Wednesday, January 12, 2011

RG09... Cukuplah - Jangan lembukan rakyat.

 

Pembaharuan yang akan dilakukan oleh PR jika diberi memerintah hanya memakan belanja RM19.2 billion sahaja dan bukannya RM51 billion seperti perancangan BN yang diumumkan oleh Najib. Najib memberi reaksi yang merendah-rendahkan perancangan PR itu.

Sebenarnya jumlah yang diperlukan untuk pembangunan dan transformasi itu berbeza diantara satu dengan yang lain. Jumlah peruntukkan untuk sesuatu projek yang sama juga berbeza bergantung kepada cara pengendalian projek-projek tersebut dan juga samada ada elemen tumbuk rusuk dan peruntukkan untuk rasuah didalam kos projek-projek tersebut.

Sebahagian besar kos itu ialah untuk pembayaran 'consultancy' yang lazim berlaku didalan sesuatu cadangan projek pembangunan untuk membayar mereka yang berkuasa dalam pembahagian projek-projek tersebut.

Oleh yang demikian jika Anwar Ibrahim mengatakan yang kos untuk pembaharuan dan transformasi ekonominya hanya melibatkan RM19 billion berbanding dengan RM 51 billion itu memang ada asasnya. Kita semua tahu banyak projek-projek pengswastaan selalunya melibatkan kos yang terlalu tinggi kerana terlalu banyak ketirisan kerana sifat tidak amanah dan tamak yang tidak terbatas dikalangan mereka yang berkuasa.

Apabila ada sahaja projek yang besar untuk rakyat kosnya akan ditingkatkan untuk mendapatkan kembali sebahagian dari kos itu sebagai imbuhan selain dari gaji yang telah ditetapkan. Bagi mereka sebahagian dari keuntungan besar itu mesti kembali kepada pegawai dan mereka mereka yang berkuasa. Mereka yang tidak amanah ini tidak segan dan silu untuk menerima rasuah seolah-olah memang sudah menjadi hak mereka untuk berbuat demikian. Bagi mereka yang sudah biasa dengan rasuah ini mereka akan terus rasuah walau pun itu kerja yang hina. Memakan rasuah ini ibarat makan petai; walaupun petai itu busuk tetapi ramai yang berselera makan jika ada ulam petai.

Itulah sebabnya kos pembangunan kendalian kita sangat tinggi kerana terlalu banyak kos 'variable' yang tidak berpatutan yang timbul dalam sesuatu projek itu. Semuanya itu adalah ketirisan yang sengaja diadakan untuk kepentingan setengah pihak yang tidak jujur dan telus melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Akhirnya rakyatlah yang terpaksa membayar segala wang kerajaan yang datangnya dari rakyat melalui berbagai macam cukai dan duty. Jadi jika ada rancangan yang lebih murah dari apa yang dirancang oleh pihak pemerintah sekarang kenapa pula dijadikan isu?

Bagaimana pula pemimpin kita mengatakan yang jika diikut perancangan PR negara akan jadi bangkerap sedangkan perancangan yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang adalah lebih tiggi dan akan menggunakan wang rakyat? Bagaimana mungkin yang berbelanja lebih kecil boleh membawa lebih kebarangkalian untuk bangkerap dari kita yang akan membelanjakan lebih dari 2 kali ganda dari jumlah yang mereka rancangkan untuk dibelanjakan itu?

Jika RM19 billion boleh membawa pembangunan yang sama dengan perancangan yang akan membelanjakan RM51 billion, tidak salah kalau rakyat memilih yang lebih murah..bukan gitu? Masalahnya kita selalu memandang rendah kepada kemampuan orang lain sedangkan kita tidak sedar yang kita tidak pun mampu untuk membentuk sifat memikirkan untuk membentengi rakyat dari kerugian. Tetapi slogan semuanya hebat-hebat, tetapi bak kata perbilangan, 'wal hasil balik asal' sahaja.

Najib berkata yang nasib cucu kita akan tergadai jika PR memerintah. Tetapi sedarkah kita semua yang kita ditolak adalah disebabkan masalah yang sama? Rakyat menolak kita kerana mereka memikirkan yang UMNO tidak lagi boleh menjamin masa depan generasi yang akan datang. Maka kita hampir kecundang didalam pilihanraya dahulu.

Rakyat sudah jemu untuk bergiat mempertahankan UMNO kerana rakyat yang ramai hanya memandang dan memerhati dengan air lior yang meleleh melihat hanya kumpulan peniaga dan ahli koporat yang sama menikmati perjuangan orang ramai menegakkan UMNO dan BN. Balik-balik kita dengan MMC-Gamuda, YTL, dan beberapa kumpulan yang lain yang diberikan keistimewaan sedangkan yang berpeluh dan berkeringat mempertahankan BN adalah rakyat biasa.

Jadi pemimpin kita hendak jadikan rakyat ini sebagai apa? Projek raksaksa yang puluhan billion senang sahaja diperolehi oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan sedang rakyat dibawah terpaksa kehulu kehilir untuk mendapatakan biasiswa dan penajaan untuk melanjutkan pelajaran. Dimana kah dia slogan yang mengatakan rakyat didahlukan itu? Hakikatnya slogan itu hanya tin kosong sahaja, tetapi diajak rakyat menyanyikannya siang dan malam.

Rakyat ramai hanya disuruh arah sahaja ibarat kerbau disawah; membajak dari pagi hingga kepetang sedangkan tikus kenyang dan gemuk dikepuk padi. Yang berat-berat disuruhnya rakyat untuk memikul tetapi YTL, Gamuda, MMC dan syarikat kroni yang lain yang membaham segala nikmat hasil perjuangan rakyat yang biasa tadi.

Sekarang rakyat sedang memerhatikan tingkah dan laku pucuk pimpinan kita. Jika masih tidak berubah sikap dan nilai kepimpinannya rakyat akan tinggalkan UMNO dan BN kali ini. Saya bukan ahli nujum atau pun seorang yang kashaf untuk mengetahui apa yang berlaku dimasa yang akan datang.

Tetapi dengan hanya menggunakan kekuatan akal yang diberikan Tuhan itu sudah cukup untuk menelah yang BN akan terjerumus kelembah yang lebih dalam lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Apabila sampai ketahap itu nanti, jangan pulak menyalahkan pihak lain pula.

Pemimpin yang tidak jujur akhirnya akan kesaorangan ibarat anjing yang menjilat lukanya sendiri. Saya berharap apa yang saya jangkakan ini semuanya salah. Tetapi 'intuition' saya tetap mengatakan yang BN akan kecundang dibanyak lagi kawasan.Kita tidak payah nak panggil semua Ahli Parlimen untuk bertanya kerana keputusannya adalah 'predictable'. Kita akan menghadapi jalan sukar.

UMNO patut mula belajar untuk menyalahkan diri sendiri sebelum menyalahkan pihak lain. Rakyat bukannya berpihak kekumpulan yang lain kerana suka-suka. Mereka lari dari kita kerana mereka sudah meluat dengan sikap dan perangai kita dan kebanyakan rakyat sudah tidak sabar lagi menyaksikannya.

Perasaan luka yang dialami rakyat bukannya kecil. Selama ini kepimpinan kita sudah terlalu leka dengan kuasa yang mereka masih anggap sebagai hak dan kepunyaan BN sahaja. Anggapan seperti ini ternyata salah.

Ingatkan dan tandakan apa yang saya cakapkan hari ini. Jangan menyesal apabila sudah terjatuh didalam gaung yang dalam. Takut-takut tidak berdaya memanjat tebing untuk naik keatas.

14 comments:

Anonymous said...

Anwar boleh buat perubahan dgn 19 billion.
Cam ne tu?
Bukti kemampuan beliau, malah PR, tidak ada langsung.
sebagai mantan TPM, beliau pun tak mampu.
sebagai penasihat ekonomi, tiada satu bukti atau asas yg kukuh mengatakan beliau mampu.
kalau umno melembukan rakyat, PR akan menghancurkan negara dan tamadun malaysia,
fikir la aspan. jgn kerana benci yg teramat dan mendengar kata sekumpulan mereka yg dah lapuk, maka kau buat la cerita yg sedap didengar mcm anwar jugak.

Anonymous said...

Anon 06:49,

Berikan dulu kuasa sekali, baru tahu siapa yang lebih baik. Yang sudah pasti tidak mampu ialah Najib.

Setiap minggu umum entah apa-apa tetapi tidak ada apa-apa juga.

Jangan nak tuduh PR akan buat apa yang anda dalam UMNO buat.

Kau marah Aspan kerana telinga kau tak suka dengar. Kau mintak Aspan mengampu macam kau.

Itu susah sikit kalau nak dengar dari Aspan.

Carilah orang lain kalau nak dengar ampuan dan jolokan.


kg siam kedah

Anonymous said...

Anon 06:49,
Memang dasar pekak buta dan tuli serta kau tak sedar2 lagi rakyat bukan semua macam kau. Sudah lima negeri Kelantan, Penang, Kedah, Perak(rampasan kuasa,)W.Persekutuan dan selangor rakyat menolak UMNO/BN. Saya setuju peringatan Tuan Aspan rakyat jangan terus2an diperbodohkan.Teori Domino menyatakan selepas ini N.Sembilan dan tak mustahil Pahang dan Terangganu(selepas terima royalty minyak) jatuh ke PR....

Desa Mentari said...

Salam Tuan Aspan,

Perbezaan pendapat bukanlah perkara pelik. Sapa nak masuk Parti A silakan, sapa nak masuk Parti B silakan. Perbezaan pendapat adakalanya menghasikan inovasi luar jangkaan. Cumanya di M'sia ne berbeza yang hampir nak jadi pelik. Begini...

1. DSN kata 51b, DSAI kata 19b. Tak apa, kata la berapa banyak pun angka. Tak de salahnya. Akan tetapi, angka 19 dan angka 51 tu adakah sama banyak?

2. Satu pihak membeli beras dengan harga RM19 manakala sebelah pihak lagi RM51. Apakah yang kita jangkakan? Apakah yang kita harapkan?

3. Jika kita hendak membeli suatu barang keperluan A dengan harga berbeza2, tentulah speknya juga berbeza.

4. Jadi bagaimana hendak mengetahui mana satu yang lebih baik?... Buat la macam biasa.. bentangkan, buat penilaian... ambik la yang terbaik. macam tak tau pulak. Jangan la kutuk sana, kutuk sini, maki sana/sini. Rakyat benci la...

5. Yang menjadi masalah; bukan tak tau. Tau barang tu RM5 je tapi ditaroknya RM7 ke RM10 ke. Ne la rakyat tak nak.. Rakyat bukan bodoh lg. Dah puas kena perah!!!

Anonymous said...

Anon 6:49
Begitu lah kira kira nya pemikiran UMNO yang menghancurkan.Tolong baca bebetul apa yang Aspan tulis tu!
Tak apa la! Rasa nya Aspan pun dah cakap bahawa jangan menyesal! Kalau Anon 6:49 tak caya maka tunggu sahaja lah.
Gua caya lu la Aspan!

Anonymous said...

Seandainya ramai ahli serta pemimpin UMNO seperti saudara, ahli-ahli akan lebih berkeyakinan terhadap parti.

Tetapi malangnya UMNO tidak suka kepada orang seperti saudara.

Tak pe sdr. Yang penting tulis lah sepuas hati sdr. Itu bukan keslahan...asalkan benar dan telus tujuan sdr menulis.


hakim, UMNO ampang.

Anonymous said...

Tuan,

Tulisan yang membuka minda setiap masa.

Terima kasih

Anonymous said...

Anwar bercakap gitu sbb pernah jadi menteri dan TPM. Dulu umno kata Pas kelantan tahan 3 bulan saja tapi la ni dah lebih 20 tahun perintah, tak kebulur pun rakyat kelantan. Kalau Nik Aziz perintah pusat mungkin lebih berkat dan bahagia negara kita. Tuan Aspan boleh jadi MB Negeri Sembilan. Kita mau pimpinan yang terbaik, melayu yang baik akhlaknya.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sedarlah wahai saudara ku sekelian.dh bertahun-tahun UMNO/BN memerah keringat rakyat.Aku tak tau laa...org umno nie....ape yg dia sokong sangat kt parti dh nk karam tu.Cuba tengok la negara sekarang dh byk perbelanjaan defisit..byk berhutang.Najib selalu mengumumkan itu ini.Skrg GST dh start untuk restoran kena cas 6%,perkhidmatan tv cam astro dh kena 6%..ape semua nie..ape yang di kata rakyat didahulukan.semua benda rakyat nk kena bayar kena caj.

Cukup la wahai sahabat ku sekian.kita bt perubahan..kita tgk apa yang dijanji PR untuk program 100hari.Rakyat didahulu kan.kalau dia orang tidak bt perubahan juga kita ubah pula dimasa hadapan.

MASA Untuk Berubah..

rosn said...

salam tuan..
sebenarnya tuan silap bukan kerajaan melembukan rakyat tetapi rakyat yang bersikap seperti LEMBU sebab itu pilih pemimpin macam LEMBU yang suka meLEMBUkan rakyat...LEMBUU>>>
kakitangan awam dah jadi LEMBU malah selalu keluar media bagaimana wartawan dan wakil media juga dah jadi LEMBU CUCUK HIDUNG..sekarang KSU pun dah jadi LEMBU. Sultan pun dah ikut sekali.
semua ini brlaku disebabkan kuasa. badan penguatkuasa dah jadi LEMBU CUCUK HIDUNG sebab tu sesiapa tak boleh bersuara atau melawan..ITULAH LEMBU-LEMBU DI MALAYSIA.
jika badan2 LEMBU ini bebas dan tahu tanggungjawab dan tahu beza antara kerajaan dan parti pemerintah, rakyat akan menjadi lebih bijak untuk memilih pemimpin LEMBU...

jatt said...

salam tuan2...
pandanglah pada dunia yang nyata..tengoklah betapa pemimpin kaya raya tetapi betapa ramai rakyat yang susah..
jika benar bagai yang Najib kata dan jika benar Najib memang ikhlas kenapa beliau sanggup menjadi kaya sedangkan rakyat kebanyakkan miskin..apa salahnya agihkan kekayaan pada simiskin.apa salahnya hidup sama rata tidak ada kaya atau miskin..
inilah realiti ramai kaki bodek (LEMBU) yg tak tahu berpikir. asalkan pemimpin mereka yang buat semuanya elok (tahyul).Pemimpin mereka tidak ada kelemahan langsung. orang lain semua tak elok.itulah LEMBU2 yg sbenar. BODOH MACAM LEMBU..

Anonymous said...

Kos MRT dianggarkan menelan perbelanjaan lebih daripada RM 100 b, dimana sebahagian besar kos tersebut adalah riba diatas hutang pokok. Kalau begini cara kerajaan mentadbir, saya yakin kita akan menjadi bangkrap sebelum pru 13.

burn said...

kebanyakkan kos kos barangan keperluan meningkat disebabkan terpaksa melalui orang tengah yang langsung tidak tahu menahu tentang perniagaan yang diniaga. salah satu contohnya, barangan keperluan perubatan, si penjual terpaksa melalui pihak kedua sebelum dapat diluluskan kepada pihak pertama. pihak kedua hanya perlu menurun tandantangan and menambahkan percentage untuk keuntungannya sendiri. bila sampai kepada pihak pertama, harganya meningkat lebih 200 peratus daripada harga asal. pihak pertama pun ingin mendapat keuntungan, jadi harga barangannya akan ditambah lagi sebanyak 30 sehingga 80 peratus. karang yang susahnya, rakyat... yang terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang tinggi. info ni diterima dari sahabat karib saya yang terpaksa melalui proses yang dikatakan disini.

Anonymous said...

Betul itu, Aspan.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment