Monday, January 17, 2011

RG09... Siaran Media BERHUBUNG ISU LARANGAN ORANG ISLAM BEKERJA DI PR...

 

Angkatan BELIA Islam Malaysia (ABIM) menyokong larangan orang Islam
bekerja di premis menjual minuman keras oleh Majlis Perbandaran Subang
Jaya. Bagi ABIM perkara ini adalah jelas kepada semua pihak bahawa
Islam mengharamkan minuman keras kepada penganutnya. Larangan ini tidak
terbatas kepada pengambilannya sebagai minuman, bahkan adalah
diharamkan juga bagi seseorang yang beragama Islam untuk membuatnya
atau menyediakannya atau menghidangkannya atau menjualnya. Inilah
peluang untuk menerangkan sekaligus member pendidikan kepada umat
terutama belia Islam di negeri Selangor tentang pesoalan ini

Dalam konteks negeri Selangor, larangan tersebut turut dikuatkuasakan
ke atas umat Islam melalui pewartaan enakmen no. 9 tahun 1995 yang
diluluskan Dewan Undangan Negeri Selangor (Dewan Negeri Selangor) pada
8 Disember 1995, dinamakan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Larangan minum minuman tersebut dinyatakan dalam Seksyen 18(1) manakala
larangan "membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli"nya dinyatakan dengan jelas dalam
Seksyen 18(2).

Sebagai suatu enakmen yang berkuatkuasa, semua pihak sewajarnya
menghormati dan akur dengan setiap peruntukan yang dinyatakan
didalamnya. Pentadbir, pengurusan dan badan-badan lain yang terlibat
dengan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang di peringkat negeri
perlulah merujuk kepada enakmen sebelum memutuskan sesuatu perkara yang
berkaitan supaya undang-undang terus terdaulat di negeri Selangor.

Tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya meletakkan syarat supaya orang
Islam tidak bekerja di premis menjual minuman keras baru-baru ini,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor berpendapat bahawa
ianya perlu disokong dan diberikan pujian oleh semua pihak serta
dicontohi oleh Pihak Berkuasa Tempatan lainnya. Tindakan tersebut boleh
dikira sebagai satu bentuk pencegahan bagi mengawal kadar pengambilan
minuman keras di kalangan orang Islam.

Masyarakat secara umumnya telah maklum bahawa minuman keras memberikan
pelbagai kesan negatif terhadap daya fikir dan kesihatan manusia. Ia
bukan sekadar cakap kosong, tetapi disokong oleh begitu banyak fakta
hasil kajian ramai penyelidik dari dalam mahupun luar negara. Malahan,
kesan tersebut mempengaruhi cara bertindak dan gaya hidup seseorang.

Menyorot masalah sosial di kalangan umat Islam, semua pihak wajar sedar
dan mengambil teladan dari pelbagai berita yang saban hari muncul di
media massa termasuk pembunuhan bayi, penderaan, pengguguran haram,
budaya rempit dan seumpamanya. Rata-rata yang terjebak dengan
permasalahan tersebut adalah tidak asing dengan minuman keras. Sebagai
warga yang bertanggungjawab, adalah tidak tepat untuk terus sanggup
melihat generasi Islam 'mengungguli' jenayah-jenayah tersebut yang
antara lainnya merupakan kesan dari pembiasaan diri dengan minuman
keras. Apapun ianya, Angkatan Belia Islam Malaysia Selangor secara
tegas berpendapat bahawa membantu dan menyokong seseorang merosakkan
diri atau masyarakat adalah juga suatu bentuk kesalahan. Manakala
mencegahnya adalah suatu kemuliaan.

Kenyataan Y.A.B. Dato' Menteri Besar Selangor untuk membantu orang
Islam yang ingin meninggalkan industri arak adalah suatu keputusan
bijak yang mesti direalisasikan segera. Sebagai pemudahcara di negeri
termaju, sudah pasti Kerajaan Negeri Selangor mampu membuka sedikit
ruang dan peluang untuk mereka mencari rezeki halal.

Bagi ABIM Negeri Selangor , tindakan yang dibuat oleh Majlis
Perbandaran Subang Jaya iaitu mensyaratkan supaya premis minuman keras
tidak mengambil pekerja dari kalangan orang Islam adalah selari dengan
kehendak Islam dan perundangan negeri Selangor. Melaksanakannya bukan
sahaja menjiwai prinsip Rukun Negara keempat, bahkan merupakan usaha
murni mengurangkan kadar jenayah yang dilakukan oleh orang Islam.

Oleh yang demikian pihak ABIM Negeri Selangor menyarankan

1. Semua pihak menghormati larangan orang Islam bekerja di premis
menjual minuman keras oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Keputusan
ini sewajarnya di sokong oleh semua pihak terutama pihak berkuasa,
kerajaan , NGO malah individu kerana ia bukan hanya sejajar dengan
hukum agama dan peraturan sedia ada.

2. Semua pihak terutama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) , NGO Islam Negeri Selangor , Para daie
negeri Selangor memberikan pemahaman seampuhnya dan memainkan peranan
utama terutama dalam lingkungan bidang kuasa masing-masing dalam
membantu pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di
samping memastikan umat terutama belia Islam dapat ilmu dan sekaligus
mengamalkannya dengan bekerja di sector yang halal lagi baik.

3. Mekanisma alternatif seperti yang disarankan oleh YAB Menteri Besar
serta menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor yang halal
dan baik perlu difikirkan segera dan mendapat dokongan dari semua pihak.

4. Pihak Berkuasa Tempatan yang lain mempertimbangkan agar dapat
melaksanakan peraturan yang sama dan mencontoho tindakan MPSJ ini.
Marilah kita berdoa agar umat Islam terutamanya belia Islam akan
dilindungi dan dirahmati Allah.


MOHD ZAWAWI AHMAD MUGHNI
YANG DIPERTUA
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SELANGOR

--
Posted By CikguDin to ABIM SELANGOR at 1/17/2011 01:05:00 PM


--
Noraizuddin Ali
Unit Trust Consultant, Public Mutual Bhd
PruBSN Advisor, Prudential BSN Takaful Bhd
H/P :- 013 530 9090
Email : dinz08@gmail.com



--

Izuddin Ali
Unit Trust Consultant, Public Mutual Bhd,
PruBSN Advisor, Prudential BSN Takaful,
H/P: 013 5309090
Email:dinz08@gmail.com

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment