Monday, January 24, 2011

Re: RG09... SELANGKAH KE ALAM BARZAKH...

 

Salam,
 
Perkara 'ditidurkan diliang lahad' ini bukan benda baru malah telah lama diadakan oleh Pengamal pengamal tharekat sufi diMalaysia untuk memberi keinsafan kepada manusia ini betapa kita semua akan mati. Kerana orang yang 'bijak' itu adalah orang yang ingat akan mati. Orang yang ingat akan mati ini walau macam mana jahatnya sekali pun jauh lebih baik dari orang yang tak ingat mati. Dulu masih ada tempatnya di Sungai Cincin, Gombak.

--- On Sat, 22/1/11, misada misada <misada05@yahoo.co.uk> wrote:

From: misada misada <misada05@yahoo.co.uk>
Subject: RG09... SELANGKAH KE ALAM BARZAKH...
To: "hartinee abas" <aztini@mardi.gov.my>, "zuharina abdullah" <zuharina1008@yahoo.com>, "zana adura" <zanadura_z@hotmail.com>, "seri ahmad" <ajut2004@yahoo.com>, "Faiza faizah" <faiza318@gmail.com>, "saiful ghazali" <conman_tv@yahoo.com>, "respeks group" <respeks_group@yahoogroups.com>, "nik hanifuddin" <nikmaa@hotmail.com>, "shieda ida" <asni130417@yahoo.com>, "md. noh ismail" <mnohis@yahoo.com>, "jaja jesicca" <jaja_jesicca@yahoo.com>, "aminah kassim" <aaminahmy@yahoo.com>, "Abdul Majid" <majidum@gmail.com>, "rozana mustafa" <rozana_mustafa2000@yahoo.com>, "saharun nisah" <saharunnisah@yahoo.com>, "isa norshafareena" <puteri_serdang@yahoo.com>, "suhana ramli" <nana_evita@yahoo.com>, "Adian Fauziah sabah" <baby_gee7@yahoo.com>, "yahoogroups yahoogroups" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>, "suri yatie" <sue_ind05@yahoo.com>, "nasir yusof" <sirsof@yahoo.com>, "sally zanor" <sallyzanor80@yahoo.com.my>, "zahra zara" <crispy_lime@yahoo.com>
Date: Saturday, 22 January, 2011, 4:38 AM

 
Berani atau tidak yang pasti kita akan melaluinya juga.
 
Rawang:
'Selamat Datang Ke Alam Barzakh'
 
begitulah kata-kata aluan yang

 
tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan

 
milik Rufaqa'Corporation di Bandar Country Homes, disini.

 
Setakat ini telah lebih 600

 
orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman

 
berada

didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di

satu ruang dalam bangunan itu.

Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh

replika mayat terbaring kaku ditepinya,
 
ditutupi dengan kain batik panjang.

 
Semasa berada dalam liang lahad buatan itu,

 
para pengunjung

 
akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran,

 
derapan kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri

 
setelah dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan.

 
Detik paling mendebarkan apabila datang Malikat munkar Nakir

 
yang bertanya beberapa soalan berkaitan Iman.

 
Suara Malaikat itu sebenarnya

 
adalah suara penyanyi Sheqal,

 
antara individu yang paling awal memasuki

liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka.

Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad salim Abdullah, 50, menceritakan,

dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam

kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas.
 
'Saya nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya.

 
Saya terasa betul-betul sudah mati..'

 
katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai Jelok, Kajang.

 
Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila

 
petugas pusat tarbiah itu memberitahu,

 
mereka tidak memasukkan asap ke dalam kubur buatan itu

 
sebagaimana yang dikatakannya.

Sementara itu, seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad

Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas

perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal

dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh

rakan-rakannya.
 
'Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas

saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangkat,'

katanya.

Dalam pada itu, wartawan, wartawan kita (Mingguan Perdana) Siti Zarinah

Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik.
 
'Saya berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi

 
meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur,

 
Saya terasa seperti hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya

 
terasa begitu takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya,

 
siapa Nabi saya dan macam-macam lagi.

 
Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15 minit itu,

 
walaupun tak lama tapi cukup bermakna.'
katanya
 
Penyelia Alam Barzakh itu Ustazah Asmah Musa, 26,

 
idea melaksanakan Alam

barzakh diambil daripada kosep rumah hantu yang dibuat di Fun Fair.

Tetapi rumah hantu lebih kepada menakut-nakutkan orang
 
tanpa memberi manfaat kepada mereka.

 
'Justeru itu saya memikirkan satu kaedah

berbentuk motivasi yang dapat memberi faedah kepada orang ramai,'

katanya.

Dengan niat kerana Allah untuk memberi keinsafan kepada orang ramai maka

Ustazah Asmah membuat sebuah kotak kecil ibaratkan sebagai kubur dengan

tayangan video tentang kematian.
 
Baginya cara motivasi melalui perasaan dan roh lebih berkesan

 
berbanding motivasi fizikal seperti yang biasa dijalankan.

 
'Mereka yang mengalaminya akan berasa takut dengan

 
Tuhan dan bukan dengan manusia,'
katanya lagi.
 
Dengan megunakan sistem teknologi canggih menggunakan sistem audio

 
dan video menjadikan Alam Barzakh rekaan ini menjadi lebih berkesan.

 
Tambah Ustazah Asmah suara dari video itu adalah suara penyanyi Sheqal

 
yang telah melalui proses campuran di studio.

 
Manakala tayangan video adalah tayangan sebenar diambil daripada kematian

 
salah seorang staf di Rufaqa'.

'Semua ini dilakukan untuk memberi kesan mendalam kepada pengunjung,'

katanya.

*Jadi kalau sesiapa yg nak merasainya sendiri...

boleh lah ke Rufaqa' Corporation di Bandar Country Home, Rawang....
 
Mungkin akan menimbulkan keinsafan pada mereka yang lalai

 
dan pada mereka yang sewaktunya dengannya dalam mengingati

 
KEMATIAN
........

 

 




Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

Enrich your blog with Windows Live Writer. Windows Live Writer



__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment