Monday, January 17, 2011

Re: RG09... INFO - ISU AZAN - peguam mohon maaf

 


semua kesilapan pemimpin kita terdahulu lihat contoh di negara barat  kebanyakan bangsa  asing  yg berhijrah kenegara barat kini berbudaya barat, bole berbahasa barat, menganut agama mereka tp kenapa ini tidak berlaku di negara kita?
yg ada kt sini nk berbahasa melayu pelat malah ada yg tidak suka berbahasa melayu walau pun tahu.....



Azwar <azwarain@gmail.com>
Sent by: respeks_group@yahoogroups.com

01/18/2011 03:30 PM

Please respond to
respeks_group@yahoogroups.com

To
respeks_group@yahoogroups.com
cc
Subject
Re: RG09... INFO - ISU AZAN - peguam mohon maaf





 

alasan paling bodoh... dah berape tahun ko hidup malaysia...azan dgn ceramah pun ko tak tau beza ke? kalu ye pun ceramah, masjid mane yg bagi ceramah dalam bahasa arab.

2011/1/18 junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
 

Mohon maaf salah faham isu azan

DATUK Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melihat Ng Kian Nam memohon maaf kepada Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd. Yusuf berkenaan isu laungan azan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam hari ini memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.

Katanya, perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

"Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.

"Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.

"Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam di sini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang bertindak sebagai moderator dialog tersebut dan Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang.

Kian Nam yang juga ahli MCA sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai di sini diperlahankan kerana mengganggu tidurnya yang tinggal berdekatan.

Tindakan Kian Nam itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam sehingga mendorong lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut Kian Nam, beliau akan berpindah semula ke rumahnya di Pantai Dalam sedikit masa lagi kerana penerimaan masyarakat Melayu dan Islam di sana yang sedia memaafkannya.

Beliau sebelum ini berpindah sementara kerana bimbangkan keselamatannya ekoran bantahan masyarakat Islam setempat.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik memberitahu, beliau kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mensensasikan isu agama tersebut untuk pelbagai tujuan termasuk kepentingan politik.

"Pada saya ia hanya salah faham, jadi ia sebenarnya bukanlah isu. Pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di Pantai Dalam pun menerima hakikat ini," ujarnya.

Sementara itu, Zakaria berkata, demonstrasi bantahan yang dianjurkan oleh pihaknya pada Jumaat lalu merupakan petunjuk bahawa kesucian dan kedaulatan Islam akan terus dipertahankan di negara ini.

Beliau bagaimanapun memuji keberanian serta keikhlasan Kian Nam yang tampil serta memohon maaf pada majlis dialog itu.

"Kalau boleh kami minta Kian Nam memberitahu rakan-rakan daripada kaum lain supaya memahami dan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam," tegasnya.




----------------------------------------------------------
The information contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed and others authorized to receive it. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and then delete it from your system. Ernst & Young is neither liable for the proper and complete transmission of the information contained in this communication nor for any delay in its receipt.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment