Wednesday, January 19, 2011

Re: RG09... DEBAT ANWAR – NAJIB

 


Salam , ingat lagi baik tak payah la berdebat ngan si
Najib ...........nanti di buat berbuihnya mulut si Najib...DSAI sepatutnya memberi ruang untuk PM kita
berehat ...sebab letih memikirkan agenda , dan permasaalahan negara......
nak tahu letih tak letih PM kita , kira sampai ....bini kena take over
sebahagian acara PM .....isssssssss kesiannnnn letihhhhh .!! kalau berdebat
mau lena atas stage ..dak pun pengsan !!!!
\\\\////
/ \
I \\ // I
( (.) (.) )
- -o00o- - (_)- -o00o- - - - -^^^^
Thank and best regards
Othman Mat ALi
Manufacturing Department
- - - -ooo0- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
( ) 0ooo
\ ( ( )
\_ ) ) /
(_ /

From: roslan mohd <mohroslan@gmail.com>

To: undisclosed-recipients:;

Date: 01/20/2011 04:15 AM

Subject: RG09... DEBAT ANWAR – NAJIB

Sent by: respeks_group@yahoogroups.com


ISU KEPULANGAN CHIN PENG – ADAKAH IA KRISIS KETAMADUNAN?
PKR - POLITIK HABUK DAN HABUK POLITIK
Benarkah PKM Pengganas? Siri III
MENGINJAK PARADIGMA – UMNO DAN SEJARAH

Jangan ada yang kacau daun!

Debat politik secara terbuka  bukanlah sesuatu yang baru.  Dua ribu tahun
yang lalu masyarakat Athens telah pun menjadikan perdebatan secara terbuka
ini bagi memberi pilihan terbaik untuk rakyat mereka.  Di Amerika dan
England berpuluh-puluh tahun lalu ia telah menjadi amalan menyemarakkan
sistem demokrasi anutan mereka.

Dalam isu debat antara   Anwar – Najib, jika kita banci pendapat  rakyat
sudah tentu majoriti akan minta agar ia diadakan.  Ini selaras dengan
slogan yang sering dilaung-laungkan   kerajaan "Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan" Kita tidak nampak sebarang sebab untuk Najib
berdolak dalih mengenai cabaran ini.   Tidak ada sebab juga mengapa Najib
perlu takut untuk berdepan dengan Anwar! Hadiahkanlah sebuah kesempatan
paling berharga buat rakyat, menyaksikan detik bersejarah ini. Benar-benar
rakyat ingin menyaksikannya. Biarlah ia menjadi satu perkembangan baru ke
arah pembangunan politik yang lebih sihat di negara ini.

Apabila Najib berdolak dalih untuk mengelak,  rakyat sudah dapat membaca
bahawa Najib yang selalunya gemar berseloka,  tidak sanggup berdepan dengan
Anwar. Kemunculan   KJ dan Nazri Aziz pula dilihat sebagai langkah untuk
menyelamatkan air muka boss mereka sekaligus juga membodek. Dalam UMNO
tidak pernah ada budaya debat. Yang ada adalah budaya angguk dan  bodek.
Bila boss buat sedikit lawak, walaupun tidak lucu satu dewan ketawa
berdekah-dekah.   Jika ada idea baru dari muka baru cepat-cepat dicantas.
Sebarang komen dilihat sebagai kritikan.  Setiap kritikan adalah ancaman.
Dalam mesyuarat UMNO, bukan sahaja tidak ada perbahasan malah yang ada
drama "cadang.. sokong.. dan cadangan ditutup" 15 minit mesyuarat selesai.

Pemimpin-pemimpin UMNO berfikir bahawa semakin bodoh ahli-ahli UMNO maka
semakin mudah mereka dapat mengendalinya "macam kerbau…"   Sebab itu
media-media arus perdana tidak bekerja membangunkan fikiran  sebaliknya
memperbodohkan rakyat.   Lagi bodoh lagi bagus.  Lagi bodoh lagi senang
suap.  Lagi bodoh lagi senang kelentong.

Rancangan 100 hari yang dicadangkan Anwar kali ini benar-benar suatu yang
menakjubkan. Belum pernah tercetus sebelum ini yang memberi tumpuan secara
objektif terhadap kepentingan rakyat.   Ia akan menjadi lebih anjal jika
rakyat dapat memahaminya dengan jelas. Rancangan ini juga anjal terhadap
menjana pertumbuhan ekonomi negara, pendapatan benar isirumah dan sokongan
terhadap penurunan kos pihak swasta.

Rancangan ini akan menamatkan ISA.   Sebuah akta yang merembat
pemimpin-pemimpin progresif negara   berwibawa sebelum ini.  Akta warisan
penjajah   yang berasal dari Undang-Undang Darurat 1948 yang digunakan oleh
rejim kolonial Inggeris melumpuhkan gerakan progresif di Malaya suatu
ketika dulu. Selepas itu ISA menjadi alat UMNO pula bagi musuh-musuh
politiknya atas alasan palsu "keselamatan negara".  Sepatutnya pemimpin
UMNO perlu melihat lebih jauh kerana sekiranya kuasa bertukar tangan dan
tumpas, sekurang-kurangnya ISA tidak akan membidas !

Rancangan pengambilan Asset Lebuh Raya oleh Khazanah dan KWSP  yang
dicadangkan dalam Rancangan 100 hari itu juga suatu yang dinanti-nantikan
rakyat. Ia akan mengurangkan beban kos begitu besar  yang ditanggung oleh
isirumah/swasta selama ini.   Harga barang dan perkhidmatan juga akan
menggelungsur turun kerana selama ini kos angkutan ini telah dipindahkan
kepada pengguna dalam bentuk harga di pasar yang ditentukan pengeluar.  Kos
ini juga sebenarnya suatu hambatan kepada pertumbuhan KDNK kerana ia
mengekang luncuran  aktiviti ekonomi.   Penurunan kos juga akan memberi
Malaysia lebih daya saing secara berbanding kerana harga domestik produk
yang lebih rendah di samping nilai buruh yang lebih baik.

Mengurangkan atau membebaskan kos ini dari ditanggung oleh rakyat akan
menyebabkan ekonomi mampu bertumbuh lebih pantas dan rakyat akan menikmati
kos sara hidup yang lebih rendah.  Secara tidak langsung pendapatan benar
isirumah  bertambah baik.

Pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tidak pernah   merasa kesengsaraan  yang
dialami oleh rakyat termasuk kakitangan kerajaan bergaji tetap.  Keperitan
hidup yang berpunca oleh kos sara hidup yang tinggi mengheret  mereka
kepada gejala  rasuah!  Kerana tekanan hidup mereka tidak peduli halal dan
haram rezeki yang mereka bawa balik untuk keluarga.

Tidak ada lagi Jabatan Kerajaan yang tidak rasuah termasuk Jabatan Agama
Islam.  Tidak usah kita menuding jari kepada anggota polis yang  menahan
motorsikal dan kereta di lorong-lorong   sunyi atau mengganggu
pekerja-pekerja asing untuk pau gaji mereka.  Dalam UMNO, rasuah  telah
jadi air minum.   UMNO hanya perangi rasuah dengan papan-papan tanda bagi
mengelirukan rakyat.   Papan tanda ini sendiri satu projek rasuah yang
lumaian tendernya.

Pendedahan Ketua Audit Negara  bahawa jumlah nilai rasuah atau tirisan yang
berlaku dari wang perbendaharaan negara   di Malaysia adalah sebanyak
RM28,000,000,000 (dua puluh lapan billion setahun) menunjukkan ia satu
ancaman yang besar terhadap rakyat.  Memerangi rasuah secara habis-habisan
dalam Rancangan 100 hari itu paling tidak ia dapat mengurangkan kesan
tirisan ini yang bukan sahaja ditanggung oleh rakyat secara langsung malah
sebenarnya telah memberi kesan berganda kepada   rakyat yang  perlu
membayar   harga yang lebih tinggi bagi setiap barangan dan perkhidmatan
yang mereka gunakan.    Harga yang tinggi itu termasuk kos rasuah yang
terlibat dalam transaksi yang melibatkan orang yang berkuasa dengan pihak
kedua yang mungkin terdiri daripada pengusaha-pengusaha swasta.

Rancangan 100 hari itu juga sebenarnya suatu yang sangat hebat,  dicetuskan
oleh orang-orang yang benar-benar  pakar melihat reformasi bukan sahaja
pada soal pemimpin tetapi juga pada sistem dan nilai.

Begitu juga dengan rancangan mengembalikan penghormatan rakyat terhadap
guru.  Ia boleh dilihat sebagai satu langkah awal ke arah itu.  Guru adalah
agen pembinaan insan paling mulia.   Jika langkah awal ini berjaya,
guru-guru tidak lagi perlu menjual buku-buku kerja di sekolah atau mengajar
tuisyen demi untuk mencari pendapatan tambahan keluarga.   Imej guru
sebenarnya  telah hancur sejak tahun 1980an lagi,  selepas Dr. Mahathir
memperkenalkan   dasar Malaysia Incorporated.  Bila Malaysia sudah jadi
sebuah syarikat korporat, semua orang   termasuk guru juga ingin hidup
mewah.   Pengetua dan guru-guru mula berlegar-legar di stock market.  Jika
rancangan awal ini berjaya, pengetua-pengetua sekolah juga tidak perlu
ambil komisyen jualan   daripada pengedar buku di sekolah.  Suatu ketika
dulu golongan pendidik begitu  dihormati dalam masyarakat.  Panggilan
"cikgu" kekal  hingga  di saat dia sedang nazak.  Hari ini guru   di
pandang sebelah mata… !

Najib tidak perlu   berdolak dalih.  Pelan 100 hari ini adalah suatu yang
masuk akal.   Sebagai pemimpin tertinggi ia perlu berani turun gelanggang.
Tidak perlu hantar KJ  atau Nazri kerana kedua-dua bocah ini sama sekali
bukan lawannya. Rakyat ingin melihat Najib menikam Anwar di gelanggang jika
benar rancangan Anwar ini suatu yang karut yang boleh membawa negara
muflis.   Tidakkah angka hutang negara yang sudah melebihi 53 % berbanding
KDNK kita itu satu indikator ke arah  negara muflis ?   Bukankah Dasar 19
Program Penjualan Bon baru juga telah meningkatkan hutang tambahan negara
bernilai  RM58.1 bilion." Juga akan membebankan rakyat ?

Rakyat sebenarnya sedang memerhati segala tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan termasuk segala operasi saman di jalan-jalan raya.  Lebuh raya
telah menjadi lukah  menjana hasil dan bukan demi keselamatan rakyat.  Jika
untuk keselamatan banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mengenakan
sistem "demerit mata"  seperti yang dilakukan oleh banyak negara-negara di
dunia.    Semakan semula   cukai pendapatan secara berulang kali terhadap
isirumah dan   mengenakan cukai dan taksiran tambahan juga sebenarnya
disedari terutama bagi orang-orang yang tinggal di bandar.
Pemimpin-pemimpin BN tidak tahu bagaimana peritnya rakyat bekerja untuk
mencari wang.   Segala pendapatan mereka dihisap dengan begitu rakus oleh
pihak kerajaan dalam bentuk cukai, lesen, saman,   bil-bil, denda dan
sebagainya.

Kepada kedua-dua bocah iaitu Nazri dan KJ kami ingin berpesan supaya jauh
dari gelanggang ini. Jangan kacau daun. Rakyat ingin menyaksikan pertikaman
antara Anwar dan Najib. Rancangan 100 hari oleh Anwar sebenarnya membawa
cahaya baru untuk rakyat Malaysia terutama rakyat yang miskin.  53 tahun
merdeka dalam sebuah negara yang kaya, namun rakyatnya tetap susah dan
sengsara.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment