Wednesday, January 19, 2011

RE: RG09... BOLEH PERCAYA KE NI? Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?

 

aku prefer nak blajar kung fu wing chun dari silat....hehehehe..
 
bruce lee mati pasal lawan silat... LOL!

From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com] On Behalf Of azharali zaini
Sent: Wednesday, January 19, 2011 12:39 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... BOLEH PERCAYA KE NI? Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?

Salam alaikum,

Seboleh2 saya tak mao komen apa2 dlm perbincangan apa2, tetakut terlepas intuition..heehhee!..

tapi bab yang ni mmg takleh blah, cepat2 kepala otak ni mengkognitifkan pautan2 kritis dan informatif, terseia sebegitu rupa sehingga menghasilakan tanggapan

"melayu ni tak habis2 nak promo psl bangsa melayu..kalau dah mmg ada kelemahan akui sajalah kelemahan, sesungguhnya dgn membuang keAKUan maka terlepas kita dari ego, taksub, takjub, ujub dan lupa diri, hujungnya mensyirikkan Allah dgn menyembah diri sendiri"...

Melayu itu tiada dlm kamus rasmi agama ISLAM, seluruh umat manusia yelah.. syukur Allah bagi kita pelbagai variasi kaum dan budaya..bukan utk bertelagah atau menunjuk kuasa...hanya utk berkenal-kenalan dan enhance kekuatan khalifah2 Allah yg bersatu di jalan Nya..yang paling baik antara kita adalah yg paling bertaqwa..

angkuh sombong, bangga bangsa, bangga diri tidak termasuk dalam senarai TAQWA..

jgn krn terlalu taksub MELAYU habis semua haram dihantamkan..besok saya nak buat cerita pasal melayu SWK lah..dr kalangan ahlul bayt dan agung nusantara..time tu MELAYA takde lagi, bwh jajahan atuk nek yang saya..hambik ko...hehehehehe!






From: abdullah zakaria <abzak53@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Wed, January 19, 2011 9:33:47 AM
Subject: Re: RG09... BOLEH PERCAYA KE NI? Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?

bagi saya , orang lama ni tak pernah pula dengar cerita ini, walaupun saya juga minat dng b/lee ni. dan persilatan. tapi kalau berlawan dng dikky dzulkarnian pesilat/artis indon tu ada lah....bukan pesilat m'sia . munkin dia nak proma klub seni silat dia tak....????


From: Siti Norfaridah Wahab <cikticyg@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, January 18, 2011 9:32:17 AM
Subject: Re: RG09... BOLEH PERCAYA KE NI? Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?

Setakat yang saya dengar,citer tu betul.....Hebatnya seni silat melayu.

--- On Mon, 1/17/11, misada misada <misada05@yahoo.co.uk> wrote:

From: misada misada <misada05@yahoo.co.uk>
Subject: RG09... BOLEH PERCAYA KE NI? Bruce Lee Mati Kerana Tewas Dengan Silat Melayu?
To: respeks_group@yahoogroups.com, "hartinee abas" <aztini@mardi.gov.my>, "zuharina abdullah" <zuharina1008@yahoo.com>, "zana adura" <zanadura_z@hotmail.com>, "seri ahmad" <ajut2004@yahoo.com>, "Faiza faizah" <faiza318@gmail.com>, "saiful ghazali" <conman_tv@yahoo.com>, "nik hanifuddin" <nikmaa@hotmail.com>, "shieda ida" <asni130417@yahoo.com>, "md. noh ismail" <mnohis@yahoo.com>, "jaja jesicca" <jaja_jesicca@yahoo.com>, "Abdul Majid" <majidum@gmail.com>, "rozana mustafa" <rozana_mustafa2000@yahoo.com>, "saharun nisah" <saharunnisah@yahoo.com>, "isa norshafareena" <puteri_serdang@yahoo.com>, "suhana ramli" <nana_evita@yahoo.com>, "Adian Fauziah sabah" <baby_gee7@yahoo.com>, "yahoogroups yahoogroups" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>, "suri yatie" <sue_ind05@yahoo.com>, "nasir yusof" <sirsof@yahoo.com>, "sally zanor" <sallyzanor80@yahoo.com.my>
Date: Monday, January 17, 2011, 11:53 AM

Alaaa dia ni tukang karang Cerita Lawak je ...hehehehehe

--- On Mon, 10/1/11, :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

From: :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>
Subject: RG09... Bruce Lee mati kerana tewas dengan silat Melayu?
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
Date: Monday, 10 January, 2011, 21:37

 
 
Bruce Lee mati kerana tewas dengan silat Melayu?
 
selatanonline
 
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
 
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
 
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
 
Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
 
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
 
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
 
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
http://drupalmalaysia.org/silatmelayu/Datuk_Meor_Gayung_Malaysia

Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.
 
BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
 
 Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita - berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat 'dubbing' untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN

Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah 'cerita rasmi' tentang kematian Bruce Lee./Bulatdusun
 
Posted by tok_aji




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment