Wednesday, January 12, 2011

RG09... INFO - Malaysia contoh terbaik kata Tetsuo Yamakawa.

 

Malaysia contoh terbaik, Jepun sedia bantu

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Malaysia merupakan contoh terbaik kepada negara-negara anggota ASEAN kerana memiliki kepimpinan yang hebat serta kemajuan dalam pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Timbalan Menteri Koordinasi Polisi, Kementerian Urusan Dalaman dan Komunikasi Jepun, Tetsuo Yamakawa berkata, beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia telah muncul dengan dasar serta polisi yang berkualiti dalam usaha memajukan sektor ICT.

Katanya, kewujudan Cyberjaya merupakan bukti kemampuan Malaysia menerajui pembangunan ICT di rantau ASEAN.

''Malaysia telah mencapai tahap kemajuan ICT yang mana negara ini mengatasi negara-negara anggota ASEAN lain. Jadi, Malaysia perlu segera membiasakan diri dengan kemajuan ICT ini agar dapat membantu negara ini menjadi negara maju.

''Jepun berharap dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik terutamanya di dalam pembangunan sektor ICT dan sewajarnya menjadi contoh kepada negara-negara anggota ASEAN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat tertutup Mesyuarat Pegawai Kanan Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELSOM) ASEAN ke-11 bersama wakil Jepun di sini hari ini.

TELSOM merupakan mesyuarat tahunan para pegawai kanan dalam bidang berkaitan ICT ASEAN bagi berkongsi maklumat dan pengalaman masing-masing dalam membangunkan dasar pengurusan ICT.

Berhubung usaha Malaysia meluaskan rangkaian jalur lebar ke seluruh negara, Yamakawa berkata, usaha itu sangat baik dan positif tetapi perlu mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kejayaannya seperti jumlah pengguna.

Katanya, pembaziran boleh berlaku sekiranya rangkaian jalur lebar diperluaskan tetapi jumlah penggunanya sedikit.

''Kami pernah mengalami masalah seperti ini ketika melancarkan jalur lebar ke seluruh kawasan di Jepun kerana kesedaran masyarakat tentangnya masih kurang tetapi masih mampu mengatasinya.

''Oleh itu, kami percaya dapat membantu dengan memberi khidmat nasihat serta cadangan bernas kepada Malaysia dalam usahanya untuk meluaskan penggunaan rangkaian jalur lebar di samping meningkatkan jumlah pengguna," jelasnya.

Sementara itu, menurut Yamakawa, Jepun akan menyalurkan dana sebanyak AS$$ 150,000 (RM459,000) kepada tabung penyelidikan ASEAN dalam membantu negara-negara anggota rantau ini meningkatkan pembangunan ICT masing-masing.

Katanya, terdapat dua projek yang akan dilaksanakan di bawah dana tersebut iaitu latihan meningkatkan kemahiran animasi tiga dimensi (3D) perisian sumber terbuka (OSS) untuk universiti-universiti ASEAN dan seminar meningkatkan penggunaan ICT di kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

''Bagi projek pertama iaitu meningkatkan kemahiran animasi 3D, kami memilih Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pusat rujukan negara-negara anggota ASEAN, manakala untuk projek yang kedua, Infocomm Development Authority (IDA) dari Singapura pula dipilih untuk melaksanakannya.

''Projek-projek ini adalah untuk 2011 dan kami mungkin meneruskannya pada tahun-tahun akan datang tetapi dengan dana lebih besar. Ia merupakan inisiatif serta komitmen Jepun dalam membantu rantau ini," jelasnya.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment