Monday, January 24, 2011

RG09... Panduan Menangani Panas Ketika Hamil

 

Salam semua..
 
Harini saya ingin kongsikanan satu topik khas untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung. Seperti yang sedia maklum kebanyakan keluhan yang sering didengar oleh ibu-ibu yang hamil adalah kepanasan dalam tubuh badan mereka. Tahukah kawan-kawan keadaan sebegini akan menyebabkan mereka tidak selesa untuk tidur, tidak seronok melakukan aktiviti santai dan sebagainya. Malah bukan itu sahaja ia juga turut mempengaruhi emosi si ibu tersebut huhu…
 
Berikut diberikan beberapa panduan untuk menangani panas ketika kehamilan.
 
1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan membuang air kecil saat-saat kehamilan mula berlaku.
 
2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur, just buah-buahan yogurt dan sebagainya.
 
3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh di tubuh anda.
 
 

feature-pregnant-cartoon
Sumber Gambar: http://www.totalbirthing.com.au/

 
4) Disarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik disamping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak.
 
5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.
 
6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu belah petang atau malam pula Suri sarankan agar anda mandi dengan air panas suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak.
 
Moga sedikit pengetahuan ini berupaya membantu menyelesaikan masalah anda semua ;)

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment