Biayai kos guaman, tidak salah: Jamil Khir
Tarikh : December 31, 2011
Katanya, wang itu dari sumbangan tetap Kerajaan Persekutuan kepada MAIWP dan pendapatan dalam pelbagai sumber bukannya dari hasil kutipan zakat.
Menurutnya, sebagai penjawat awam adalah tidak menjadi masalah untuk menggunakan dana MAIWP dan tidak timbul wang itu digunakan untuk urusan peribadi.
"Jangan lupa, wang itu juga digunakan untuk membayar peguam dan pembiayaan melibatkan tuntutan jenazah orang bukan Islam selepas memeluk Islam, perbicaraan kes murtad, membela saudara baru dan pelbagai kegunaan lain yang berkaitan.
"Sama juga apabila MAIWP melantik peguam untuk mengatasi masalah pertelingkahan antara Mahkamah Sivil dan Syariah sebagaimana terjadi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana ia boleh menimbulkan masalah dari segi keadilan.
"Apa akan berlaku sekiranya kedua-dua mahkamah meminta bukti berbeza dan membuat keputusan yang berlainan. Jadi tugas MAIWP menghalang daripada perkara ini berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pembangkang mengatakan beliau, Che Mat dan Shamsuddin menggunakan wang zakat bagi membayar kos guaman bagi kes melibatkan Anwar.
Jumaat lalu, perkara sama disahkan Che Mat, mereka tidak menggunakan wang zakat selepas dibangkitkan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Jamil Khir berkata, mereka yang mempertikaikan pembiayaan guaman untuk membantu MAIWP seperti merendah-rendahkan martabat Islam dan menghalalkan pencerobohan terhadap agama itu.
Mengulas mengenai bidang kuasa melantik peguam dan pendakwa raya, beliau yang juga Pengerusi MAIWP berkata, menteri dan MAIWP tidak mempunyai kuasa sebaliknya dilakukan Yang di Pertuan Agong.
Jamil yang aktif sebagai penceramah bebas semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia berkata, pembangkang sengaja menggembar-gemburkan pembiayaan wang zakat itu, sebaliknya mereka sepatutnya bersandarkan kepada isu sebenar di mana kes liwat pemimpin mereka.
"Untuk memastikan isu liwat tidak menjadi isu besar, mereka telah membina jentera fitnah untuk sebar dan melontarkan tohmahan kononnya pemimpin kerajaan termasuk menteri kabinet yang dilantik dalam kalangan orang jahat selain berpakat mengheret majlis agama untuk mengeruhkan keadaan dalam kemelut ini.
"Mereka mencari kelemahan dan keburukan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menimbulkan persepsi tidak baik kepada rakyat dan mengelirukan pemikiran kita semua.
"Apabila kami membisu, mereka (pembangkang) mengatakan ia seolah-olah benar sedangkan niat sebenarnya untuk menghamburkan fitnah, bukan memperbaiki keadaan. Mereka juga sengaja mahu saya menyaman dan pada masa yang sama menuduh membuang wang rakyat bagi tujuan itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
p/s: adapun, beribu ribulah penjawat awam yg tak mampu bayar upah guaman..takkan kome pak menteri sorang je dapatnye...bagi la kat rakyat same..mende ni brooo,,makan sorang2 duit zakat...itu yg orang tahu..yg orang tak tahu ntah yuran ape lagi gamaknye kamu bayor...jgn kamu gune bayar upah ngurut udah lerrrr...atteee....
--
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
No comments:
Post a Comment