkapkan tidak timbul kerana yang lebih utama ialah tujuan di sebalik "salam 1Malaysia" itu sendiri, iaitu mendoakan perpaduan dan kesejahteraan sesama rakyat.
    
Perunding motivasi Rujhan Mohamed Razali pula berkata selain "assalamualaikum", semua ucapan salam yang lain adalah termasuk dalam kategori harus iaitu, "ucap pun boleh tidak ucap tidak mengapa".
    
Rujhan, dari Kiffah Motivation and Training Sdn Bhd, berkata selagi tidak membatasi lingkungan agama, "salam 1Malaysia" yang objektifnya adalah untuk perpaduan dan keharmonian, boleh dijawab dengan sahutan salam kembali.
    
"Bagaimanapun kita tetap ada pilihan sama ada nak jawab atau sebaliknya," kata rujhan, seorang daripada anggota panel rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9.

- Bernama

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment