Wednesday, June 22, 2011

Re: RG2011... Tak wajar samakan isteri dengan pelacur kelas pertama

Saya memang tak setuju apa yang dikatakan isteri perlu bertindak seperti "pelacur kelas pertama" kepada suami.....Islam dah meletakkan kedudukan dan nilai yang tinggi pada sesiapa yang bergelar isteri..yang amat menyedihkan saya, seorang yang bergelar isteri, seorang ibu, seorang yang terpelajar dan berilmu dari "titlenya" ..yang mahu pula digelar sebegitu dengan kenyataan yang dikeluarkan.. 
Jadi nanti, tak pasal-pasal anak dara yang nak kawin akan tukar title kepada pelacur kelas atasan pulak lepas ni..Allah la..apa la macam gini keadaannya...isteri jalankan peranan yang terbaik, buat la apa saja yang boleh tambat hati suami ..tapi jangan la sampai melanggar syariat pulak..kesian sangat la bila ada orang yang pikir sampai tahap macam ni..gara-gara kononya nak menolak perlakuan sumbang suami yang tak bertanggungjawab , jadi isteri pun kena bertindak jadi pelacur kelas "pertama" supaya pelacur-pelacur yang menjadi langganan suami-suami sumbang akan jatuh kepada pelacur kelas kedua, ketiga dan seterusnya..betul ke macam ni motifnya...? Bila dah jadi pelacur kelas pertama dan beri layanan pelacur kelas pertama akan selesaikah juga masalah dan jaminkah "tidak akan terjadinya pertemuandan hubungan terlarang dengan pelacur kelas-kelas atau mempunya kasta yang lebih rendah?( maaf ya suami mithali, saya tidak merujuk kepada anda, cuma merujuk kepada sesetengah golangan lelaki yang terlupa peranan dan tanggungjawab yang Allah amanahkan sebagai pemimpin dan imam kepada keluarga..) 
 
Bila wanita sendiri yang meletakkan tarafnya begitu..siapa pula nak mengangkat dan dan memandang mulia golongan ini..sedangkan Islam sendiri memuliakan wanita...mmmm pikir-pikir lah...
 
Kes Berbeza
Saya nak merujuk juga cerita yang pernah saya dengar..ada juga suami dayus (bagi saya tak layak jadi suami kot..)...menyamakan malahan memuliakan pelacur dari isteri sendiri...camana pulak dengan kes ni pulak..ntahla ...macam2 lani.....
 
Donia-donia...idup ni singkat ja kan ..lagi mau buat benda pelik2...apakata jika tuhan cabut nyawa masa tengah buat silap tu? Nauzubillah..
 
 


From: "arin@zarina" <haneethuaibah@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thu, June 23, 2011 11:42:52 AM
Subject: Re: RG2011... Tak wajar samakan isteri dengan pelacur kelas pertama

Ishh..Ish....kenapalah teruk sangat contoh tauladan yang diambilnya tu...
Islam tu mengajar secara umum untuk mengambil contoh tauladan dan pengibaratan yang baik-baik.
Kan banyak contoh yang baik seperti layanan isteri-isteri Nabi ataupun seperti layanan Fatimah kepada Saidina Ali.
 
Kajilah diri ahlul-bait tu semua...pasti jumpa ciri-ciri isteri yang perlu dicontohi..
 
aduhai...wanita Islam sekarang, kenapalah akal semakin dangkal.????


From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: ReSpeKs2008 <respeks_group@yahoogroups.com>
Cc: "TemanHidup@yahoogroups.com" <TemanHidup@yahoogroups.com>
Sent: Wed, June 22, 2011 11:42:50 PM
Subject: RG2011... Tak wajar samakan isteri dengan pelacur kelas pertama

Dr
          Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed

Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri.

Beliau berkata perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.

"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.

Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar"
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

pun tak setuju

No comments:

Post a Comment