Wednesday, January 12, 2011

Re: RG09... Sembilan jenis sihir

 

Salam,

Pada dasarnya sihir tu bermaksud, sesuatu yang memesongkan hakikat.  Kalau hakikatnya tak suka, lepas tu dihembus kat muka bagi suka, maknanya dah terpesong hakikat.

Kendalikan rumahtangga masing-masing dengan baik. Tak perlu ini semua. Tiada riwayat daripda Rasulullah atau para sahabat atau isteri-isteri mereka tentang perkara macam ni.

Wallahu'alam.





2011/1/4 Izana Hani <izanahani@yahoo.com>
 

no 2, takper kut fasal, Al Mahabbah
lagipun, ramai org dok guna
ada org dlm tv kata tak salah, untuk meningkat kasih sayang suami isteri
untuk kebaikan keluarga

ada doa-doa dan jampinya pula, masa bagi makan dan waqtu-waqtu lain pun

gitu lah


From: Sal sayang <cutemama74@gmail.com>Sent: Tue, January 4, 2011 9:52:45 AM

Subject: Re: RG09... Sembilan jenis sihir

 

ish.. baca nie nie..rupenya mcm2 yea jenis sihir nie..ish jauhkan la dari semua tu.. nauzubillah.... 

2011/1/3 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri): Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah: Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal): Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul): Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul: Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif: Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit): Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif: Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta'til tawaj: Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.






--


http://aalwi.blogspot.com/

~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment