Tuesday, January 25, 2011

RG09... Tulis jawi di internet cara mudah

Tulis jawi di internet cara mudah
Posted on Monday, January 24 @ 07:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Kenyataan Media Oleh: shamy

"Shah Alam, 24/1/2011: Syarikat Software Trading pada hari ini telah menerbitkan satu perisian "Jawi word processor" di talian. Perisian ini memudahkan pengguna untuk menaip skrip Jawi dan Arab tanpa memasang perkakasan software atau hardware tambahan pada komputer.

Pengguna hanya perlu download font Jawi terus ke dalam folder windows/fonts dari URL yang disediakan. Selepas "restart" browser, dan setelah Jawi skrip dapat dipaparkan dengan betul, anda boleh terus menggunakan Jawi Writer Online.

Softrade Jawi Writer Online V 2.0 menggunakan keyboard maya (virtual) yang boleh dipapar dan disembunyikan mengikut pilihan pengguna. Seperti Softrade Jawi Writer V 1.0, anda hanya perlu menekan tetikus kepada butang keyboard untuk memasukkan huruf-huruf Jawi. Anda juga boleh menggunakan keyboard sedia ada untuk memasukkan huruf-huruf Jawi dengan berpandukan keyboard pada skrin. Keyboard layout yang digunakan ialah mengikut piawaian keyboard Jawi Malaysia yang masih lagi dalam draf - Rujuk di SINI

Terdapat dua versi iaitu Jawi Lite dan Jawi Extra. Jawi Lite boleh digunakan secara percuma oleh pengunjung tidak berdaftar, sementara Jawi Extra dikhaskan kepada Ahli VIP yang membekalkan dana kepada perkembangan Softrade Jawi Writer Online. Sila berkunjung ke http://jawiwriter.belidiweb.com/VIP.aspx untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ahli VIP. Perbezaan ciri-ciri di antara Jawi Lite dan Jawi Extra boleh didapati di SINI

Software Trading merancang untuk membina banyak lagi perisian-perisian berbentuk Ilmu Islam di laman web ini untuk kegunaan umat islam secara percuma seperti perisian Membaca Al-Quran kaedah Qiraati, perisian Al-Quran 30 Juz, dan perisian Panduan Solat. Jawi Writer adalah salah satu dari perancangan ini yang memulakan langkah pertama. Bagi mereka yang berminat untuk membantu, sila layari laman web kami di

http://jawiwriter.belidiweb.com"

No comments:

Post a Comment