Wednesday, January 19, 2011

RG09... Bantuan kecemasan!!!!

 

                             
 
       
 
 
tolong-mohon-bantuan-kecemasan-buat pemuda separuh nyawa ni.
19 January 2011 ·


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ketika artikel ini ditulis, penulis sedang berperang dengan emosi untuk mengumpul kekuatan berkongsi kesedihan yang amat sangat mengenai nasib yang menimpa Saudara Mohamad Hairuman, 22 tahun yang menjadi mangsa kejutan elektrik kabel voltan tinggi TNB berhampiran satu kebun sawit dekat Masjid Baroh, Tanjung Karang, Selangor.


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia yang diketuai oleh Saudara Abdul Rizam Mohd Akhir (Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM) bersama Saudara Khairul Annuar Mansor (Timb. Pengerusi JKMRM-MBM merangkap Exco MBM), Saudara Khairolnezam Shaari (Exco MBM) dan barisan ahli jawatankuasa JKMRM-MBM telah meluangkan masa untuk menziarahi dan menghulurkan bantuan serta-merta kepada mangsa yang kini telah dipindahkan dari Hospital Tanjung Karang ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang hari ini.


Turut hadir ialah Saudara Mohd Firdaus Jamaludin (Setiausaha Kerja, Gabungan Pelajar Melayu Semanganjung) dan Saudara Mohd Khir (Ketua Pemuda UMNO bahagian Tanjung Karang)


Ketika semua membaca artikel ini, mangsa yang penulis pasti sedang kebuntuan dan sedih, dan mungkin juga sedang mengalirkan airmata tanpa henti sejak tengahari kerana telah di sahkan oleh pakar perubatan dan mendapat persetujuan abang dan kakaknya agar KEDUA-DUA BELAH TANGAN SERTA SEBAHAGIAN JARI KAKI AKAN DI POTONG dengan segera malam ini atau esok pagi.


Kini tidak perlu lagi kita bercakap dan bertanya "macamana boleh berlaku..??", "takde bantuan ke..??", "takde cara lain ke..??" Apa yang perlu kita semua sebagai insan yang prihatin dan bernasib baik memikirkan bagaimana untuk kita memberi sokongan moral kepada mangsa dan keluarga menempuh kehidupan "baru" mulai esok.


Justeru itu, JKMRM-MBM merayu sepenuh hati kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk rakan-rakan NGO Belia untuk tampil menyalurkan sumbangan berbentuk barangan mahupun kewangan kepada mangsa. Senarai keperluan barangan gunahabis dan ubat-ubatan yang diperlukan boleh diperolehi dari pihak kami. Sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi JKMRM-MBM seperti maklumat di bawah :


Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia
Saudara Abd. Rizam – 0137348888
Saudara Khairul Annuar – 0192602964
Saudara Mohd Rizan – 0137733676


Sama-samalah kita berdoa agar mangsa dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel: 0122853630 / 0137733676


Harapan agar kita semua dapat membantu anak muda ini yang sangat sangat memerlukan sumbangan dari kita semua. Bantu setakat mana yang menjadi kemampuan kita Rakyat Malaysia.


Syarikat Syarikat yang ada di dalam Malaysia ini juga di harapkan dapat menghulurkan sebaik mungkin keperluan kepada remaja yang benar benar dalam keadaan yang sakit lagi keperitan ini.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment