Wednesday, January 19, 2011

RG09... Tasik Beris Vineyard – Ladang Anggur Tasik Beris

 



 

Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard

Visitor Information

Managed By :  Excel Agrotech Sdn. Bhd.
Open daily from 9.30 am to 6.30 pm

Self-Harvesting : RM40 / kg
*Estate Entry - RM2.00
Adult - RM2.00 / Children (7 years old - 12 years old) - RM1.00


Contact

Beris Lake Vineyard  (Ladang Anggur Tasik Beris)
Lot 264, Kampung Ternas
08200 Sik. Kedah Darul Aman
Tel : 604-4620466    
H/P : 019-5667908

Fax : 604-4620611 
Email :  excel_agro@yahoo.com

Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard

Hari ni saya dan keluarga berkesempatan nak melawat Ladang Anggur di Tasik Beris, Sik, Kedah. Tahu jugak pasal ladang ni, tapi sebelum ni tak dak peluang nak pi melawat ladang anggur tu. Sekarang cuti panjang sikit, memang sesuai berkonvoi pi ke ladang tu. Ladang yang terletak 10 km dari Pekan Sik, dekat je kalau dari Alor Setar, lebih kurang 1 jam lebih masa perjalanan.

Ladang Anggur Tasik Beris, Kg Ternas Sik

Ladang Anggur Tasik Beris, Beris Lake Vineyard

Ladang anggur tu dah  2 tahun lebih, diuruskan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd. Ladang seluas 34 ekar, terpegun dan berbangga jugak la daerah Sik sekarang ada ladang anggur…tak pecaye?? percaya la hehe!! bukan kat negeri mat saleh je boleh tanam anggur, Kedah pun ada… subur lagi buah buah anggur tu…alahai macam nak makan je bila masuk dalam ladang tu, tapi dilarang memetik ye. Kalau nak makan boleh beli. Depa siap bungkus dah, tapi tadi yang ada anggur hijau je, yang merah takda, tapi hijau pun manis, lazat sangat.

Beris Lake Vineyard ni dibuka pukul 9.30 pagi – 6.30 petang. Tiket bagi orang dewasa ialah RM3.00, kanak kanak RM1.50.

Tasik Beris, Sik Kedah

Tasik Beris hasil dari empangan Beris, Sik pun cantik, ada tempat rehat dan sejuk mata memandang..cantik sangat, kawasan tu sejuk dan berbukit bukit jadi memang sesuai la tu untuk anggur hidup.

Beris Lake Vineyard

Kat situ jugak ada macam macam produk hasil dari anggur macam sabun, jus, kordial, kek pun ada, cafe pun ada..Ramai orang dah datang, dan bila nak balik semua bawa 2,3 bungkus anggur. 500gm anggur, harganya RM 10.

Anggur di Ladang Anggur Tasik Beris

Petang ni masa saya pi, ada anggur merah je yang tengah masak, yang hijau masih kecil kecil lagi baru nak membesar. Jadi kawasan anggur hijau tu tak dibenarkan masuk.

Ladang Anggur di Tasik Beris Sik

Tengok le..betapa segar bugar anggur anggur ni..rasa macam nak petik je dengan mulut ..hehehee

Kalau datang ke Kedah, jangan lupa mesti pergi ke Ladang Anggur Tasik Beris di Sik ni, kalau tak pi..rugi..

 

Tasik Beris Vineyard – Ladang Anggur Tasik Beris

Recently I have a chance to visit the Tasik Beris Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) in Kedah. Actually the visit is just a co-incident. I went to a 'market' not too far from that place and some friends said that since we are in that area, why don't just visit the Beris Lake… then from there I find the Vineyard.

Not just the farm that you can visit if you come here, you can shop for the grapes as well. I try it… it is very sweet and the price I pay at that time is RM15 per packet. They have the fresh grapes and also grape juices drink (it is non alcohol btw, and not a vine)

From an old news article, it say that this vineyard is belong to a private company name Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Here is the news:

Sik bakal jadi pengeluar utama anggur

SIK 7 Mei – Daerah ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman anggur baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, projek perintis fasa pertama dengan 1,000 pokok anggur yang digerakkan Excel Agrotech Sdn. Bhd. kini berjaya membuahkan hasil memberangsangkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ternas.

"Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan produk tradisional seperti ikan pekasam dan kuih muih. Namun dengan adanya teknologi pertanian baru, kita mahu Sik juga dikenali sebagai pengeluar anggur utama negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja ladang anggur itu baru-baru ini.

Menurut Azizan, beberapa kawasan tanah terbiar di daerah ini juga telah dikenal pasti untuk ditanam dengan anggur.

"Terdapat banyak lagi tanah terbiar di Sik dan kita berharap pihak swasta dan usahawan tani dapat menggerakkan usaha menjadikan Sik sebagai lokasi pengeluaran anggur utama negara tidak lama lagi," jelasnya.

Tambahnya, kewujudan ladang anggur terbabit dijangka turut memberikan impak positif kepada pengusaha sektor pelancongan pada masa akan datang.

"Apabila wujudnya ladang anggur, para pengusaha sektor pelancongan boleh membina calet atau rumah rehat bagi tujuan menarik kemasukan pelawat dan menikmati suasana serta keindahan alam di Tasik Beris," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Excel Agrotech, Amiruddin Malik berkata, projek tanaman anggur itu dimulakan pada 2007 di pinggir Tasik Beris dengan modal kira-kira RM500,000.

"Selama ini kita menganggap anggur hanya sesuai ditanam di negara yang mempunyai empat musim. Sekarang dengan kemajuan teknologi pertanian, ia boleh ditanam di Sik," ujarnya.

Katanya, pokok anggur yang ditanam sejak kecil akan mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 bulan untuk matang dan mengeluarkan hasil.

Ditanya tentang kaedah penanaman, Amiruddin memberitahu, anggur yang ditanam di situ menggunakan kaedah biji benih, keratan ranting, tunas dan penghasilan tisu kultur.

"Sebelum mengambil keputusan menanam anggur di sini, saya telah membuat kajian kesesuaian tanah selain mempelajari teknik-teknik daripada pengusaha di Thailand dan Perlis," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejayaan tersebut, syarikatnya kini sedang mengembangkan penanaman anggur di kawasan seluas 12 hektar dengan 7,000 batang pokok di kawasan Sungai Senam dekat sini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 04-4620466 atau faks 04-4620611.

Source: UtusanMalaysia.com.my

The view in that place is very nice… I manage to take some photo to share with here.

If you visit Sik (in Kedah) I recommend you to pay a visit to this place… even you didn't visit the Vineyard, but the lake itself is very nice.

View of Tasik Beris from the vineyard

Some visitor at the vineyard

Another view of the vineyard. At the back of the farm is actually the lake

The Grapes

Another one

Some visitor even bring their family and baby

A young plant

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment