Tuesday, January 18, 2011

Re: RG09... Isteri khalifah dulu...

 

teringat kisah anak khalifah yg pakai baju sekolah koyak......

2011/1/19 eva raed <evaraed@gmail.com>
 




Assalamualaikum ,

terimakasih abi atas artikel yg sungguh menyentuh kalbu. memang benar khalifah2 Islam selepas kewafatan Rasulullah saw khususnya riwayat Khalifah Ar-Rashidin, dikaji&diselidik perjalanan hidup mereka penuh dgn ujian,dugaan,cabaran dr Allah swt demi menegakkan Islam yg syumul. Berdasarkn riwayat & sejarah mereka... betapa harta dunia amat tidak bermakna bagi mereka. Harta dunia yg ada semuanya dipergunakn ke arah penyebaran syiar islamiah ke rantau Arab & seantero dunia.

para2 isteri khalifah2 unggul ini memang wanita2 yg hebat dr segi Iman, Takwa & Ihsan...  sentiasa tabah,sabar,redha & sentiasa memberi sokongan padu / penuh kpd para suami biarpun jalani kehidupan dgn serba kekurangan,kepayahan & kekalutan kerana yakin dgn ganjaran / hasanat dr Allah swt.

Khalifah adalah pemimpin negara, bukan gol miskin tpi cara / corak hidup yg mereka lalui sama spt rakyat jelata yg lain...

Subhanallah...




2011/1/18 khairun buyong <nisha_yani44@yahoo.com>
 

Salam alaik..

Terima kasih abi diatas riwayat yang sedikit ini tetapi besar maknanya bagi orang yang tahu....... mengajar isteri isteri agar berjimat cermat dan redho atas arahan suami dan Allah... Jangan kita tanya khalifah kita kerana kita pun khalifah pada keluarga kita.....tiba masanya kita rubah aje khalifah yang ada ....setiap insan ada perananya yang tersendiri yang kecil cara kecil yang besar cara besar. Ujian pasti ada kerana medan dunia adalah ujian dan disana kelak ganjarannya....ganjaran dunia jangan ditanya...opsssssssss lama tak mencuit hati teman teman disini emmmm masih ada daaaaaaaaaa....

wassalam
umi kay..Ya Salam Ya Salam Ya Salam permudahkan urusan kami didunia dan akhirat...Amin....


--- On Tue, 1/18/11, Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com> wrote:

From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
Subject: RG09... Isteri khalifah dulu...
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, January 18, 2011, 12:00 AM




.. Sekadar berkongsi cerita inisiatif seorang isteri Khalifah Islam

Tenang di Segamat yang selama ini tenang mula menjadi kecoh apabila Pilihanraya Kecil akan diadakan di sana pada 30 Januari ini. Saya memang selalu l...alu Tenang Station semasa ke Segamat, memang deretan kedai usang di sana amat tenang dan damai.

Pilihanraya ialah proses demokrasi untuk menjadi pemimpin mereka dan juga untuk menyampaikan sebarang permasalahan dan isu rakyat ke atas.

Aku seperti biasa malas nak komen politik, tapi mari kita renung-renungkan pemimpin yang kita pilih tu alangkah indahnya jika seperti khalifah-khalifah Islam dahulu dari segi gajinya.

Tepat sehari selepas di angakta menjadi khalifah, Saidina Abu Bakar r.a. dilihat pergi ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahawa di bahu Saidina Abu Bakar sekarang terpikul beban negara yang berat. "Mengapa kau masih pergi ke pasar untuk menjalankan perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak masalah yang harus diselesaikan…" kata Umar.

Mendengar itu, Saidina Abu Bakar tersenyum. "Untuk mempertahankan hidup keluarga," ujarnya singkat. "maka aku harus bekerja."

Kejadian itu membuat Umar berfikir. Maka dia pun, bersama sahabat yang lain berbincang dan mengira perbelanjaan rumah khalifah. Tak lama kemudian, mereka menetapkan gaji tahunan 2,500 dirham untuk Saidina Abu Bakar, dan kemudian secara berperingkat, dinaikkan menjadi 500 dirham sebulan.

Harga 1 dirham semasa artikel ini dibuat ialah RM20, bermakna lebih kurang RM10,000 sebulan. Namun kita jangan lupa harga perak pada zaman khalifah tentunya berkali ganda jauh lebih murah lagi. Perkiraan Saidina Umar pun adalah cukup-cukup untuk perbelanjaan keluarga Saidina Abu Bakar R.A sahaja.

Meskipun gaji khalifah sebesar itu, Saidina Abu Bakar tidak pernah mengambil keseluruhan gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Saidina Abu bakar, "Aku ingin membeli sedikit manisan."

Abu Bakar membalas, "Aku tidak memiliki wang yang cukup untuk membelinya."

Isterinya berkata, "Jika engkau izinkan, aku akan mencuba untuk berjimat wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu."

Saidina Abu Bakar menyetujuinya.

Maka mulai saat itu isteri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, menyisihkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu pun terkumpul untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Setelah wang itu terkumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk dibelikan bahan makanan tersebut.

Namun Saidina Abu Bakar berkata, "Nampaknya dari pengalaman ini, ternyata wang gaji yang kita perolehi dari Baitul Mal itu melebihi keperluan kita." Lalu Abu bakar mengembalikan lagi wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang gaji beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dijimat oleh isterinya sebelum itu.

Semasa wafatnya, Abu Bakar hanya mempunyai sebuah cadar usang dan seekor unta, yang merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah mengatakan, "Aku selalu saja tidak pernah boleh mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh."

Bagaimana dengan khalifah kita hari ini??? hahaha
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli








__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment