Saturday, December 31, 2011

Re: RG2011... Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Jan

 

aku mengalu2kan wakil dari cuepacs dalam hal ni disini.
 
ahli bawahan bayar yuran ahli untuk membela ahli. bukan menyusahkan ahli. satu contohnya melanjutkan tempoh berkhidmat yang mana hali gabungan sendiri membantah.
 
atau mungkin juga cuepacs nak jadi macam sesetengah NGO lain, contohnya perkasa yang pro sesuatu parti dan bermain wayang untuk menonjol..
 
sekiranya matlamat utama telah tersasar, maka ada baiknya presiden turun tahta.
 
bukan apa takut ada yang syorkan buat EGM kan nanti. tak pasal2 malu.

--- 11/12/30 (금)에 mohd norazam <norazam99@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: mohd norazam <norazam99@yahoo.com>
제목: Re: 답장: RG2011... Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Jan
받는 사람: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 12월 30일 (금요일) 오후 4:38

 
SETUJU JUGA DGN EN YUSRI..KALAU TARIKH AKHIR 15HB,,GAJI DIBAYAR 16HB PADA JANUARI????SO DAPAT APA KITA?WAYANG NI HEBAT2  PELAKONNYA.


From: Abdullah Sudiran <ex_cato@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Friday, December 30, 2011 2:42 PM
Subject: Re: 답장: RG2011... Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Jan



Sekarang disibukkan dgn isu-isu exit policy...Masaalah  utama mengenai kenaikan gaji tersebut diantara 7% to !3% tenggelam begitu sahaja...Hilang lah perkara mengenai untuk merapatkan jurang pendapatan..So secara tak langsung kita terima kenaikan pegawai atasan yang berlipat kali ganda dan kita tetap gembira dgn kenaikan yang kecil tersebut..


From: yusri khatib <yusri762002@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, December 30, 2011 5:03 AM
Subject: 답장: RG2011... Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Jan

 
tarikh akhir penyerahan dokumen keewangan(gaji) 10hb setiap bulan. tapi bila dah ditangguhkan hingga 15hb, maka tak merasalah gaji baru bulan januari nanti. he he he.
 
agak2 laa, kalau cuepacs ni masuk mahkamah. belum perbicaraan lagi dia dah minta kat hakim tu macam2 sedangkan kes belum berjalan lagi.
 
kita boleh buat tuntutan selepas ianya berlaku, bukan tak pernah berlaku pun sebelum ni.
 
asyik2 duk sebut exit policy. kalau betul ada yang teraniaya, apa gunanya kesatuan pekerja kalau tidak boleh perjuangkan hak ahlinya.
 
ohyea. boleh diminta laporan dari cuepacs tentang pekerja yang telah dibuang sebelum ni semasa ssb mahupun ssm. kalau tak de. maknanya cakap kosong je la.
 
macam ada main wayang je dengan kerajaan. he he he.

--- 11/12/23 (금)에 Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>님이 쓰신 메시지:

보낸 사람: Mat Rock <matrock_e1@yahoo.com>
제목: RG2011... Tarikh terima opsyen SBPA dilanjut ke 15 Jan
받는 사람: "matrocke1@gmail.com" <matrocke1@gmail.com>, "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>, "IG" <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>, "pakbelang@yahoogroups.com" <pakbelang@yahoogroups.com>, "chainz_of_frenz@yahoogroups.com" <chainz_of_frenz@yahoogroups.com>, "mahligai@yahoogroups.com" <mahligai@yahoogroups.com>
날짜: 2011년 12월 23일 (금요일) 오후 2:54

 
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam sehingga 15 Januari depan.

Tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun bagaimanapun kekal pada 30 Disember ini, demikian diumumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias di Putrajaya.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.

Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar dalam sidang media yang sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.
Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh CUEPACS ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.

Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.

Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.

"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.

Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil CUEPACS hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.

Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil CUEPACS akan hadir untuk memberi pandangan.

"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, CUEPACS akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.

"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.

Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara CUEPACS dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.

- Bernama
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment